Mic Kedah Tidak Puas Hati Kedah Beri Banyak Jawatan Kepada Kumpulan Azmin


MIC Kedah minta kerajaan negeri kaji semula agihan jawatan
Pengerusi MIC Kedah S Ananthan meminta kerajaan negeri mengkaji semula kaedah pengagihan jawatan selepas kumpulan penyokong Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali – dikenali sebagai Penggerak Komuniti Negara (PKN) – menyertai Bersatu.
Kata Ananthan sebenarnya PKN itu tidak lagi relevan untuk diberi tempat dalam kerajaan Kedah terutama selepas Azmin menyertai parti yang diterajui Muhyiddin Yassin itu.
“Maka, jawatan-jawatan yang diberikan kepada kumpulan mereka (PKN) perlu di kaji semula,” katanya kepada Malaysiakini.
Ananthan berkata demikian ketika mengulas kumpulan PKN yang diberikan tempat dalam kerajaan negeri yang kini diterajui PAS.
Disebabkan perkembangan baru termasuk menyaksikan penyokong Azmin menyertai Bersatu maka kumpulan PKN dianggap tidak lagi memerlukan kuota dalam kerajaan Kedah.
Untuk rekod PKN merupakan pertubuhan yang menyokong Azmin dan bekas pemimpin PKR yang berpaling tadah sebelum ini. Ia asalnya diramalkan akan didaftarkan sebagai parti politik.
Di sebalik jangkaan itu Azmin dan kumpulannya menyertai Bersatu pada Ogos lalu bersama beberapa pertubuhan lain yang dikaitkan dengannya, seperti Nation of Women (NOW), Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara.
Penyokong bukan Melayu pula menganggotai Bersatu sebagai ahli bersekutu.
Namun, di Kedah PKN – juga dikenali sebagai ‘bekas PKR’ – masih berfungsi sebagai blok ketiga dan meminta jawatan tambahan selain apa yang diperuntukkan kepada Bersatu.
Mahu kerusi lebih banyak
Contohnya ketika kerajaan Perikatan Nasional Kedah ditubuhkan, mereka mendapat 35 tempat sebagai ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) yang kemudian mencetuskan rasa kurang senang BN negeri.
Selain itu, difahamkan juga mereka menuntut dua kerusi DUN di Kedah untuk ditandingi pilihan raya umum (PRU) akan datang. Ia merupakan kerusi tambahan daripada empat kerusi yang dipohon Bersatu sebelum ini.
Bagaimanapun, tuntutan mereka tidak disenangi oleh BN. https://www.malaysiakini.com/news/530024- TIDAK SETUJU
Menurut Ananthan dengan 35 tempat dalam PBT Kedah ketika ini, Bersatu pula mendapat 48 tempat menjadikan jumlah keseluruhan ialah 83 orang berbanding PAS yang hanya ada 60 kerusi walaupun menjadi ketua kerajaan.
Untuk bahagian BN pula, katanya, hanya ada 50 kerusi dan daripada jumlah itu MIC mendapat empat tempat.
“Begitu juga jawatan dalam badan baru Jawatankuasa Penggerak Komuniti Tempatan (JPKT) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahaan dan Kerajaan Tempatan. Satu pun tidak diberikan kepada MIC.
“Jadi, MIC mahu kerajaan negeri kaji semula hal ini. Kami mahu diberikan 13 kerusi untuk PBT seperti zaman BN, manakala untuk JPKT kami mahu sekurang-kurangnya 30 kerusi,” katanya.
Ananthan juga memberitahu MIC Kedah bercadang bertanding di tiga kerusi DUN – iaitu Bukit Selambau, Sidam dan Kulim – serta parlimen Padang Sedai pada PRU ke-15.
“Namun, kami akan menghormati sebarang keputusan muktamad oleh pucuk pimpinan MIC,” katanya.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dijatuhkan melalkui tindakan empat Adun Bersatu dan dua PKR berpaling tadah dengan memberikan sokongan kepada BN serta PAS pada Mei lalu.
Mereka kini menguasai 23 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu, PAS menguasai 15 kerusi, diikuti Bersatu (empat), dan Umno serta bebas masing-masing dua kerusi.
Untuk rekod, pada PRU ke-14 MIC bertanding di Bukit Selambau dan Lunas. Mk
The post MIC Kedah tidak puas hati Kedah beri banyak jawatan kepada kumpulan Azmin appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/22/mic-kedah-tidak-puas-hati-kedah-beri-banyak-jawatan-kepada-kumpulan-azmin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Puas Hati Agihan Kerusi Ketua Penerangan Pkr Sabah Letak Jawatan

Tak Puas Hati Agihan Kerusi Ketua Penerangan Pkr Sabah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 332 hits
Simsudin Sidek meletakkan jawatan sebagai ketua penerangan PKR Sabah setelah parti itu diperuntukkan hanya separuh daripada 14 kerusi yang dimintanya Simsudin Rabu lalu mengumumkan bahawa PKR akan bertanding 14 kerusi sehari sebelum Warisan...
Tak Puas Hati Kita Boleh Debate Face To Face Tmj Sound Pengurusan Fas

Tak Puas Hati Kita Boleh Debate Face To Face Tmj Sound Pengurusan Fas

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 433 hits
Persatuan Bola Sepak Selangor did kwa telah menawarkan kontrak dengan gaji sebanyak RM70 482 sebulan tidak termasuk bonus kepada pemain naturalisasi Harimau Malaya iaitu Sumareh Terdahulu Sumareh mencetuskan kontr0versi apabila meninggalkan...
Resipi Mi Kari Sedap Penuh Lauk Kuah Tak Muak Memang Puas Hati

Resipi Mi Kari Sedap Penuh Lauk Kuah Tak Muak Memang Puas Hati

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 413 hits
Mi Kari ni antara kegemaran ramai rakyat Malaysia Resipinya pun ada bermacam jenis Menerusi perkongsian saudari saudari Mariana Zainal beliau kongsikan resipi Mi Kari yang sedap dan penuh dengan ramuan enak Memang berbaloi untuk dicuba CARA...
Ngo Tidak Puas Hati Gesa Ambika Didakwa Dengan Pertuduhan Baru

Ngo Tidak Puas Hati Gesa Ambika Didakwa Dengan Pertuduhan Baru

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 290 hits
Keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan majikan yang dituduh membunuh pembantu rumah warga Indonesia dua tahun lalu mengundang ketidakpuasan hati pihak yang terlibat NGO Tenaganita menggesa Jabatan P...
Umno Tak Puas Hati Dengan Yidin Punca Berpaling

Umno Tak Puas Hati Dengan Yidin Punca Berpaling

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 256 hits
Yang paling bestnya GPS sebentar tadi telah menafikan bahawa mereka memberikan sokongan kepada DS Anwar S U agung GPS siap memperlekehkan Kenyataan Anwar itu GPS ingat hanya mereka sahajalah yang mampu menjadi kuasa ketiga bagi menjatuhkan ...
Wow Sedapnya Mango Bingsu Ni Buat Sendiri Lagi Puas Hati Anak Makan Berebut

Wow Sedapnya Mango Bingsu Ni Buat Sendiri Lagi Puas Hati Anak Makan Berebut

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 469 hits
Bingsu yang cukup terkenal di Korea ini merupakan pencuci atau pemanis mulut yang menyegarkan Taburan beraneka buah buahan segar di atasnya buat hidangan Bingsu jadi cukup berselera Jika bosan dengan hidangan yang sama sesekali raikanlah an...
Kementerian Pendidikan Puas Hati Pembelajaran Maya Sepanjang Pkp

Kementerian Pendidikan Puas Hati Pembelajaran Maya Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 415 hits
GENTING HIGHLANDS 10 SEPT Kementerian Pendidikan berpuas hati dengan tahap pengajaran dan pembelajaran secara maya yang dijalankan sepanjang tempoh pandemik Covid 19 Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaja berkata berdasarkan kajian y...
Balu Abam Puas Hati Isu Faraid Diselesaikan Mahkamah

Balu Abam Puas Hati Isu Faraid Diselesaikan Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 333 hits
Balu Allahyarham Abam Bocey Nor Hidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini Nor Hidayah berkata pembahagian faraid tersebut merangkumi hak pemilikan rumah kereta wang ...
Hidayah Dakwa Kereta Belum Ditarik Seperti Yang Dicakap Ali Puas Hati Dengan Mahkamah

Hidayah Dakwa Kereta Belum Ditarik Seperti Yang Dicakap Ali Puas Hati Dengan Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 387 hits
Sebentar tadi balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali telah menyatakan yang dia berpuas hati dengan keputusan pihak Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam tentang tuntutan faraid yang difailkannya pada 15 Julai lalu Mahkamah t...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi