Mesej Buat Umno Pas Dan Ppbm


UMNO, Pas dan Bersatu perlu bersatu. Bersatu dan bersetuju dalam banyak hal terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
UMNO, Pas dan Bersatu apabila bersatu, maka majoriti orang Melayu dan penganut Islam bersatu.
Penyatuan umat majoriti negara ini penting demi memastikan kestabilan politik negara dicapai kembali.
Kestabilan ini penting demi pertumbuhan ekonomi negara dan keyakinan pelabur asing untuk menanam modal di negara kita.
Pada masa ini idea ini adalah tidak popular kerana ramai lebih memilih UMNO bekerjasama dengan Pas sahaja, manakala Bersatu diragui kesetiaannya kerana merupakan parti serpihan dan dianggotai sebahagian besar pemimpin UMNO yang melompat.
Perpaduan umat Melayu bukan bermakna meminggirkan kaum lain, tetapi ia menjadi asas kepada perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara.
Walaupun kepimpinan UMNO dan akar umbi parti itu merasakan dirugikan dengan kerjasama itu, tetapi berundinglah dengan baik dan cubalah bertoleransi semaksimum mungkin demi masa depan bangsa Melayu dan negara Malaysia.
Memang sukar untuk membayangkan persepakatan itu terutama ketika tiba waktu pembahagian kerusi pada pilihan raya, kerana hubungan tiga parti berkenaan mempunyai sejarah hitam masing-masing.
Tetapi itulah pemimpin. Sebab itu ketika ini pemimpin yang berpengalaman dan bijak sangat diperlukan. Bukan pemimpin yang kuat membatu api dan memecah-belahkan ahli dan parti.
Memang pedih dan sedih melihat para pemimpin UMNO khususnya diperlakukan sesuka hati atas pelbagai tuduhan di mahkamah sehingga sekelumit jasa dan bakti mereka tidak langsung dihargai.
Dan memang mudah untuk menasihatkan supaya mereka berkorban dan bersabar dalam situasi ini.
Tapi apa lagi pilihan yang ada. Berpecah bermakna ketiga-tiga parti menggali kubur masing-masing.
Bertanding masing-masing pada pilihan raya dan timbang semula kerjasama kemudiannya juga satu perjudian yang berisiko tinggi.
Usaha membuka lembaran baharu termasuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang dalamnnya terdapat DAP, Amanah dan PKR juga perlu diperhalusi. Di atas kertas memang mampu membentuk kerjasama dan pakatan yang kukuh.
Tetapi tiada juga jaminan ia mampu bertahan kerana setakat ini Pas dan Bersatu telah membuktikan mereka tidak mampu bertahan dengan ikatan perkahwinan berkenaan.
Dengan kekuasaan di tangan sahaja UMNO dapat diperkukuhkan kembali dan bangkit semula dengan lebih gagah.
Memang terbukit sejarah politik di negara ini, parti yang kalah akan menguncup dan layu. Contoh paling ketara pada masa ini adalah Gerakan yang cuba bangkit dengan berpaut kepada Pakatan Harapan kini terus tenggelam.
MIC dan MCA sendiri terpaksa menagih ihsan UMNO di dalam Barisan Nasional (BN) untuk kembali bernyawa. Situasi sama akan berterusan pada pilihan raya akan datang.
UMNO terpaksa mengorbankan kubu kuatnya dengan memberi kepada calon dua parti berkenaan bagi memastikan parti komponen itu tidak pupus. Setidak-tidaknya pun dengan melantik senator dalam kalangan dua parti itu.
Jika hilang kuasa dan melukut di tepi gantang sebagai pembangkang, bukan ahli akar umbi sahaja terumbang-ambing, bahkan pemimpin atasan juga akan terus dilambung ombak pelbagai pesona yang akhirnya mengaburkan mata dan pemikiran.
Ramai yang lega apabila Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) berjaya dibentuk, walaupun idea itu sebenarnya telah dibentangkan sejak Mac lagi ketika PN mengambil alih kerajaan.
Semoga ini menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih harmoni dan akhirnya mendamaikan negara ini.
Apabila kejayaan dicapai kelak, ramai akan lebih sepakat dan akrab kerana semua orang mahu berada di dalam kelompok orang yang berjaya dan menang. Borhan Abu Samah- SM
KENAPA TIDAK AJAK PAN SEKALI?
Bantahan DAP beri mesej jelas buat Maszlee

The post Mesej buat UMNO, Pas dan PPBM appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/22/mesej-buat-umno-pas-dan-ppbm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semangat Setiakawan Dalam Perikatan Nasional Pas Umno Ppbm

Semangat Setiakawan Dalam Perikatan Nasional Pas Umno Ppbm

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 317 hits
Parlimen hari ini semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional PAS UMNO PPBM In sya Allah demi Islam dan ummah kita genggam erat ikatan ukhuwwah ini tidak sesekali akan tikam belakang sahabat Perkukuhkan MN Pertahankan PN Penyatuan Ummah MR...
Mn Tetap Wadah Rundingan Kerusi Umno Pas Ppbm Hadapi Pru Kata Tuan Ibrahim

Mn Tetap Wadah Rundingan Kerusi Umno Pas Ppbm Hadapi Pru Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 276 hits
PETALING JAYA Muafakat Nasional akan terus menjadi wadah rundingan pengagihan kerusi antara UMNO PAS dan PPBM bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man Beliau berkata penubuhan Majlis Pre...
Pas Umno Ppbm Perlu Seiya Sekata

Pas Umno Ppbm Perlu Seiya Sekata

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 285 hits
Sekiranya PAS UMNO PPBM benar benar berusaha kearah menyatupadukan bangsa Melayu serta umat Islam Pas Umno dan Ppbm perlu seiya sekata dalam mentadbir negara Perlu dalam satu arah dan satu ideologi Yang berkuasa serta yg memegang jawatan da...
Panas Umno Dakwa Pas Main Dua Kolam

Panas Umno Dakwa Pas Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 263 hits
December 26 2020 Pas perlu membuat keputusan segera sama ada mahu bersama sama dengan Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Ini kerana setakat ini parti itu masih belum pendirian yang jelas mengenai ker...
Jangan Sampai Menteri Menteri Kabinet Dari Umno Bn Dilabel Sebagai Boneka Atau Keldai Suruhan Perdana Menteri Ppbm

Jangan Sampai Menteri Menteri Kabinet Dari Umno Bn Dilabel Sebagai Boneka Atau Keldai Suruhan Perdana Menteri Ppbm

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 330 hits
ADAKAH AHLI2 PARLIMEN UMNO BN YANG BERADA DALAM KABINET TS MUHYIDDIN YASSIN MEMANG MEMBAWA SUARA MEWAKILI PARTI UMNO BN Ketika diwawancara dalam satu program Soal Jawab bersama Saudara Shahril Hamdan Ketua Penerangan UMNO merangkap Naib Ket...
Macam Kelakar Tajuk 3 Beradik Ni Pas Umno Bersatu

Macam Kelakar Tajuk 3 Beradik Ni Pas Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 313 hits
Duk scroll baca malaysiakini keluar pulak seiring sejalan adik beradik PN ni Abang ustaz duk terkial minta maaf Haritu dah kecoh korang buat dono arahan korantin Sampai kena saman tapi sekarang dah diam Lepas tu titah sultan suruh datang me...
Ppbm Will Become Umno Lebih Baru

Ppbm Will Become Umno Lebih Baru

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 225 hits
If Umno enters into an alliance with PKR and DAP then it too will eventually fade away like Semangat 46 and PPBM will replace Umno as the new platform for the Malays and will become Umno Lebih Baru NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Seman...
Nyawa Umno Masih Ditangan Pas

Nyawa Umno Masih Ditangan Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 282 hits
Apa terjadi apabila PAS tidak setuju UMNO Perak gulingkan PEJA Peringkat awal seolah UMNO Perak sedia bekerjasama dengan PH seperti dirancang tetapi Zahid terpaksa campur tangan kerana amaran PAS sangat keras Zahid juga tidak berani UMNO ta...
Bersatu Pas Lemah Simple Kata Umno

Bersatu Pas Lemah Simple Kata Umno

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 264 hits
Orang umno jangan emosi nanti akan dapat semula jadi mpkk kawasan masing masing Kot kan Dun perak umno majoriti antara gabungan tapi tak dapat jadi MB Bagi pada bekas MB PH Setiap hari telinga duk bengang kena perli orang bawahan Mana tahan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization