Merindui Anwar Yang Dahulu






 MERINDUI ANWAR YANG DAHULU…


Ketika ini hantaran paling viral di media sosial, khususnya Tik Tok dan Grup Whatsapp ialah video-video ucapan lama Anwar Ibrahim berkenaan pelbagai janji yang pernah diungkapkannya sebelum ini.


Selain video berkaitan menurunkan harga minyak yang dikira paling banyak versinya, janji lain ialah berkenaan menghapuskan PTPTN, menurunkan kadar tarif letrik dengan cara memanggil tauke-tauke IPP mengadapnya di Pejabat Perdana Menteri sambil hanya dihidangkan Teh O tanpa gula, menurunkan harga barang dan pelbagai lagi.


Meneliti seronoknya rakyat negara ini berkongsi video-video tersebut di media sosial  sejak harga minyak diesel dinaikkan pada 10 Jun lalu, apa yang boleh disimpulkan ialah semua itu adalah petunjuk mereka sebenarnya amat merindui Anwar yang dahulu.


Kerinduan itu sama macam rindunya peminat Ronaldo dan Messi kepada bintang bolasepak itu, lalu mereka berkongsi video-video jaringan gol cantik yang pernah dicipta kedua-duanya bila mana rasa rindu menyerbu dalam dada.


Sama macam rakyat Malaysia, perkongsian video-video lama Anwar itu tidak lain adalah cara untuk melepaskan rasa rindu mereka.


Cuma, sejak naik harga diesel ini, video-video gol cantik Ronaldo dan Messi sudah mula tenggelam, sebaliknya hanya video janji-janji cantik Anwar yang memenuhi ruang media sosial.


Ertinya, rindu kepada Anwar lebih hebat dan telah berjaya menenggelamkan kerinduan terhadap Ronaldo dan Messi.


Tidak dinafikan Anwar yang dahulu memang sosok yang hebat, memukau dan penuh tarikan.


Bagi mereka yang bersama dan mengikuti perjuangan Anwar sejak dulu dan kini cita-cita menjadi Perdana Menteri sudah tercapai, kerinduan untuk melihat apa yang dijanji dulu akan ditunaikan tentu saja datang dengan sendirinya.


Kejayaan bertahan dalam perjuangan selama lebih 25 tahun, seterusnya membawa PH memenangi paling banyak kerusi berbanding gabungan pada PRU15 lalu, lalu membolehkan Presiden PKR itu diangkat sebagai Perdana Menteri, tidak dinafikan adalah kerana tarikan Anwar yang dahulu itu.


Tanpa tarikan Anwar yang dahulu bersama pelbagai janji yang terus memukau rakyat, PKR barangkali sudah lama senasib dengan Parti Semangat 46.


Lantaran itu, tidaklah boleh disalahkan rakyat jika mereka sentiasa merindui Anwar yang dahulu itu.


Kerinduan itu mungkin pula berpanjangan sehingga PRU16 akan datang.


Kalau tak dapat 100 peratus, dapat 50 peratus atau 20 peratus Anwar yang dahulu pun dikira sudah memadai bagi rakyat yang merindu itu.


Janganlah pula sampai sehelai rambut pun janji-janji Anwar yang dahulu tidak ditunaikan langsung.


Misalnya, kalau tak dapat menurunkan minyak sebanyak 10 sen atau 20 sen, janganlah dinaikkan sampai RM1.20 sen.


Jangan juga beri alasan macam-macam, konon kos meningkat, harga minyak di Arah Saudi pun tinggi dan pelbagai lagi.


Rakyat tak mahu dengar alasan, rakyat hanya mahu lihat tertampil Anwar yang dahulu yang hebat dalam perjuangan membela nasib rakyat.


Menaikkan harga minyak yang disertai dengan kesan berantai yang memberi kesan kepada pelbagai kenaikan di pasaran - ini teori ekonomi mana yang mengatakan ia untuk membela rakyat?


Akhirnya, bilakah kita dapat bertemu kembali Anwar yang dahulu?


Mungkinkah  hanya setelah jadi pembangkang semula, maka barulah ketika itu Anwar yang dahulu akan muncul kembali? -ShahbudinHusin 15Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/15/merindui-anwar-yang-dahulu.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/merindui-anwar-yang-dahulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mastering English Doesn T Mean Abandoning Bm Says Anwar

Mastering English Doesn T Mean Abandoning Bm Says Anwar

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 260 hits
While the government works to improve Malaysians mastery of the English language Prime Minister Anwar Ibrahim emphasised that it has never strayed from efforts to strengthen the Malay language He said in today s age it is essential for one ...
Write 3r Issues But Do It With Care Anwar Tells Media

Write 3r Issues But Do It With Care Anwar Tells Media

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 276 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has cautioned media practitioners not to make offensive remarks when writing about 3R issues Anwar said there has never been any intention to restrict media practitioners from expressing their views about the go...
Anwar Solat Jumaat Bersama Rakyat Di Masjid Sultan Abdul Samad Klia

Anwar Solat Jumaat Bersama Rakyat Di Masjid Sultan Abdul Samad Klia

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 353 hits
SEPANG Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA di sini hari ini Beliau yang tiba kira kira pukul 1 12 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr...
Tuduh Anwar Seperti Pemimpin Korea Utara Kerja Orang Habis Modal Politik Atau Makan Duit Haram

Tuduh Anwar Seperti Pemimpin Korea Utara Kerja Orang Habis Modal Politik Atau Makan Duit Haram

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 161 hits
Tadi di aku ternampak poster gambar yang ditampal wajah DS Anwar dan diletak nama Rasanya poster ini disebarkan oleh laskar fitnah PN si Bard Laskar fitnah PN itu menyamakan DS Anwar dengan kononnya kerana DS Anwar telah menjadikan Malaysia...
Anwar Past Pms Wanted Subsidy Rationalisation But Feared Move

Anwar Past Pms Wanted Subsidy Rationalisation But Feared Move

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 172 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said the government has been discussing subsidy rationalisation since the 1990s when he was the finance minister He said while all the previous premiers agreed that it was necessary none took action because it w...
Wallahi Wabillahi Watallahi Saya Mahathir Tidak Curi Wang Negara Lebih Mudah Dari Cabar Anwar Ke Swiitzeland

Wallahi Wabillahi Watallahi Saya Mahathir Tidak Curi Wang Negara Lebih Mudah Dari Cabar Anwar Ke Swiitzeland

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 365 hits
Oleh Adam Malik Jika ada akaun saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia 100 peratus duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu MahathirBaru baru ini Tun Mahathir telah menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya bole...
The Rise Of Haptic Feedback Technology In Virtual Training

Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku Kpdn

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning

Isyarat Protes Rafizi Sedia Undur Diri Dari Parti Dan Kabinet Anwar

Saham2u Unveils Upgraded Platform To Simplify Share Financing For Malaysian Investors

Pm Anwar Salur Sumbangan Kepada Kanak Kanak Menghidap Sakit Jantung

5 Artis Bercerai Setelah Menikah Lama Realita Kelam Di Balik Pernikahan Sempurna

Bekas Pemimpin Mca Ti Lian Ker Salahkan Umno Jadi Punca Pengundi Cina Menjauh Diri Sejak 20 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siri 1 2025

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat