Meriahkan Syawal Dengan Pakej Rumah Terbuka I Dahlia Raya Di I Dahlia Corner
Hi Korang,
Umat Islam di Malaysia tentunya sedang teruja menanti kedatangan bulan Syawal terutamanya selepas beberapa tahun tidak dapat meraikannya gara-gara pandemik Covid 19
Bagi memeriahkan kedatangan bulan Syawal, I'dahlia Corner, satu-satunya restoran Melayu berkonsepkan dalam taman di dalam kawasan kejiranan KLCC menyediakan ruang buat syarikat korporat mahupun individu yang mahu menjadikan I'dahlia Corner sebagai lokasi rumah terbuka mereka
Lebih mengujakan dekorasi didalam restoran adalah seperti kita berada didalam sebuah taman yang sangat cantik. Dengan lokasinya yang berdekatan dengan Menara KLCC serta pelbagai akses pengangkutan, tidak sukar sebenarnya untuk kita datang menjamu selera di sini
Suasana di waktu malam dengan lampu berwarna-warni dikelilingi juntaian bunga yang cukup mempersonakan. Di samping itu, I'Dahlia Corner juga sesuai dijadikan lokasi acara tertutup kerana ianya dapat menyediakan ruang lebih privasi kepada pengunjung
I'dahlia Corner mempunyai 3 ruang utama yang sesuai untuk dijadikan majlis berbuka puasa iaitu :
Taman Dahlia
Sebuah event hall yang luas dan boleh memuatkan sehingga 100 orang dalam satu masa. Taman Dahlia dihias indah dengan dedaun hijau, fairy lights dan diserikan lagi dengan pokok-pokok hijau yang memberi suasana seolah-olah berada di dalam taman fantasi
Verandah Idham
Verandah Idham merupakan ruang yang sesuai untuk kapasiti tetamu sehingga 50 orang. Verandah Idham yang terletak di pintu masuk utama I'dahlia Corner ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang mahukan suasana tenang, santai dan selesa
Camelia Pink
Camelia Pink adalah ruang berhawa dingin yang mempunyai kapasiti maksimum seramai 30 orang. Camelia Pink sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang mahukan privacy samada untuk berdiskusi atau bertukar-tukar pendapat
Set Menu Rumah Terbuka I'Dahlia Raya
Terdapat 3 set menu di dalam pakej rumah terbuka I'dahlia Raya iaitu Set A, B dan C dengan harga bermula dari RM39 seorang (Tempahan minimum adalah 20 orang)
Antara menu yang disediakan adalah Nasi minyak atau Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah, Kari atau Kurma Daging, Lemang, Nasi Impit, Rendang ayam atau rendang daging, Soto Ayam, kuih raya dan berbagai lagi
Di sediakan juga kuih muih dan biskut raya yang sangat sedap, ye betul kak lily dah rasa tau terbaek lah
Sambil menjamu di i'Dahlia Corner, bolehlah melayan dendangan lagu dari Sahabat Rocker Band. Seronok apabila dapat mendengar nyanyian lagu-lagu lama dan baru secara 'live'. Oh ya! Di sini juga ada disediakan surau dan tandas untuk kemudahan pelanggan
I'Dahlia Corner turut menyediakan customized package seperti persembahan artis, dekorasi dewan mengikut tema pilihan anda dan penyediaan goodies bag (caj tambahan dikenakan)
Sebarang pertanyaan mahupun tempahan sila hubungi 0123526397
Sedikit Info Mengenai I’Dahlia Corner
Pemilik I'Dahlia Corner iaitu Puan Dahliati Binti Aliruddin dan suami Encik Muhammad Idham Bin Ismail telah memulakan perniagaan mereka di Persiaran Stonor sejak 7 tahun dahulu lagi. Bermula dari restoran secara kecil-kecilan, sehinggalah kini masih bertahan dan menjadi tumpuan terutama bagi mereka yang menggemari Sup Tulang Meletup
Untuk pengetahuan semua i'Dahlia Corner merupakan restoran di bawah kategori A yang telah dinilai dari aspek kebersihan dan sebagainya. Selain itu i'Dahlia Corner juga pernah memasuki rancangan JJCM, siri yang cukup popular di saluran TV3
Untuk lebih informasi boleh rujuk sosial media l'Dahlia Corner :-
Facebook: I'dahlia cornerInstagram: @idahlia.corner
I'dahlia Corner mengucapkan Terima Kasih di atas sokongan yang diberikan
#idahliacorner #idahliameletop #idahliastonor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2022/05/meriahkan-syawal-dengan-pakej-rumah.html