Kotak Suis Elektrik Terbakar Api Makin Marak Ibu Jadi Hero Selamatkan Empat Orang Anak


Malang tidak berbau, oleh itu kita harus sentiasa bersedia dan tenang ketika berdepan dengan situasi cemas. Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Ellysyafina Dali, menceritakan perihal kotak suis elektrik di rumahnya yang tiba-tiba terbakar. Pada ketika itu, Elly sedang memandikan anak kecilnya ketika dua orang anaknya yang lain memanggil Elly untuk turun ke bawah.
Berlari mendapatkan kedua-dua anaknya di tingkat bawah, Elly segera mengambil kunci untuk membuka pintu rumah. Kemudian dia menyuruh anak ketiganya yang berada di atas untuk turun dan keluar bersama yang lain. Elly pula naik semula ke atas untuk mengambil anak bongsunya. Kemudian, meminta anak sulungnya untuk dukung adik dan berlari keluar sebelum dia masuk semula ke rumah untuk mengambil telefon bimbit bagi menghubung ibunya.
Api yang mulai marak selepas kotak suis elektrik terbakar Kebetulan ibu Elly tinggal berhampiran rumah mereka, dia meminta agar anak-anaknya dijaga sebentar. Elly tidak membuang masa lantas menghubungi pihak bomba. Kemudian Elly hubungi pula suaminya memberitahu tentang kebakaran yang berlaku.
Kotak suis yang terbakar Pun begitu, Elly kekal tenang dan teringatkan pemadam api yang ada di dalam rumah. Elly kemudiannya berlari semula ke dalam rumah untuk memadamkan api yang sedang marak. Berjaya memadamkan api, pada ketika itulah dia mula menggeletar seluruh badannya.
Ikuti perkongsian Elly dan tip yang dikongsikan sekiranya berdepan dengan situasi cemas begini:
Ketika kejadian lebih kurang jam 11am saya sedang mandikan anak kecil di tingkat atas. Terdengar suara anak sulung dan anak ke-2 menjerit berkali-kali dari tingkat bawah. “Ibu..ibu, tolong ibu, ibu turun sekarang ibu”. Saya jenguk dari tangga, Allahuakhbar api..! Api keluar dari main switch box yang terletak di sebelah pintu utama rumah. Anak-anak, saling menjerit ketakutan.
Saya tinggalkan anak ke-3 dan ke-4 di tingkat atas, berlari turun ke bawah ambil kunci rumah, buka pintu dan grill. Tolak anak ke-2 keluar rumah sambil itu saya menjerit sekuat hati minta anak ke-3 keluar dari bilik air di tingkat atas. Anak kecil usia 2 tahun juga masih di atas. Saya berlari naik ke atas selamatkan si kecil dan minta anak sulung dukung dan keluar dari rumah.
Saya kumpulkan mereka 4 beradik di luar pagar rumah. Api sedang membesar. Saya istighfar dan tawakal berlari semula naik ke tingkat atas ambil handphone. Sambil berlari turun tangga, terus hubungi Mak. “Mak, rumah Ayong terbakar, tolong datang ambil anak-anak Ayong”.
Kemudian jari laju dail 999. “Cik, rumah saya terbakar di Saujana Impian Kajang. Mereka terus sambungkan panggilan ke Balai Bomba berhampiran. Saya hubungi pula suami yang sedang bekerja. “Abang, balik..rumah kita terbakar”.
Beberapa minit kemudian adik saya sampai dan ambil anak-anak bawa ke rumah Mak (rumah saya berhampiran dengan rumah Mak). Dalam keadaan kelam kabut, saya terfikir, “aku ada alat pemadam api”. Capai pemadam api, tarik kuncinya. Saya tawakal sepenuhnya, berlari semula masuk ke rumah untuk padamkan api yang kian marak. Non-stop tekan pemadam api.
Pemadam api yang Elly gunakan Alhamdulillah api padam. Jatuh terduduk saya lepas tu. Lembik kaki. Menggeletar satu badan. Diam tak terkata atas lantai. Kemudian mak, abah dan suami sampai. 45 minit berlalu, Bomba masih belum tiba. Bayangkan jika tiada pemadam api, bagaimana keadaan api dan rumah. Allahuakhbar.
Trak bomba yang datang untuk membantu memadamkan kebakaran Pengalaman ini benar-benar mengajar. Tips ini saya kongsikan kepada semua sahabat. Jika berlaku kebakaran ketika kita berada di dalam rumah.
JANGAN PANIK Ya, bukan mudah nak bertenang dalam situasi cemas tapi mahu atau tidak, kita sedang pikul tanggungjawab besar sebagai seorang Ibu. Nyawa anak-anak menjadi keutamaan. Jika kita panik, seriously kita tidak boleh berfikir secara rasional.
BERKUMPUL SATU TEMPAT Pastikan semua orang di dalam rumah berkumpul di luar rumah atau ditempat selamat. Ini untuk memudahkan proses menyelamat.
SELAMATKAN DIRI SENDIRI Cuba sepantas boleh selamatkan diri kerana hanya kita sahaja tahu laluan mana di dalam rumah yang paling selamat untuk kita selamatkan diri.
HUBUNGI 999/KELUARGA Telefon keluarga dan pihak penyelamat, talian 999 sangat membantu. Apa yang boleh saya katakan, mereka sangat efficient. Hubungi TNB juga.
ALAT PEMADAM API Wajib ada pemadam api disetiap rumah. Ia berguna. Ya, sekarang kita fikir tiada keperluan tapi jika berlaku kebakaran ia membantu selamatkan nyawa, harta benda dan kawasan kejiranan. Jika berlaku kepada jiran, kita dapat membantu. Pahala free.
CHECK PENDAWAIAN ELEKTRIK Panggil orang berpengalaman untuk periksa pendawaian elektrik. Saya difahamkan oleh pihak Bomba, soket longgar di Main Switch Box dan ia mengakibatkan percikan api berlaku.
Semoga tips ini dapat memberi persediaan mental fizikal kepada kita jika berdepan dengan situasi cemas.
Terima kasih Ya Allah, Kau turunkan ujian diwaktu siang semasa aku sudah terjaga dari tidur malamku. Jika ujian ini berlaku dikala aku sekeluarga sedang nyenyak tidur, mungkin kami sekeluarga terkandas di tingkat atas dan sudah tiada di dunia ini. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk kami tumpang di bumi-Mu ini lagi.
#MalangTidakBerbau
#AllahUjiSebabDIASayang
#PentingAdanyaPemadamApi
Sumber: Ellysyafina Dali
The post Kotak Suis Elektrik Terbakar, Api Makin Marak. Ibu Jadi Hero Selamatkan Empat Orang Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kotak-suis-elektrik-terbakar-api-makin-marak-ibu-jadi-hero-selamatkan-empat-orang-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Meraung Kesakitan Telinga Dah Bengkak Berdarah Ibu Kesal Beri Anak Pakai Anting Anting

Dia Meraung Kesakitan Telinga Dah Bengkak Berdarah Ibu Kesal Beri Anak Pakai Anting Anting

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 585 hits
The ReporterSeorang kanak kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan di telinganya yang bengkak dan berdarah akibat dipakaikan anting anting Ibunya Sri Patmawati Sariman cuba membuka anting anting tetapi mangsa enggan membenarkannya berbuat...
Dituduh Jadi Punca Anak Berce3rai Ini Respon Ibu Fizo Omar Dalam Tangisan Memang Sebak

Dituduh Jadi Punca Anak Berce3rai Ini Respon Ibu Fizo Omar Dalam Tangisan Memang Sebak

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 423 hits
KISAH perce3raian Fizo Omar dengan Mawar Abdul Karim terus menjadi bualan netizen apabila ibu pelakon tersebut diheret sama kerana dikatakan menjadi pvunca perp1isahan itu Dituduh Jadi Punca Anak Berce3rai Ini Respon Ibu Fizo Omar Dalam Tan...
Keprihatinan Lelaki Ini Bantu Selamatkan Remaja Oku Daripada Terus Didera Ibu Kandung

Keprihatinan Lelaki Ini Bantu Selamatkan Remaja Oku Daripada Terus Didera Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 532 hits
Bercakap tentang kes penderaan pasti anda banyak mendengar kes penderaan yang berlaku kepada warga emas kanak kanak dan lain lain Malah kes kes begini sering berlaku seperti tiada titik noktah Baru baru ini seorang pengguna Twitter Jurais t...
Jambret Yang Lukai Ibu Dan Anak Ditangkap

Jambret Yang Lukai Ibu Dan Anak Ditangkap

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 218 hits
Polisi Polres Garut menangkap pemuda yang diduga menjadi pelaku pencurian dengan kekerasan Ia ditangkap di rumahnya setelah mencuri telepon genggam milik ibu yang tengah mengendarai motor bersama anaknya
Terimalah Akibat Apa Yang Hang Dah Buat Kat Anak Hang Tu Rakan Dedah Si Ibu Jadikan Anak Oku Sebagai Hamba

Terimalah Akibat Apa Yang Hang Dah Buat Kat Anak Hang Tu Rakan Dedah Si Ibu Jadikan Anak Oku Sebagai Hamba

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 343 hits
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis dan Polis Diraja Malaysia berjaya menyelamatkan seorang remaja OKU yang didakwa menjadi mangsa penderaan oleh ibu dan abang kandungnya Dia ditemui dengan kesan luka lama dan luka baru di rumah merek...
Dakwaan Dera Oku Ibu Abang Direman Empat Hari

Dakwaan Dera Oku Ibu Abang Direman Empat Hari

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 235 hits
KANGAR 21 Julai Seorang wanita dan anak lelakinya direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes dera melibatkan remaja perempuan orang kelainan upaya berusia 14 tahun di Mata Ayer di sini Perintah tahanan reman itu dikeluarka...
Nak Kena Lempang Ke Bahasa Kasar Ibu Bapa Terhadap Anak Bawa Kesan Jangka Masa Panjang

Nak Kena Lempang Ke Bahasa Kasar Ibu Bapa Terhadap Anak Bawa Kesan Jangka Masa Panjang

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 419 hits
Layanan yang baik kepada orang lain sudah pastinya dapat memberi kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain Apa tidaknya layanan yang baik dapat melatih diri untuk menghormati orang lain di samping dapat menjaga hati mereka Begitu jug...
Belajar Dari Ibu Guru Diana Pengabdian Dan Kecintaan Pada Anak Anak Pedalaman Papua

Belajar Dari Ibu Guru Diana Pengabdian Dan Kecintaan Pada Anak Anak Pedalaman Papua

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 278 hits
Diana yakin kemauan yang tulus akan direstui alam dan diberkati Tuhan Semua yang tak mungkin pasti akan terjadi
6 Bulan Tak Tinggal Bersama Anak Menantu Bukan Saya Puncanya Ibu Fizo Omar

6 Bulan Tak Tinggal Bersama Anak Menantu Bukan Saya Puncanya Ibu Fizo Omar

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 713 hits
Berkorban kasih demi kebahagiaan Fizo Omar dan keluarganya Sebaris ayat daripada mulut Mawar Abdul Karim ini ternyata mengundang spekulasi yang cukup hebat yang rata rata menyimpulkan perceraian rumah tangga Fizo Omar dan Mawar berpunca dar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game