Mereka Lebih Mementingkan Bangsa Daripada Negara Ridhuan Tee


Proses pencinaan teramat ketara dalam sekolah Cina sehinggakan menjadikan ia lebih Cina daripada sekolah Cina di negara komunis CinaMINGGU lalu saya dipanggil oleh Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC), Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam sesi sumbang saran mengenai Unified Examination Certificate (UEC). Panel tersebut diketuai oleh anak Profesor sejarah terkenal negara Khoo Kay Kim, iaitu Eddin Khoo Bu Eng, ahli-ahlinya adalah Tan Yew Sing (Dong Zong) dan Mohamad Raimi Ab Rahim (ABIM). 

Bertuah sekali dapat berkenalan dengan Eddin Khoo. Seperti bapanya, beliau begitu profesional, jati diri sebagai anak Malaysia terserlah. Berbanding dengan Tan Yew Sing, walaupun mengatakan dia bebas, tetapi nampak begitu defensif. Yew Sing tidak banyak bertanya soalan kepada saya, tetapi lebih kepada menjawab pendapat dan pandangan yang saya lontarkan. Saya menjadi keliru, siapa pasukan petugas, siapa panel pakar sumbang saran?

Pun begitu, belum pun ada lagi keputusan UEC, tiba-tiba kita dikejutkan Kementerian Kewangan telah mengadakan majlis memberikan bantuan kewangan kepada Sekolah Persendirian Cina (SPC) yang mengeluarkan sijil UEC dan ‘abang’ UEC iaitu Kolej Universiti New Era. Kedua-dua institusi ini dipunyai oleh NGO Cina yang sama iaitu Dong Zong dan Jiao Zong. 

Dalam memberikan respon mengenai bantuan Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan, peruntukan yang diberikan kepada kedua-dua institusi ini datang daripada Kementerian Kewangan, bukan KPM. KPM berkata mereka tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk kolej swasta daripada dana yang disediakan kepadanya melalui Belanjawan 2019.

Sejak bila Kementerian Kewangan bertindak sebagai KPM, memberikan peruntukan kepada institusi bukan dalam kawalan mereka? Sama ada bantuan datangnya daripada Kementerian apa sekalipun, ia tetap wang kerajaan, wang rakyat, bukan milik individu tertentu. Semua telah sedia maklum kedua-dua institusi mendapat bantuan yang melimpah ruah daripada syarikat dan jutawan Cina. Kenapa kerajaan masih membantu?

KPM juga membangkitkan kerajaan yang diterajui BN juga pernah memberi peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Kutar) yang bukan universiti awam, antara RM30 juta hingga RM69.25 juta dalam Bajet 2012 hingga 2018. Kenapa setiap kali perlu dibanding dengan BN. BN selalu dijadikan kambing hitam dalam menjustifikasikan tindakan mereka. Jika BN salah, betulkan. Takkan nak sama-sama terjun ke laut. Janganlah ikut perkara yang salah. 

Kerajaan sering berkata, negara berada dalam keadaan kegawatan ekonomi disebabkan oleh pimpinan terdahulu. Persoalannya, bagaimanakah Kementerian Kewangan memberikan peruntukan khas secara terus, di saat rakyat dicanang bahawa kewangan kerajaan berada di dalam keadaan tenat kerana skandal 1MDB? Kata tak ada duit, kenapa boleh beri kepada institusi perkauman yang tidak banyak membantu pembinaan negara bangsa? 

Kolej Universiti New Era berada bawah kelolaan Dong Jiao Zong Higher Learning Center Berhad. Dong Jiao Zong merupakan suara kepada pendidikan Cina yang mahu mempromosi dan membangunkan sistem pendidikan aliran Cina di Malaysia. Universiti Merdeka sebenarnya sudah lama wujud, atas nama-nama yang berlainan walaupun ia tidak dibenarkan beroperasi. 

Menurut Lee Ban Chen (2002), apabila Sijil SPC yang dikenali sebagai UEC telah berjaya dilaksanakan pada 1975. Pemimpin gerakan pendidikan Cina ini, Lim Fong Seng dan pemimpin Dong Jiao Zong yang lain dipanggil oleh Menteri Pendidikan ketika itu. Mereka diberitahu bahawa Kabinet memutuskan untuk melarang UEC diadakan. Jika diteruskan juga mereka akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Namun, kumpulan ini tidak pernah berputus asa. Tidak takut kepada ugutan ISA. Akhirnya, Jawatankuasa Kerja UEC telah berjaya mengemaskinikan kurikulum dan penerbitan buku teks baru, latihan semula guru dan sebagainya serta mendapat pengiktirafan luar negara.

Pada tahun 1993, bangunan Pusat pendidikan Dong Jiao Zong telah dibina pada 1993 di Kajang, dan permohonan penubuhan Kolej New Era juga diluluskan dan pengambilan pelajar bermula pada tahun 1998. Inilah sebenarnya Universiti Merdeka. 

Apakah kita sudah lupa apabila pada tahun 1978, apabila permohonan penubuhan Universiti Merdeka ditolak, Majlis Universiti Merdeka diketuai Lim telah membawa kes penolakan penubuhan Universiti Merdeka ke mahkamah. Namun, kes Universiti Merdeka ditolak oleh mahkamah pada Jun 1982.

Walaupun gagal, Lim tidak berputus asas. Menjelang Pilihan Raya Umum 1986, Lim dan pemimpin 15 persatuan di bawah pimpinannya telah mengemukakan satu dokumen bersejarah yang dikenali “Deklarasi Bersama Persatuan-persatuan Cina Malaysia dan sokongan lebih 5,000 persatuan Cina. Dokumen itu mengandungi pelbagai permintaan dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sosial. 

Bagi memastikan suara bertambah kuat dan diterima, akhirnya mereka telah menyertai parti ultra kiasu bagi memastikan agenda Universiti Merdeka tercapai. Begitulah liciknya perancangan mereka.

Pendek kata, Universiti Merdeka sudah lama wujud dengan nama berlainan, meskipun ketika itu parti ultra kiasu belum lagi bersama kerajaan. Kini, setelah ultra kiasu ini menang besar dalam PRU 14, apa yang telah dirancangkan pada masa dahulu telah membuahkan hasilnya pada masa ini disebabkan oleh perpecahan Melayu yang begitu ketara. Inilah akibatnya apabila Melayu terlalu banyak berpecah dan menjadi lemah. Hidup mati bergantung kepada orang lain. 

Kesimpulannya, dalam sesi sumbang saran tersebut, saya tegaskan bahawa perpaduan kaum seharusnya bermula daripada peringkat sekolah. Sudah tentu dalam hal ini, persekolahan di peringkat rendah atau dasar. Malangnya kita telah dipisahkan sejak tadika lagi. Rakyat Malaysia berbilang kaum tidak pernah bercampur sejak kecil lagi. 

Sudah tentu sekolah dan institusi berasaskan kaum tidak akan membantu malah memburukkan lagi keadaan.

Ketika dipertanyakan soalan mengenai pengiktirafan UEC, saya dengan tegas mengatakan, tidak boleh wujud pembinaan sekolah dalam sekolah dan pembinaan negara dalam negara. Sijil ini tidak wajar diktiraf kerana ia bertentangan dengan asas hidup bernegara dan Perlembagaan negara.

Memetik kata-kata Profesor Shad Saleem Farudi, undang-undang hanya memberikan kebenaran belajar bahasa ibunda, bukan belajar dalam bahasa ibunda. 

Kebenaran yang diberikan sudah melebihi daripada itu, proses pencinaannya teramat ketara dan jelas ternyata.

Kegagalan Sekolah Wawasan yang mengabungkan tiga buah sekolah menggunakan fasiliti yang sama Sekolah Kebangsaan, SJKC, SJKT, ternyata telah gagal walaupun ideanya sangat baik untuk dilaksanakan.

Orang Cina tidak memberikan respon dan sambutan, kerana mereka tidak mahu menjadi Cina pisang. Penguasaan Cina akan menjadi lemah jika anak-anak ini bercampur.

Jelas sekali, mereka lebih mementingkan bangsa daripada negara. Jika begitulah keadaannya, apalah erti hidup dalam sebuah negara yang mendaulatkan agenda bernegara.

Proses pencinaan teramat ketara dalam sekolah Cina sehinggakan menjadikan ia lebih Cina daripada sekolah Cina di negara komunis Cina

Jika UEC mahu diktiraf juga, maka semua proses pembelajaran dan pengajaran mesti diselia dan dikawal sepenuhnya oleh KPM, bukannya oleh Dong Zong dan Jiao Zong. Belum ada lagi bukti sistem pendidikan dunia sistem dikawal selia oleh NGO. NGO bukan warga pendidik.

Apabila perkara ini saya bangkitkan wakil Dong Zong dalam PPDUEC berkata bukan soal NGO atau tidak, tetapi soal kualiti pendidikan. Dalam maksud, adakah UEC lebih baik daripada SPM? Adakah beliau mahu mengatakan bahawa SPM, STPM, diploma, ijazah kita hari ini tidak berkualiti. Yang berkualiti hanya UEC dan Sijil Kolej Universiti New Era.

Ketika menutup perbincangan, saya ditanyakan apakah sebenarnya sistem pendidikan kita telah gagal? Saya jawab, Ya. Sistem pendidikan kita telah gagal dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Sistem pendidikan kita menjadi caca merba kerana ia diperjudikan. Semua tindakan berasaskan berapa banyak undi yang boleh diperolehi dalam pilihan raya, termasuk PRK Cameron Highland yang sedang berlangsung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/mereka-lebih-mementingkan-bangsa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kontroversi Salib Jagalah Hati Melayu Mereka Terlalu Banyak Diguris Dan Terguris Dr Ridhuan Tee

Kontroversi Salib Jagalah Hati Melayu Mereka Terlalu Banyak Diguris Dan Terguris Dr Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 439 hits
Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan masyarakat Cina supaya menjaga sensitiviti dan menghormati budaya masyarakat majoriti Islam di negara ini Peringatan beliau sebagai menempelak kenyataan pemaju Grace Residence di Jel...
Tok Pa Jika Bn Menang Pru14 Masalah Negara Pasti Lebih Besar

Tok Pa Jika Bn Menang Pru14 Masalah Negara Pasti Lebih Besar

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 230 hits
Diterbitkan Hari ini 9 08 pagiPRK CAMERON Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Mustapa Mohamed menggesa pengundi Cameron Highlands menolak BN pada hari mengundi PRK Cameron Highlands 26 Januari ini Berucap dalam ceramah kelompok di Kampung K...
Kenali Bangsa Dap Apa Kata Mereka Terhadap Melayu Islam

Kenali Bangsa Dap Apa Kata Mereka Terhadap Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 658 hits
Nga Kor Ming DApig hasil pilihan Melayu Taiping merangkap pemilik Old Town White Coffee Background Pemilik Oldtown Ngeh Koo Ham MP DAP hasil pilihan Melayu Beruas Nga Kor Ming MP DAP hasil pilihan Melayu Taiping Oldtown adalah salah satu su...
Menteri Luar Lebih Suka Cakap Dengan Media Dari Diplomat Negara Lain

Menteri Luar Lebih Suka Cakap Dengan Media Dari Diplomat Negara Lain

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 474 hits
Husin teringat masa isu panas Malaysia dan Singapura Saifuddin Abdullah ajak Singapura bertenang Lalu Diplomat ini pernah bertemu Saifuddin pada pertengahan tahun dan rasanya dapat lihat gelagat Saifuddin Setiap kali ada apa apa dia suka na...
Kenapa Lelaki Bujang Sekarang Lebih Sukakan Janda Untuk Dijadikan Pasangan Mereka Ini Jawapannya

Kenapa Lelaki Bujang Sekarang Lebih Sukakan Janda Untuk Dijadikan Pasangan Mereka Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 521 hits
Abang pilih yang mana Perawan atau janda Perawan memang menawan JANDA lebih menggoda Itulah lirik lagu yang cukup popular yang dinyanyikan oleh Cita Citata Jadi Benarkah lelaki bujang sekarang lebih sukakan janda untuk dijadikan pasangan me...
Kekal Akta Hasutan Untuk Ajar Ultra Kiasu Ridhuan Tee

Kekal Akta Hasutan Untuk Ajar Ultra Kiasu Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 268 hits
4 Jamadilawal 1440H Khamis Kerajaan mesti terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 untuk mengajar puak ultra kiasu supaya tidak bersikap kurang ajar dan biadab hidup dalam negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu Pendakwah bebas Pr...
The Mac Index Memudahkan Anda Membandingkan Harga Produk Apple Mengikut Negara

The Mac Index Memudahkan Anda Membandingkan Harga Produk Apple Mengikut Negara

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 401 hits
Produk keluaran Apple merupakan antara produk yang diminati ramai dan semestinya ingin dibeli oleh ramai pengguna sekiranya boleh didapati pada harga sedikit rendah Dengan konsep untuk memudahkan anda membuat perbandingan harga jualan produ...
Bagaimana Nak Pastikan Susu Tak Berkurang Ketika Di Luar Negara Ikuti Langkah Penghasilan Susu Yang Betul

Bagaimana Nak Pastikan Susu Tak Berkurang Ketika Di Luar Negara Ikuti Langkah Penghasilan Susu Yang Betul

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 373 hits
Jika anda masih menyusukan anak anda dan anda perlu ke luar negara hal ini merisaukan kerana ia melibatkan tempoh masa yang lama dan penerbangan antarabangsa Apakah panduan dan tip yang boleh anda lakukan supaya penghasilan susu tidak berku...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya