Muhyiddin Sudah Hilang Sokongan Dan Telah Gagal Kata Orang Najib



Oleh Isham Jalil
Setelah bertahun saya menulis, tentunya tuan-tuan dan puan-puan telah boleh melihat bahawa dalam sesuatu isu saya mengambil pendirian berdasarkan prinsip, fakta dan kepercayaan saya, dan bukannya berdasarkan populariti.
Sebagai seorang pemimpin mahupun ahli politik, ada kala kita perlu berani mengambil pendirian yang tidak popular untuk menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan untuk kebaikan yang lebih besar.
Dan saya hargai dan raikan kepelbagaian pendapat dan pandangan di komen-komen posting saya, sama ada komen-komen positif atau komen-komen negatif (kecuali komen-komen carutan, komen robot dan spam, atau komen iklan jual barang yang terpaksa ditapis oleh admin saya atas sebab yang terjelas dengan sendirinya).
Ini termasuklah komen-komen daripada penyokong-penyokong PPBM, penyokong Muhyiddin, Azmin, pekerja J-KOM dan sebagainya yang tentunya tidak bersetuju dengan saya dalam pelbagai perkara.
Namun komen-komen negatif, cacian atau cemuhan anda (penyokong PPBM) tidak mengubah hakikat bahawa kerajaan Perikatan Nasional hari ini adalah kerajaan yang telah hilang majoriti dan tidak lagi mempunyai keabsahan (legitimacy) untuk mentadbir dan memegang kuasa.
Dan ia juga tidak mengubah hakikat bahawa Tan Sri Muhyiddin juga telah hilang keabsahan sebagai Perdana Menteri dari segi moral mahupun undang-undang kerana dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat walaupun dia telah menggantung Parlimen dengan pengisytiharan darurat.
Dan ia juga tidak mengubah hakikat bahawa Perdana Menteri dan kerajaan hari ini telah;
1. Gagal untuk menangani wabak COVID-19 sejak 10 bulan yang lepas di mana keputusan-keputusan kerajaan mahupun ketidakcekapan membawa kepada kenaikan kes jangkitan sehingga 3,000 kes sehari kini;
2. Gagal untuk membantu rakyat yang tertekan yang memerlukan pengeluaran KWSP Akaun 1 tanpa syarat dan menyusahkan mereka untuk mengeluarkan duit mereka sendiri;
3. Gagal melanjutkan moratorium bank walaupun PKP dilanjutkan dan darurat dikenakan sehingga bulan Ogos 2021 di mana kehilangan pendapatan rakyat dijangka meningkat dan mereka tidak mampu untuk membayar bank;
4. Gagal untuk mengekang kejatuhan ekonomi negara di mana ekonomi masih di paras negatif dan kadar pengangguran meningkat sehingga 4.8 peratus dan pengangguran belia dianggarkan melebihi 15 peratus serta hampir 800,000 orang telah hilang kerja dan lebih 4 juta orang hilang pendapatan.
5. Gagal menyampaikan vaksin awal kepada rakyat sehingga rakyat terpaksa menunggu sehingga akhir bulan depan dan lewat berbanding negara-negara lain yang telah menerima vaksin seawal bulan lepas;
6. Gagal untuk menstabilkan kemelut politik dan menyebabkannya lebih buruk dengan kedegilan mahu terus memegang kuasa walaupun telah hilang majoriti dan sokongan;
7. Gagal untuk menarik pelabur asing di mana hampir RM1 billion telah keluar dari pasaran modal dalam tempoh beberapa minggu ini;
8. Gagal untuk mencegah kejatuhan nilai ringgit di mana ringgit berada di paras RM4.04 berbanding USD dan RM7.43 berbanding Baht.
9. Gagal membawa pembunuh Adib ke muka pengadilan;
10. Gagal mengecam pelaku kes salah laku seks luar tabii yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan Azmin Ali;
11. Gagal mendakwa seorang menteri Mustapa Mohamed dan seorang timbalan menteri Mas Ermiyati dalam kes penerimaan wang yang dikaitkan dengan 1MDB apabila menteri dan timbalan menteri tersebut melompat parti ke PPBM namun mendakwa secara terpilih pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak melompat parti dalam kes yang sama;
12. Gagal membawa bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti ke muka pengadilan walaupun keluarganya dikaitkan dengan penerimaan wang beratus juta daripada Jho Low;
13. Dan banyak kegagalan-kegagalan lain.
Jika mereka amanah, apabila mereka gagal sepatutnya mereka dan Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Tetapi ini tidak berlaku, sebaliknya mereka isytihar darurat dan terus memegang kuasa.
Malaysia hari ini berada di tangan pengkhianat.
Allah selamatkanlah Malaysia.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/14/muhyiddin-sudah-hilang-sokongan-dan-telah-gagal-kata-orang-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Jangan Ego Perlu Akui Gagal Kawal Covid 19 Kata Najib

