Mic Makin Suci
PAS mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat dengan MIC, kata Presidennya Abdul Hadi Awang dalam su MIC Makin Suci atu kenyataan hari ini
"PAS menghargai pandangan tersebut dan membuka pintu kerjasama yang lebih erat dengan MIC dan kalangan masyarakat majmuk," katanya pada suatu hantaran Facebook
Beliau mengulas kenyataan pemimpin MIC pada konvensyen tahunan parti itu di Kuala Lumpur semalam yang menggesa anggotanya meraikan kerjasama antara PAS dan Umno sebagai cara untuk mengembalikan penguasaan BN
Tambah mereka, imej “radikal” yang disuguhkan kepada PAS oleh pengkritik-pengkritik parti itu adalah satu dakwaan yang tidak benar
Malah, presidennya, S Vigneswaran mengimbas kembali ketika dia mengetuai rombongan pemimpin parti yang lain untuk bertemu dengan Abdul Hadi - tidak lama selepas dia menjadi presiden pada Julai tahun lalu - dia diyakinkan bahawa PAS tidak bersikap menentang agama lain selain Islam
Presiden PAS pada hantaran Facebooknya hari ini turut menyertakan pautan berita Malaysiakini yang melaporkan kenyataan kepimpinan tertinggi MIC itu, sambil menzahirkan penghargaan kepada Vigneswaran
"Terima kasih kepada Presiden MIC, Senator S Vigneswaran atas pandangan beliau yang sangat terbuka terhadap PAS
"PAS akan terus memperkenalkan Islam sebagai agama yang memberikan keadilan untuk semua dan tiada paksaan beragama, serta menjaga keharmonian bermasyarakat majmuk di Malaysia," katanya lagi
Berikutan kekalahan BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, Umno mempererat hubungannya dengan PAS atas nama “perpaduan Melayu dan Islam”, dan slogan itu diketengahkan di beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang membuahkan kejayaan buat mereka
Ia juga membawa kepada persetujuan untuk memeterai piagam rasmi antara Umno dan PAS yang akan berlangsung dalam sebuah acara khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 14 September nanti
Sebelum PRU ke-14, BN mempunyai 13 parti komponen, namun jumlah itu berkurangan menjadi tiga - Umno, MCA, dan MIC - selepas kekalahannya
Semalam, Vigneswaran yang juga merupakan presiden Dewan Negara turut menjelaskan MIC mempunyai sejarah panjang dalam menjalinkan kerjasama dengan orang Melayu dari Umno
Katanya, sudah tiba masanya untuk MIC mengambil sikap serupa terhadap PAS
“Saya kena buat keputusan sebagai seorang ketua. Jika bangsa saya mahu hidup secara aman di negara ini, kita kena bekerja dengan PAS
“Bukan untuk kebaikan saya, tetapi untuk kebaikan bangsa di tahun-tahun akan datang,” tegasnya disambut sorakan daripada perwakilan yang hadir, terdiri daripada sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri parti itu. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/07/mic-makin-suci.html