Miga I Cara Pelaburan Emas Maybank Islamic Gold Account I
Bagi mereka yang ingin membuat pelaburan emas, salah satu pelaburan emas yang popular adalah Maybank Islamic Gold Account-i atau MIGA-i.
Menariknya pelaburan emas ini, pengguna boleh membuka akaun pelaburan emas serendah RM10 sahaja.
Apa Itu Maybank Islamic Gold Account-i?
MIGA-i merupakan merupakan satu akaun pelaburan emas telah dilancarkan oleh Maybank Islamic Berhad (MIB) pada hari Isnin, 17 Mei 2021.
Produk pelaburan emas ini juga membolehkan pelanggan membuka akaun, membeli dan menjual emas, serta memindahkan emas, semuanya secara atas talian melalui Maybank2u.
Produk emas pelaburan yang ditawarkan merupakan emas dengan ketulenan 999.9 yang telah diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA).
Pelanggan boleh memulakan simpanan emas dan melakukan transaksi beli atau jual dengan nilai serendah RM10.
Produk ini berbeza daripada akaun emas konvensional, kerana akaun emas patuh Syariah ini membolehkan pelanggan menebus baki emas yang ada dalam akaun mereka dengan emas fizikal, dalam denominasi dari sekecil satu gram sehingga satu kilogram emas.
Faedah MIGA-i
Antara faedah yang bakal diperoleh menerusi pelaburan emas ini adalah seperti:
Pelaburan Selamat: Melabur dalam emas dengan ketulenan 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA)
Mampu Milik: Pelaburan pertama serendah RM10 untuk setiap transaksi
Harga Kompetitif: Perbezaan harga yang rendah dan harga pasaran masa nyata untuk membeli dan menjual emas.
Penebusan Emas Fizikal: Mempunyai pilihan untuk menebus baki emas dalam akaun MIGA-i bagi mendapatkan emas fizikal dengan denominasi 1 gram sehingga 1,000 gram.
Untung Dengan Mudah: Terima notifikasi apabila telah mencapai minimum 10% keuntungan & gunakan pesanan masa depan untuk membeli dan menjual emas secara automatik pada harga yang anda tentukan.
Mudah: Boleh membuka akaun, membeli, menjual dan memindahkan emas secara dalam talian melalui Maybank2u.
Hukum Pelaburan Emas MIGA-i
Untuk hukum pelaburan emas ini, Maybank Islamic Berhad telah menyatakan bahawa hukum pelaburan emas ini adalah berbeza daripada akaun emas konvensional.
Pelaburan emas Maybank adalah patuh syariah, oleh itu pelanggan akaun tidak perlu risau akan status patuh syariahnya dan dapat melakukan transaksi jual beli dengan hati yang tenang.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk melabur dalam pelaburan emas ini adalah seperti berikut:
Jenis AkaunBuka Akaun Melalui CawanganBuka Akaun Melalui Maybank2uAkaun Individu
18 tahun dan ke atasBoleh DilakukanBoleh DilakukanAkaun Individu
– Akaun Amanah (akaun bersama penjaga bagi 18 tahun ke bawah)
– Akaun Bersama (sehingga 4 orang sahaja)Boleh DilakukanTidak Boleh DilakukanPemilikan TunggalBoleh DilakukanTidak Boleh Dilakukan
Cara Membuka Akaun
Langkah untuk membuka MIGA-i melalui Maybank2u:
Log masuk ke Maybank2u anda.
Pilih ‘Apply.’
Pilih ‘Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)’ untuk membuat akaun MIGA-i anda.
Selepas akaun MIGA-i anda telah dibuat, aktifkan akaun anda dengan pelaburan pertama serendah RM10.
Cara Membeli & Menjual
Untuk membeli dan menjual emas, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Log masuk ke Maybank2u anda.
Tekan ‘Wealth.’
Pilih ‘Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i).’
Kini anda boleh membeli dan menjual emas.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai pelaburan emas ini, sila layari laman web https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/wealth/gold_silver/maybank-islamic-gold-account-i-bm.page.
Baca juga: IMTeen Maybank: Akaun Simpanan Khusus untuk Remaja
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/miga-i/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=miga-i