Kenaikan Harga Barang Boleh Jejaskan Pemulihan Negara Muhyiddin


Oleh Herman Hamid Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR: Abd Razak Aid MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) memandang serius isu kenaikan harga barang yang dilihat akan menjejaskan proses pemulihan negara daripada pandemik COVID-19.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat yang baru mula dapat menarik nafas lega selepas sektor-sektor ekonomi dibuka semula, kini terbeban dengan masalah kenaikan harga barang yang tentunya menjejaskan kehidupan mereka.
“Saya mengikuti dengan dekat perkembangan semasa berkenaan isu kenaikan harga barang di Malaysia terutamanya barang makanan.
“Data terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi pengeluaran tempatan meningkat sebanyak 12.3 peratus pada September 2021, berbanding sembilan peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
“Ini akan menyebabkan peningkatan inflasi untuk beberapa bulan akan datang yang tentunya akan membebankan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Muhyiddin, MPN dalam sidang-sidang yang lepas telah meneliti kesan ke atas keupayaan sektor-sektor ekonomi untuk bangkit pulih sebaik ekonomi negara dibuka semula.
Kata beliau, ini terutamanya dari sudut ketidakupayaan penawaran (supply) untuk memenuhi pemintaan (demand) yang boleh menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Dalam hal ini, isu kekurangan tenaga kerja yang meruncing dalam pelbagai sektor dan masalah kecairan (liquidity) yang dihadapi oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) telah diberikan penekanan khusus oleh MPN.
“Sehubungan itu, MPN telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas berkenaan isu tenaga kerja bagi mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian segera yang boleh dipertimbang dan dilaksanakan oleh Kerajaan,” ujarnya.
Menurut Muhyiddin, jawatankuasa ini yang diterajui Kementerian Sumber Manusia dan dianggotai pelbagai agensi berkenaan akan membentangkan laporan dan cadangan penyelesaian kepada MPN dalam mesyuarat yang akan datang.
Selain itu, katanya, MPN turut menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas berkenaan isu kekangan aliran tunai dan pembiayaan bagi PMKS untuk mencari penyelesaian segera isu kecairan yang dihadapi PMKS dalam tempoh pemulihan ini.
Jelas beliau, langkah ini dijangka dapat membantu PMKS memulakan perniagaan atau operasi dengan segera sekali gus meningkatkan keupayaan penawaran.
“Jawatankuasa ini yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga akan membentangkan laporan dan cadangan penyelesaian kepada MPN.
“Saya berharap agensi penguat kuasa akan terus melipatgandakan usaha penguatkuasaan untuk memastikan pengeluar, pembekal dan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga pada kadar yang tidak munasabah,” jelasnya.
Tegas bekas Perdana Menteri itu, tindakan undang-undang yang tegas mesti diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ke atas mereka yang ingkar.
“Saya juga berpandangan sebuah Jawatankuasa Kabinet wajar ditubuhkan untuk menangani isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan,” ujarnya.
Muhyiddin pada masa sama berkata, bagi membantu meringankan beban rakyat pada waktu yang sukar ini, beliau selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah memutuskan supaya PN menganjurkan Gerai Prihatin Rakyat yang menjual barangan keperluan harian pada harga murah di seluruh negara.
“Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Ahli Majlis Tertinggi PN dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jawatankuasa di peringkat nasional bagi menganjurkan Gerai Prihatin Rakyat,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/kenaikan-harga-barang-boleh-jejaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Gesa Bahas Isu Kenaikan Harga Barang

Ahli Parlimen Gesa Bahas Isu Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 266 hits
Beberapa Ahli Parlimen gesa isu kenaikan harga barang dibahaskan di Dewan Rakyat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat
Ethereum Bersedia Untuk Peningkatan Kenaikan Harga Seterusnya Boleh Menjadi Yang Paling Ikonik

Ethereum Bersedia Untuk Peningkatan Kenaikan Harga Seterusnya Boleh Menjadi Yang Paling Ikonik

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 217 hits
Ethereum kini bersedia untuk kenaiakn harga baharu dan skalabiliti yang lebih besar Mata wang kripto menunjukkan salah satu hasil pertumbuhan terbaik untuk tahun ini dalam segmen kripto Altcoin telah berkembang lebih daripada 10 kali ganda ...
Kenaikan Harga Barang Menteri Kpdnhep Buat Apa

Kenaikan Harga Barang Menteri Kpdnhep Buat Apa

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 281 hits
MELAKA Pengguna terus terbeban dengan kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak sejak kebelakangan ini kerana ia sekali gus menambah kos sara hidup mereka Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia Azlin Othman berkata ke...
Jeritan Rakyat Kenaikan Harga Barang Apa Solusinya

Jeritan Rakyat Kenaikan Harga Barang Apa Solusinya

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 273 hits
USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF RATA rata orang bercakap mengenai kenaikan harga barangan menggila gila Ada 100 peratus kenaikannya dan ada pula barangan yang naik sampai 200 peratus Sudah tidak terkawal segala barang yang dalam kawalan Orang y...
Polis Kesan Peserta Konvoi Bantah Kenaikan Harga Barang

Polis Kesan Peserta Konvoi Bantah Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 357 hits
December 4 2021 Polis berkata konvoi berkenaan dikesan melalui Jalan Bukit Bintang Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menghala ke Kompleks Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman KUALA LUMPUR Polis sedang mengesan peserta yang terlibat dalam konvoi k...
Syor Universiti Buat Kajian Punca Kenaikan Harga Barang

Syor Universiti Buat Kajian Punca Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 223 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Kawal didik keluarga berdepan keadaan mengancam BANGI Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengajak rakyat mencari ikhtiar punca kenaikan harga barang keperluan asas yang begitu mendadak Justeru Ketua Aktivis PPIM...
Dewan Rakyat Isu Kenaikan Harga Barang Dijangka Jadi Tumpuan

Dewan Rakyat Isu Kenaikan Harga Barang Dijangka Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 262 hits
Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang undang Perbekalan 2022 di peringkat jawatankuasa KUALA LUMPUR Sidang Dewan Rakyat hari ini dijangka akan membahaskan isu kenaikan harga barangan keperluan asas yang membelenggu rakyat ke...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur