Mesyuarat Khas Khamis Ini Teliti Kenaikan Harga Barang


 Ainul Illia
Harga 30-40 sayur kini dipantau setiap hari KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersedia mengadakan mesyuarat Khamis ini bagi meneliti serta memutuskan rancangan jangka sederhana dan panjang bagi menangani kenaikan harga barang keperluan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu juga akan meneliti rancangan menyeluruh dan bersepadu untuk menangani isu itu.
“Pelan jangka sederhana dan jangka panjang akan dibentangkan oleh kementerian pada mesyuarat itu.
“Antara perkara yang akan dibincangkan ialah kebergantungan kita kepada import, kos input untuk makanan, isu pekerja asing, skim subsidi, geran dan pinjaman yang ada selain teknologi pertanian serta penyelidikan dan pembangunan,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Port Dickson – PH) pada waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan tambahan Anwar mengenai kelewatan kerajaan mengambil tindakan, Mustapa berkata, kerajaan telah mengambil langkah segera untuk menstabilkan harga melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
“Tahun lalu, pasukan petugas yang bertanggungjawab terhadap kenaikan harga barang yang dipengerusikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah bermesyuarat sebanyak dua kali. Tahun ini sudah tiga kali bermesyuarat bersama MAFI dan kementerian lain.
“Saya juga ingin menjelaskan kepada ketua pembangkang bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia juga memantau perkara ini. Sebelum ini harga akan dipantau dua kali sebulan, kini dipantau setiap hari. Sekitar 30-40 sayur termasuk cili dipantau,” katanya. 
Mustapa berkata, kerajaan sedar kenaikan harga barangan merupakan masalah besar kepada rakyat dan memerlukan tindakan segera untuk menanganinya.
“Inilah sebabnya isu ini sentiasa ditekankan semasa mesyuarat Kabinet. Walaupun NACCOL dan mesyuarat khas Kabinet masih belum bermesyuarat, Kabinet telah pun mengarahkan semua kementerian dan agensi untuk menggerakkan semua sumber bagi memastikan harga terkawal,” katanya seperti dilapor NST.
Anwar sebelum ini bertanya mengapa berlaku kelewatan dalam mengadakan mesyuarat bersama NACCOL dan jawatankuasa khas Kabinet apabila pengguna ditekan dengan harga yang begitu tinggi.
Mustapa menjawab bahawa Perdana Menteri telah mengumumkan minggu lalu bahawa kebenaran mengimport ayam yang bersifat sementara adalah bagi mengatasi kekurangan di pasaran dan peruntukan RM262 juta adalah untuk membantu petani dan penanam yang terjejas akibat kenaikan baja dan racun perosak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/mesyuarat-khas-khamis-ini-teliti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Isu Kenaikan Harga Barang Dijangka Jadi Tumpuan

Dewan Rakyat Isu Kenaikan Harga Barang Dijangka Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 276 hits
Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang undang Perbekalan 2022 di peringkat jawatankuasa KUALA LUMPUR Sidang Dewan Rakyat hari ini dijangka akan membahaskan isu kenaikan harga barangan keperluan asas yang membelenggu rakyat ke...
Polis Kesan Peserta Konvoi Bantah Kenaikan Harga Barang

Polis Kesan Peserta Konvoi Bantah Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 364 hits
December 4 2021 Polis berkata konvoi berkenaan dikesan melalui Jalan Bukit Bintang Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menghala ke Kompleks Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman KUALA LUMPUR Polis sedang mengesan peserta yang terlibat dalam konvoi k...
Syor Universiti Buat Kajian Punca Kenaikan Harga Barang

Syor Universiti Buat Kajian Punca Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 234 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Kawal didik keluarga berdepan keadaan mengancam BANGI Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengajak rakyat mencari ikhtiar punca kenaikan harga barang keperluan asas yang begitu mendadak Justeru Ketua Aktivis PPIM...
6087 Cari Penyelesaian Baharu Tangani Kenaikan Harga Barang Utusan Malaysia 10 12 2021

6087 Cari Penyelesaian Baharu Tangani Kenaikan Harga Barang Utusan Malaysia 10 12 2021

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 344 hits
PETALING JAYA Kerajaan perlu memberi fokus kepada isu kenaikan harga barangan dengan mewujudkan mekanisme baharu bagi mencari jalan penyelesaian dan membuang dasar dasar lama yang tidak memberi kebaikan kepada rakyat Presiden Persatuan Peng...
Kenaikan Harga Barang Boleh Jejaskan Pemulihan Negara Muhyiddin

Kenaikan Harga Barang Boleh Jejaskan Pemulihan Negara Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 256 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid MAJLIS Pemulihan Negara memandang serius isu kenaikan harga barang yang dilihat akan menjejaskan proses pemulihan negara daripada pandemik COVID 19 Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin ber...
Jeritan Rakyat Kenaikan Harga Barang Apa Solusinya

Jeritan Rakyat Kenaikan Harga Barang Apa Solusinya

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 283 hits
USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF RATA rata orang bercakap mengenai kenaikan harga barangan menggila gila Ada 100 peratus kenaikannya dan ada pula barangan yang naik sampai 200 peratus Sudah tidak terkawal segala barang yang dalam kawalan Orang y...
Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Nasi Lemak Sambal Paru Di Restoran Nasi Lemak Sambal Ibuku Sayang

Kuasa Adam

Zilliv Origin

Top 7 Dashcam Kereta Dengan Night Vision Bukti Ketika Kecemasan

Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

Rafizi 7 Perusahaan Sosial Ayuh Malaysia Mula Operasi September