Miliki Pelbagai Bakat Ini 5 Pelakon Lelaki Korea Mula Kerjaya Sebagai Model
Tidak hairan jika pelakon popular Korea sekarang pernah menjadi model suatu ketika dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN
Bakat Mahal, Ini 7 Selebriti Lelaki Korea Dengan Pendapatan Tertinggi
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pelakon kacak bergaya memulakan karier sebagai model sebelum menjadi artis popular.
Ahn Jaehyun
Dia memulakan karier dengan menjadi model iklan dan muncul dalam editorial majalah. Semua ini terjadi sebelum Ahn Jae-hyun, mendapat watak sokongan dalam siri drama TV “My Love from Another Star”. Disebabkan bakat lakonannya mula mendapat perhatian ramai, pelakon lelaki ini akhirnya membawa watak utama sebagai seorang ‘doktor pontianak’ dalam K-Drama “Blood”.
So Jisub
Jurulatih dari “Oh My Venus” ini bermula sebagai model untuk jenama jeans STORM pada tahun 1995. Dia tidak pernah benar-benar berminat untuk menjadi seorang selebriti dan hanya menceburi bidang peragaan kerana ia adalah cara yang baik dan mudah untuk mendapatkan wang, katanya.
Selepas membuat penampilan sulung lakonannya di dalam sitkom “Three Guys and Three Girls”, dia terus diberi peluang memegang watak sampingan dalam drama TV. Selepas itu, akhirnya menjadi terkenal dengan membawa watak utama untuk K-Drama “I’m Sorry, I Love You”.
Kim Woobin
Peminat K-Drama pasti akan mengenali pelakon kacak dan tinggi lampai ini. Tidak seperti So Ji-sub, Kim Woo-bin benar-benar mahu meneruskan kerjaya peragaan. Dia berumur 20 tahun ketika mula berjalan di runway untuk Minggu Fesyen Seoul. Tidak lama selepas itu, dia mula membuat iklan yang memerlukan kemahiran lakonan asas. Dia mengambil kelas belajar berlakon dan mula jatuh cinta dengan seni hiburan.
Pada tahun 2011 dia membuat debut lakonannya dalam drama misteri, “White Christmas”. Selepas itu, dia mula menerima banyak tawaran berlakon sehingga menjadi antara pelakon yang sangat popular.
Lee Soohyuk
Kerjaya peragaan Lee Soo-hyuk bermula dengan pertunjukan fesyen Lone Costume di bawah pereka fesyen terkenal, Jung Wook-jun pada tahun 2006. Selain daripada melakukan runway untuk jenama fesyen terkenal Korea seperti, General Idea dan Song Zio, dia juga sibuk melakukan penggambaran muka depan untuk majalah seperti GQ, Bazaar, dan Elle. Pada tahun 2011 dia memutuskan untuk mengembangkan bakatnya menjadi pelakon dalam “White Christmas”.
Lee Jongsuk
Bintang utama “Pinocchio” ini memulakan kerjaya peragaannya pada usia 15 tahun, menjadikannya yang paling muda untuk debut di program Koleksi Seoul untuk Minggu Fesyen Seoul. Dia sudah menjadi model berjaya yang melakukan runway untuk pertunjukan terbesar sebelum dia memutuskan untuk terjun ke dunia lakonan.
Lee Jong-suk membuat debut rasminya sebagai pelakon dalam siri komedi romantis pada tahun 2010 dalam K-Drama “Prosecutor Princess”, di mana dia memainkan watak sampingan. Walaubagaimanapun, sekarang Lee Jong-suk sudah berjaya memegang watak utama dalam beberapa drama popular.
Semua hensem, memang layak jadi model.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Miliki Pelbagai Bakat, Ini 5 Pelakon Lelaki Korea Mula Kerjaya Sebagai Model first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/miliki-pelbagai-bakat-ini-5-pelakon-lelaki-korea-mula-kerjaya-sebagai-model/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=miliki-pelbagai-bakat-ini-5-pelakon-lelaki-korea-