Messy Play Dan Outdoor Aktiviti Buat Anak Lebih Bijak Mama Kena Bagi Lampu Hijau


Ramai antara ibu bapa yang tidak sedar bahawa kekangan pergerakan yang diberikan kepada anak-anak, walaupun atas apa sebab sekali pun, boleh membawa banyak keburukan kepada perkembangan minda dan fizikal anak-anak. Sesekali biarkan saja anak bermain dengan messy play, demi untuk pengalaman dan perkembangan minda mereka.
Menurut Pn Noor Ashikin Ahmad, guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pra Sekolah mengatakan kanak-kanak yang tidak atau kurang terdedah kepada aktiviti outdoor akan menjadi lebih lemah dari segi emosi dan fizikal. Malah mereka juga kurang bijak berkomunikasi dan bergaul dengan orang lain.

Antara kesan yang berlaku kepada anak-anak kecil apabila tidak diberi peluang untuk bermain aktiviti luar adalah:
* Tidak dapat membina otot
* Kurang membakar kalori
* Kurang kemahiran mengawal emosi (lebih mudah terdedah kepada anak manja, degil dan sebagainya)
* Kurang membina kreativiti
* Kurang kemahiran penggunaan minda dan sekaligus, melemahkan kemahiran akademik (kesan jangka panjang)

Jadi biarkan sahaja bila anak hendak bermain dengan alam. Anak yang dibiarkan terasing daripada alam semulajadi seperti tumbuhan, haiwan, batu-batuan, awan, dan langit akan menikmati waktu kecil yang tidak menyeronokkan.
Mereka sepatutnya mampu melempar bola, melompat, berlari, meneroka, menyentuh, dan menikmati masa di luar. Semua ini adalah manfaat bermain di luar yang merangsang perkembangan saraf motorik.
Tak perlu jauh, bermain di halaman rumah atau taman permainan awam pun dah cukup bagi mereka. Walaupun nampak kecil, ia adalah dunia yang serba gergasi untuk mereka terokai.

Kelebihan Messy Play Dan Aktiviti Luar
* Mendukung pertumbuhan tulang yang sihat di mana sinaran matahari membantu meningkatkan vitamin D pada tubuh yang baik untuk pertumbuhan tulang anak-anak.
* Tak perlu lama, 10 hingga 15 minit sudah mencukupi untuk anak-anak menerima vitamin D untuk pertumbuhan tulang mereka.
*Menguatkan otot dan tubuh anak-anak selain dapat belajar untuk berkawan dengan rakan sebaya yang baru.

*Dapat melihat alam semulajadi malah meneroka flora dan fauna di sekeliling mereka dan memberikan pengalaman baru yang bermakna buat mereka.
* Aktiviti bermain di luar adalah bebas dan tidak berstruktur, minda mereka akan lebih berkembang kerana mereka perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan – berbanding sekadar menatap skrin televisyen atau gajet. Melalui proses ini, anak-anak belajar untuk membuat keputusan, tindakan, dan menguruskan emosi. Semua ini membantu mereka berasa lebih konfiden.

* Menggalakkan interaksi dan ekspresi emosi yang sihat. Ini disokong oleh pelbagai pemerhatian yang mendapati bahawa anak kecil akan menggunakan 5 kali ganda lebih banyak perkataan semasa bermain di luar rumah berbanding di dalam.
* Aktiviti luar bukan saja menyeronokkan, tetapi ia juga boleh membantu anak untuk menyalurkan tenaga mereka yang ‘tak pernah habis’. Bila tenaga ini dapat disalurkan dengan betul, mereka sebenarnya dapat tidur lebih awal. Sikap agresif dan tantrum merupakan salah satu tindakbalas untuk anak mengeluarkan tenaga dan mengekspresikan perasaan mereka.

* Anak bergerak lebih aktif berbanding duduk diam sahaja dan membantu langkah awal untuk mengelakkan komplikasi penyakit seperti diabetes, serangan jantung, rabun jauh, dan sebagainya.
The post Messy Play Dan Outdoor Aktiviti Buat Anak Lebih Bijak, Mama Kena Bagi Lampu Hijau! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/messy-play-dan-outdoor-aktiviti-buat-anak-lebih-bijak-mama-kena-bagi-lampu-hijau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zizie Izette Tepis Dakwaan Anak Lebih Rapat Dengan Pengasuh

Zizie Izette Tepis Dakwaan Anak Lebih Rapat Dengan Pengasuh

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 265 hits
Biarpun mempunyai lima pengasuh buat lima orang anaknya Zizie Izette menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan anak anaknya lebih rapat dengan pengasuh kerana The post appeared first on
Marah Sikit Tak Apa Jangan Lebih Lebih Beri Kesan Pada Otak Dan Tubuh Anak

Marah Sikit Tak Apa Jangan Lebih Lebih Beri Kesan Pada Otak Dan Tubuh Anak

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 216 hits
Bukan senang hendak mengawal kemarahan pada anak kecil kita Ada sahaja cara mereka lakukan untuk cuba menarik perhatian kita pada mereka Dan perhatian inilah yang membuatkan kita semakin hilang sabar setiap hari Mak ayah sebaiknya elakkan m...
Pemandu Alza Melanggar Lampu Merah Anak Terkorban

Pemandu Alza Melanggar Lampu Merah Anak Terkorban

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 883 hits
The ReporterSabtu lalu viral di media sosial video seorang bapa mengajar anak perempuannya mengucap dua kalimah syahadah selepas kereta yang dinaiki mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 30 petan...
Aktiviti Memasak Lebih Mudah Dengan Electric Cooking Machine

Aktiviti Memasak Lebih Mudah Dengan Electric Cooking Machine

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 176 hits
Hi korang SA ada beli blender kering kecik dari shopee sebenarnya blender ni untuk gantikan lesung batu lesung batu kat rumah sewa takde so SA decided beli blender ni untuk memudahkan aktiviti memasak SA dh ada blender ni senang la nak masa...
Biarkan Anak Aktif Untuk Mereka Lebih Cergas

Biarkan Anak Aktif Untuk Mereka Lebih Cergas

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 645 hits
Kekadang kita sebagai ibu bapa risau tentang aktiviti anak anak kita yang tengah membesar ni Lagi lagi masa zaman kanak kanak mereka Masa inilah mereka akan aktif dan explore dalam sesuatu benda Jadi mama tidak akan menghalang aktiviti mere...
Aduh Sakitnya Sayang Anak Dah Pandai Menggigit Masa Menyusu Mama Kena Bagi Amaran

Aduh Sakitnya Sayang Anak Dah Pandai Menggigit Masa Menyusu Mama Kena Bagi Amaran

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 307 hits
Pengalaman menyusukan anak sememangnya cukup menyeronokkan Walaupun hanya seketika tidak sama seperti ibu ibu lain yang berpeluang menyusu hingga anak berusia dua tahun ia sememangnya detik pengalaman yang indah Pengalaman digigit anak anta...
Mama Jangan Cepat Bebel Bila Anak Tak Fokus Mudah Mengamuk Beri Anak Kita Masa Otaknya Tak Sama Dengan Kita

Mama Jangan Cepat Bebel Bila Anak Tak Fokus Mudah Mengamuk Beri Anak Kita Masa Otaknya Tak Sama Dengan Kita

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 397 hits
Berbuih mulut mama suruh buat itu dan ini bagi arahan untuk mandi dan uruskan diri sendiri tapi anak buat buat tak dengar saja Geram dan naik darah juga ibu dibuatnya Kalau sekali mungkin tak mengapa tapi berkali kali Ibu mana yang boleh be...
2 Anak Balita Dibuang Di Pinggir Jalan Salah Satunya Menangis Sambil Panggil Mama

2 Anak Balita Dibuang Di Pinggir Jalan Salah Satunya Menangis Sambil Panggil Mama

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 193 hits
Dua anak di bawah lima tahun ditelantarkan di pinggir jalan di Medan Seorang warga melaporkannya ke polisi dan kini keduanya dibawa ke panti asuhan Kedua anak tersebut direkam video oleh warga yang kemudian diunggah di YouTube Sebuah akun Y...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord