Mesyuarat Biro Politik Umno Bincang Tindakan Kerajaan Isytihar Darurat



Mesyuarat Biro Politik Umno hari ini bermesyuarat bagi membincangkan situasi politik terkini negara selepas negara berada di bawah proklamasi politik.
Menurut sumber, mesyuarat itu dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno.
“Mesyuarat biro politik hari ini berlangsung di ibu pejabat Umno.
“Mesyuarat membincangkan situasi semasa politik negara, khususnya proklamasi darurat yang diumumkan perdana menteri.
“Umno juga akan mengadakan perhimpunan agung hujung bulan ini, jadi ini semua turut dibangkitkan dalam mesyuarat itu tadi,” katanya kepada Malaysiakini.
Selepas mesyuarat itu, satu kenyataan media dikeluarkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, Umno mengingatkan bahawa kuasa bawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan Covid-19 semata-mata.
“Memandangkan rasional yang dikemukakan oleh YAB perdana menteri dalam memohon pengisytiharan darurat hanyalah untuk menguruskan pandemik Covid-19, maka segala kuasa bawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan wabak semata-mata.
“Sepanjang darurat berlangsung, Umno berharap prinsip hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketelusan dan kedaulatan undang-undang harus tetap dipelihara,” kata Zahid.
Dalam pengumuman khas perdana menteri pagi tadi, Muhyiddin Yassin berkata sepanjang tempoh darurat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh memasyhurkan mana-mana ordinan mengikut keperluan semasa bagi tindakan serta-merta.
Katanya, ia merangkumi hal-hal berkaitan penggunaan aset hospital swasta, pengambilmilikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan untuk penggunaan sumber hospital swasta untuk merawat Covid-19.
Dalam pada itu, sumber memaklumkan bahawa Umno sedar bahawa situasi politik hari ini adalah usaha Muhyiddin untuk menyelamatkan kerajaan pimpinannya.
Ia selepas Umno berhasrat untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu serta tindakan beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan pada PN.
“Umno sedar ini adalah usaha PM untuk menyelamatkan kerajaannya dan menghalang langkah diambil Umno,” katanya lagi.
The post Mesyuarat biro politik Umno bincang tindakan kerajaan isytihar darurat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/12/mesyuarat-biro-politik-umno-bincang-tindakan-kerajaan-isytihar-darurat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biro Politik Umno Dijangka Adakan Mesyuarat Tergempar Petang Ini

Biro Politik Umno Dijangka Adakan Mesyuarat Tergempar Petang Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 302 hits
Fareez AzmanJanuari 12 2021 Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di Menara Dato Onn pada jam 3 00 petang ini Gambar failKUALA LUMPUR Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di Menara Dato Onn World Tra...
Mapim Tak Setuju Kerajaan Isytihar Darurat

Mapim Tak Setuju Kerajaan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 317 hits
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Selimut Untuk Musim Sejuk Kashmir oleh MAPIM di Kedutaan Pakistan Kuala Lumpur Foto AFIQ HAMBA...
Selepas Zahirkan Tak Setuju Dengan Darurat Umno Mahu Tunggu Apa Lagi Dalam Kerajaan

Selepas Zahirkan Tak Setuju Dengan Darurat Umno Mahu Tunggu Apa Lagi Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 405 hits
Baik secara langsung atau tidak langsung tindakan Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan mengutus surat kepada semua Ahli Parlimen parti itu untuk meminta persetujuan mereka bagi menggesa Yang Dipertuan Agong memanggil sidang khas Parlimen adal...
Hanya Mesyuarat Biasa Tak Bincang Isu Umno Bersatu

Hanya Mesyuarat Biasa Tak Bincang Isu Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 350 hits
PAS menafikan tanggapan yang mengatakan mesyuarat parti itu hari ini menyentuh isu pertelingkahan antara Umno dan Bersatu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pertemuan pemimpin PAS pagi ini hanya mesyuarat bulana...
Tiga Alasan Boleh Digunakan Ydpa Isytihar Darurat Takiyuddin

Tiga Alasan Boleh Digunakan Ydpa Isytihar Darurat Takiyuddin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 307 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah boleh mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150 sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar atas sebab keselamatan negara kehidupan ekonomi dan ketente...
Menteri Masih Dalam Kabinet Mahdzir Kata Umno Masih Sokong Kerajaan

Menteri Masih Dalam Kabinet Mahdzir Kata Umno Masih Sokong Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 358 hits
Mahdzir Khalid KUALA LUMPUR Umno masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional pada ketika ini sebab masih ada menteri dalam Jemaah Menteri selepas tiga Ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada pentadbiran Muhyiddin Yassin Naib P...
Umno Digesa Hentikan Tindakan Main Kayu Tiga

Umno Digesa Hentikan Tindakan Main Kayu Tiga

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 275 hits
Tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bermain kayu tiga dengan bersekongkol dalam isu sokongan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dihentikan Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Keban...
Sokongan Terhadap Kerajaan Muhyiddin Diputus Malam Ini Umno

Sokongan Terhadap Kerajaan Muhyiddin Diputus Malam Ini Umno

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 329 hits
puteradaily comMesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini dijangka memutuskan mengenai pendirian parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional termasuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia UMNO juga dijangka menyatakan pendiri...
Umno Mahu Kerajaan Fokus Tangani Covid 19 Bantu Rakyat

Umno Mahu Kerajaan Fokus Tangani Covid 19 Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR 28 Jamadilawal 1442H Selasa UMNO akur dengan titah perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang mengisytiharkan darurat dalam memerangi wabak COVID 19 serta mahu kerajaan memfokuska...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selasa Dak Jasmine

Lirik Lagu Terang Bulan Zamzuriah Zahari

Siapakah Ahmed Al Ahmed Wira Yang Menyelamatkan Nyawa Dalam Serangan Tembakan Sydney

Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec