Merungkai Keresahan Melayu


UNTUK topik ini saya ingin menerangkan secara ringkas mengenai apa yang dimaksudkan dengan ungkapan kepemimpinan berhikmah atau dalam bahasa Inggeris adalah wise leadership yang sekarang menjadi perbahasan besar di peringkat antarabangsa.

Ungkapan ini merujuk kepada satu kualiti kepemimpinan yang menekankan elemen perseimbangan antara ideal dan realiti yang ada. Adanya elemen visi dan misi yang cukup jelas, bertimbang rasa dan hikmah (wisdom) dalam semua pertimbangan kepemimpinan sedemikian. Tindakan perlu dilakukan dengan jitu dan teliti supaya tidak berlaku masalah ataupun kerosakan dalam masyarakat.

Jadi pemimpin perlu ada falsafah ikan biar tertangkap, air jangan keruh. Kadang-kadang ada pemimpin; ikan tidak tertangkap, air sudah keruh. Jadi bermakna kepemimpinan berhikmah akan meminimumkan kekecohan dalam masyarakat dalam melaksana dan menjayakan misi serta visinya.

Satu lagi topik adalah mengenai isu merungkai keresahan rakyat yang ada pada hari ini. Yang perlu kita rungkai adalah lima keresahan utama. Saya ingin berkongsi beberapa dapatan yang dibuat oleh pelbagai institusi penyelidikan yang saya ikuti pembentangannya dan juga melalui laman web badan berkenaan.

Pertama, adalah kos sara hidup. Ini adalah perkara pokok dan besar. Pengalaman baik di Sudan, Pakistan, Perancis atau di mana-mana negara, soal kos sara hidup ini besar impaknya kepada keresahan rakyat. Keresahan ini saya fikir real dalam konteks negara kita Malaysia pada hari ini.

Perkara ini perlu ditangani semua pihak terutama oleh kerajaan yang memerintah sekarang sama ada isu harga barangan dan perkhidmatan, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), peratus pengangguran yang tinggi serta jumlah generasi muda terutamanya Melayu yang bankrap. Keadaan yang ada ini adalah cukup menekan. Ditambah pula dengan harga komoditi yang rendah, sama ada kelapa sawit, getah dan seumpamanya yang mengakibatkan keresahan cukup ketara dirasakan.

Kedua, keresahan yang perlu ditangani adalah persepsi dan hakikat yang dirasakan oleh Melayu terutamanya bumiputera dari segi komposisi sokongan pengundi yang membentuk Kerajaan Persekutuan pada hari ini yang secara realitinya dibentuk oleh dukungan 30 peratus orang Melayu manakala 70 peratus orang Melayu berada dalam segmen pembangkang.

Oleh yang demikian, ada persoalan legitimasi, walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba seimbangkan sedikit dengan pelantikan Kabinet yang mewakili demografi rakyat Malaysia. Namun dari segi sokongan, kedudukan itu begitu. Jadi hakikat itu mengakibatkan ada keresahan yang tertentu kepada majoriti orang Melayu.

PERLU PERTAHAN LANGKAH AFIRMATIF

Ketiga, keresahan membabitkan persepsi terdapat percubaan-percubaan untuk merungkai Perlembagaan Persekutuan dan perkara-perkara penting yang termaktub dalamnya terutama membabitkan soal hak istimewa orang Melayu dan seumpamanya.

Ini termasuk perjanjian jus soli (hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara adalah berdasarkan kelahiran di negara itu) yang telah berlaku antara kaum-kaum di Malaysia menjelang kemerdekaan 1957. Jadi saya kira sebahagian besar rakyat terutama Muslim dan bumiputera berasa resah dan tercabar apabila ada percubaan-percubaan sedemikian.

Keempat, keresahan peringkat akar umbi terutama di luar bandar yang melihat tiada program-program konkrit untuk membantu bumiputera. Pada masa sama wujud perbahasan dan polemik sama ada langkah afirmatif yang sebelum ini membela dalam kalangan yang tertinggal di belakang dan seumpamanya hendak diteruskan atau tidak. Saya fikir perkara ini memerlukan satu perhatian khusus, sebab ada pihak yang berpendapat langkah afirmatif perlu dipertahankan.

Tetapi ada kalangan yang berpendapat Melayu tidak perlu lagi tongkat. Maka biarkanlah Melayu tanpa tongkat. Jadi saya fikir polemik ini perlu diselesaikan dan selagi tidak diselesaikan, keresahan itu akan terus melebar dalam masyarakat terutama dalam kalangan Melayu dan bumiputera. Sebab itu, saya fikir satu kongres perlu dianjurkan untuk merungkai hal-hal ini ataupun membuat tanggapan dan sentuhan kepada isu berkenaan.

Kelima, wujud keresahan berikutan berlaku serangan berterusan kepada hampir semua institusi yang sebelum ini didominasi oleh orang Melayu sama ada raja-raja, mufti, syarikat milik kerajaan (GLC) bumiputera, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Habis semuanya didedahkan atas prinsip kebebasan dan keterbukaan. Semuanya dibuka dan tidak ada lagi yang disembunyikan atas dasar maslahah.

Serangan ini datang dari pelbagai arah sama ada dalaman atau daripada kaum lain. Media sosial yang ada menambahkan lagi kerencaman. Bila masyarakat keliru dan tiada hala tuju, mereka akan menjadi resah. Perkara ini perlu kita perbetulkan supaya Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan, kesemuanya dapat berasa selesa dan selamat tinggal di Malaysia kerana adanya unsur hormat menghormati. Sebab pengorbanan ini dibuat oleh semua kaum sebenarnya.

Jadi yang penting adalah bagaimana kita dapat merungkai keresahan rakyat ini dengan pelbagai pelan tindakan dan pendekatan yang boleh dilakukan seperti menerusi Himpunan Generasi Muda Muslim Malaysia (HG3M) di bawah Yayasan Belia Malaysia (YBM).

HG3M akan melihat ruang-ruang bagaimana ia mampu menjambatani masalah-masalah yang berbangkit dengan pelbagai pihak yang ada sekali gus menjadi platform untuk berkongsi dan merungkai semua keresahan yang terpendam dalam kalangan rakyat Malaysia.

Oleh: Mustaffa Kamal Ayub

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/06/merungkai-keresahan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedarlah Melayu Nak Menyesal Kemudian Bukannya Berguna

Sedarlah Melayu Nak Menyesal Kemudian Bukannya Berguna

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 310 hits
Tak tahulah nak cakap ape dekat Melayu yang tak pernah nak sedar diri tak pernah renung dan ambil iktibar dari apa yang berlaku kepada Melayu di Singapura Tak pernah nak hargai penat lelah pejuang pejuang negara dalam mencapai Kemerdekaan s...
Penanda Buku Bahasa Melayu

Penanda Buku Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1336 hits
PENANDA BUKU BM VERSI CIKGUJAZLAN DAH KUAR Macam mana nak save Clik pada gambar nanti paparan besar akan keluar Kemudian right klik pada gambar kemudian tekan save image as save Right klik pada gambar kemudian tekan save image as save siap ...
Homestay Cantik Ala Rumah Melayu Lama Di Langkawi Yang Harus Anda Lawati

Homestay Cantik Ala Rumah Melayu Lama Di Langkawi Yang Harus Anda Lawati

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 394 hits
Homestay Cantik Ala Rumah Melayu Lama Di Langkawi Yang Harus Anda LawatiTERATAK 1 MALAY FARMER HUT
Melayu Fikirlah Sikit Stresss

Melayu Fikirlah Sikit Stresss

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 286 hits
Malayu ohhhhh Melayu No comment la pasal budak kecik ni Dia ni memang tak berfikir lansung ke Malas sebenarnya nak sesakkan fikiran dengan budak mentah macam mamat sorang ni tapi kene jugak semakkan fikiran sebab perasaan sayangkan bangsa M...
Belajar Bahasa Thailand Dengan Gadis Cantik Yang Fasih Berbahasa Melayu

Belajar Bahasa Thailand Dengan Gadis Cantik Yang Fasih Berbahasa Melayu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 2118 hits
Belajar bahasa thailand dengan gadis cantik yang fasih berbahasa melayu Nutty Nathamon atau lebih dikenali dengan Nutty adalah seorang youtuber yang berasal dari Thailand dan dia sangat fasih bertutur dalam bahasa melayu Gadis cantik ini se...
Saya Bukan Melayu Tapi Lahir Dan Besar Di Malaysia Amelia Henderson Bidas Pengkritik Rasis

Saya Bukan Melayu Tapi Lahir Dan Besar Di Malaysia Amelia Henderson Bidas Pengkritik Rasis

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 988 hits
Kegembiraan pelakon Amelia Henderson setelah memenangi anugerah Star Model 2019 di majlis Anugerah Festival Model Asia ke 14 2019 sedikit tercalar oleh komen rasis netizen yang mempersoalkan kelayakannya memenangi kategori itu Individu yang...
Filipina Berbeza Di Dunia Melayu

Filipina Berbeza Di Dunia Melayu

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 392 hits
SEPULUH tahun selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511 Manila pula mengalami nasib sama pada 1521 Magellan yang terbukti pelayar teragung dunia memimpin pelanggaran Manila itu Sebelumnya beliau terlibat sama di bawah Alfonso de Alb...
Romper Baju Melayu 170 06

Romper Baju Melayu 170 06

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 314 hits
Nota Warna mungkin sedikit berbeza berbanding gambar berikutan pencahayaan semasa sesi bergambar ROMPER BAJU MELAYU PREMIUM COLLECTIONBaby selesa bergaya kerana tiada getah di pinggang dan ibu selesa menukar lampin bayi hanya dengan membuka...
Orang Melayu Dan Penjawat Awam Fikir Sendirilah Nasib Anda 4 Tahun Mendatang

Orang Melayu Dan Penjawat Awam Fikir Sendirilah Nasib Anda 4 Tahun Mendatang

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 349 hits
oleh Ab Jalil Backer Ini bukan isu perkauman pun Namun kerana mangsanya penjawat awam beragama Islam dan berbangsa Melayu yang menjalan tugas dalam kejadian rusuhan kuil maka mereka yang cuba mencari kebenaran akan berhadapan pelbagai cabar...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti