Mic Utamakan Maruah Sukar Kerjasama Dengan Sanusi Kata Presiden Mic


 

PETALING JAYA: Presiden MIC S Vigneswaran menyifatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai pemimpin yang tidak ada pengalaman mahupun kebolehan “beramah mesra” dengan kaum lain.
Beliau memberi amaran bahawa MIC tidak akan memberi sokongan kepada Sanusi dengan sewenang-wenangnya, hanya kerana kepentingan politik.
“Modus operandi kita (MIC) sudah bertukar. Bermakna kita lebih rela hidup bermaruah daripada hidup (mementingkan) kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya kepada FMT.
Tindakan Sanusi mengambil keputusan-keputusan yang membelakangkan nilai toleransi kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara ini akan “memberi kesan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti,” kata Vigneswaran.
Beliau berkata MIC sukar bekerjasama dengan PAS di Kedah kerana Sanusi dilihat tidak mengambil berat isu kepentingan masyarakat India di negeri itu.
“Kita tak ada masalah peribadi dengan MB Kedah. Tetapi cara dia menjalankan tugas menunjukkan dia tidak ada pengalaman dan (kebolehan) beramah mesra dengan kaum lain,” kata beliau.
Vigneswaran berkata banyak pemimpin NGO telah menggesa Sanusi untuk menarik balik keputusan membatalkan cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam pada 28 Jan ini.
“Tetapi beliau enggan berbuat demikian. Keputusan menteri besar Kedah membatalkan cuti peristiwa adalah tidak munasabah,” katanya.
Vigneswaran diminta mengulas hubungan MIC dan PAS sebagai rakan sekutu dalam kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat susulan perbalahaan parti itu dengan Sanusi.
Beliau tidak menghuraikan perkara itu namun menegaskan di di Kedah, MIC semakin sukar meneruskan kerjasama dengan Sanusi kerana MB itu kerap mengambil keputusan membelakangkan kepentingan masyarakat India.
Vigneswaran berkata selama ini, MIC memberikan kerjasama kepada Sanusi untuk menjaga keharmonian hubungan masyarakat majmuk di negeri itu, tetapi kini tertekan untuk meneruskan hubungan sebegitu.
“(Apabila) … sesuatu masalah timbul, …(MIC) setuju bekerjasama dengan PAS demi menjaga hubungan (penganut pelbagai) agama,” katanya kepada FMT.
“Tetapi selepas isu kuil dan sebagainya, agak sukar (kami) nak terangkan kepada akar umbi (MIC),” mengenai tindakan yang diambil oleh Sanusi, kata Vigneswaran.
Perbalahan terbaru antara MIC dan Sanusi tercetus selepas menteri besar itu membatalkan cuti peristiwa untuk Thaipusam.
Keputusan berkenaan diambil kerana sambutan utama perayaan itu dibatalkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) di seluruh negara untuk mengekang wabak Covid-19.
Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan, sebelum ini menuduh Sanusi sebagai angkuh dan jahil kerana bertindak demikian, tanpa mengambil kira hakikat ramai penganut Hindu masih menyambut Thaipusam di rumah.
Sanusi mempertahankan keputusan itu atas faktor mengutamakan kesihatan awam dan menuduh MIC mengikut “tarian perkauman DAP” untuk meraih sokongan murahan pengundi India.
Tahun lalu, Sanusi dan pemimpin utama MIC terbabit dalam satu lagi episod perang mulut susulan perobohan sebuah rumah ibadat Hindu.
Ketika itu, Sanusi mempertahankan tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah, kerana ia dibina tanpa kelulusan dan pihak kuil tidak mengendahkan notis yang dikeluarkan.
Tindakan itu bagaimanapun di selar oleh Vigneswaran dan pemimpin kanan lain, yang menuduh Sanusi menindas kepentingan penganut Hindu untuk menjadi popular di kalangan pengundi Melayu.
The post MIC utamakan ‘maruah’, sukar kerjasama dengan Sanusi, kata Presiden MIC appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/24/mic-utamakan-maruah-sukar-kerjasama-dengan-sanusi-kata-presiden-mic-2/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mic-utamakan-maruah-sukar-kerjasama-dengan-sanusi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
After Kedah S Thaipusam Controversy Minister Saravanan Says Mic Pas Ties Tested With Sanusi As Mb

After Kedah S Thaipusam Controversy Minister Saravanan Says Mic Pas Ties Tested With Sanusi As Mb

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 229 hits
Human Resources Minister Datuk Seri M Saravanan speaks during a press conference at the Ministry of Human Resources Putrajaya December 3 2020 Picture by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Jan 21 Human Resources Minister Datuk Seri M Saravanan today ...
Teresa Dares Mic Mca To Have Sanusi Censured Over Thaipusam Holiday

Teresa Dares Mic Mca To Have Sanusi Censured Over Thaipusam Holiday

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 190 hits
Teresa Kok says Perikatan Nasional leaders failure to criticise the Kedah menteri besar s actions is tantamount to supporting the menteri besar PETALING JAYA MIC and MCA should demand that the Perikatan Nasional presidential council censure...
Presiden Mic Akhirnya Faham Bagaimana Pemimpin Amanah Tinggalkan Pas

Presiden Mic Akhirnya Faham Bagaimana Pemimpin Amanah Tinggalkan Pas

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 149 hits
January 25 2021 Presiden MIC SA Vignaeswaran menyifatkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebagai sombong dan mencabarnya untuk bertanding di kerusi campuran pada pilihan raya akan datang Sikap sombongnya punca ramai orang meningg...
Desakan Akar Umbi Umno Mahu Putus Kerjasama Bukan Masalah Besar Kata Ppbm Terengganu

Desakan Akar Umbi Umno Mahu Putus Kerjasama Bukan Masalah Besar Kata Ppbm Terengganu

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 204 hits
PETALING JAYA PPBM Terengganu tidak melihat keputusan akar umbi Umno termasuk di Terengganu untuk tidak bekerjasama dengan parti itu dalam pilihan raya umum ke 15 sebagai masalah besar Pengerusi PPBM negeri Razali Idris berkata isu lebih be...
Teguh Di Belakang Presiden Bukan Masa Cipta Gelora Dalam Parti Kata Exco Pemuda Umno

Teguh Di Belakang Presiden Bukan Masa Cipta Gelora Dalam Parti Kata Exco Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 225 hits
January 15 2021 6 17 PMBeberapa portal hari ini melaporkan Pemuda Umno Pontian menggesa Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai presiden parti secara terhormat ketika parti Melayu itu dilihat tidak mempunyai hala tuju yang jelas bawah kepimpina...
Presiden Mic Cabar Mb Kedah Tanding Kerusi Campuran

Presiden Mic Cabar Mb Kedah Tanding Kerusi Campuran

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 162 hits
ismaweb netVigneswaran dakwa Muhammad Sanusi tak bertimbang rasaBANGI 12 Jamadilakhir 1442H Isnin Perang mulut di antara Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor serta pemimpin MIC dilihat semakin tegang Terbaharu Presiden MIC Tan Sri S A...
Muhyiddin Sudah Hilang Sokongan Dan Telah Gagal Kata Orang Najib

Muhyiddin Sudah Hilang Sokongan Dan Telah Gagal Kata Orang Najib

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh Isham Jalil Setelah bertahun saya menulis tentunya tuan tuan dan puan puan telah boleh melihat bahawa dalam sesuatu isu saya mengambil pendirian berdasarkan prinsip fakta dan kepercayaan saya dan bukannya berdasarkan populariti Sebagai...
Pilihan Raya Boleh Diadakan Ketika Darurat Kata Aziz Bari

Pilihan Raya Boleh Diadakan Ketika Darurat Kata Aziz Bari

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 266 hits
IPOH Proklamasi darurat tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pilihan raya kerana beberapa siri pilihan raya di negara ini pernah dilaksanakan ketika darurat Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata jika diimbau Pilihan Raya ...
Usaha Gulingkan Muhyiddin Kerana Ada Ahli Politik Tak Mahu Masuk Penjara Kata Aktivis

Usaha Gulingkan Muhyiddin Kerana Ada Ahli Politik Tak Mahu Masuk Penjara Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 255 hits
On Jan 14 2021 Seorang penganalisis politik terkemuka mengatakan tujuan Muhyiddin Yassin mahu digulingkan bukan kerana perdana menteri tidak berkemampuan tetapi kerana pemimpin pemimpin politik tertentu tidak mahu masuk penjara Presiden Ger...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru

Lirik Lagu Sio Ado Mnukwar