Pn Jangan Ego Perlu Akui Gagal Kawal Covid 19 Kata Najib

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan jangan ego dan segera melarang perjalanan rentas negeri selama dua minggu serta melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat untuk mengekang kes Covid 19 yang me...
Perintah Darurat Muhyiddin Kerana Politik Bukan Tangani Covid 19 Kata Najib

Perintah Darurat Muhyiddin Kerana Politik Bukan Tangani Covid 19 Kata Najib

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 360 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONDatuk Seri Najib Razak mendakwa perintah darurat yang akan dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di Pertuan Agong petang ini merupakan keputusan berasaskan politik dan bukannya untuk menangani wabak Covid 19...
Giliran Nazri Aziz Pula Tarik Sokongan Pada Muhyiddin

Giliran Nazri Aziz Pula Tarik Sokongan Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 198 hits
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Ahli Parlimen Padang Rengas itu membuat pengumuman berkenaan dalam sidang medianya di Kuala Lumpur hari in...
Kerajaan Pn Akan Tumbang Jika 5 Lagi Mp Umno Tarik Diri Dari Sokong Muhyiddin Kata Nazri

Kerajaan Pn Akan Tumbang Jika 5 Lagi Mp Umno Tarik Diri Dari Sokong Muhyiddin Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 192 hits
January 11 2021 KERAJAAN Perikatan Nasional akan tumbang jika sekurang kurangnya lima ahli Parlimen Umno menarik diri daripada menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin kata Nazri Aziz Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata kelab penyokong ahli ...
Muhyiddin Sudah Kalah Mohon Darurat Pengakuan Tiada Majoriti Kata Nazri

Muhyiddin Sudah Kalah Mohon Darurat Pengakuan Tiada Majoriti Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 230 hits
January 12 2021 KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menganggap tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon darurat sebagai pengakuan beliau sudah tiada sokongan majoriti di Dewan Rakyat Ia juga pengakuan bahawa Muhyidd...
Anwar Atau Zahid Perlu Ketuai Mp Mengadap Agong Jika Benar Muhyiddin Hilang Majoriti

Anwar Atau Zahid Perlu Ketuai Mp Mengadap Agong Jika Benar Muhyiddin Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 287 hits
Janganlah mengharap dan saran biden mengadap Agong Kerusi PM takkan datang bergolek dan Jangan asyik tuding jari salahkan orang lain kononnya menghalang sedangkan sendiri lembab By the way Zahid dah istihar belum tarik sokongan pd Muhyiddin...
Pentadbiran Pn Gagal Muhyiddin Seharusnya Letak Jawatan

Pentadbiran Pn Gagal Muhyiddin Seharusnya Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 202 hits
AKHMAL NASIRPengisytiharan Darurat yang diumumkan oleh Perdana menteri hari ini telah membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional telah gagal dalam menguruskan negara mendepani cabaran Covid 19 Segala galanya bermula dari lan...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu