Mereka Faham Keluarga Mereka Susah Bapa Murid Pakai Kasut Seluar Besar Ke Sekolah


Mereka Faham Keluarga Mereka Susah. Peribahasa ini tepat menggambarkan semangat seorang murid darjah tiga di sebuah sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah yang tetap ke sekolah meskipun terpaksa memakai kasut dan seluar sekolah bersaiz besar yang sudah lusuh.
Semangat kental Mohd Akib Jebat Hasni, 9, atau lebih mesra disapa Akib ternyata menyentuh hati seorang guru, Mohd Nasir Mohd Zain yang berkongsi kisahnya di Facebook sehingga tular sejak Jumaat.
Rata-rata seluruh rakyat Malaysia turut sebak dengan kedaifan kanak-kanak itu dan pada masa sama memuji semangatnya yang tidak malu untuk ke sekolah dalam keadaan serba kekurangan.

Bapa Pada Akib Bapa kepada Akib, Hasni Elias, 39, ketika dihubungi mStar Online berkata anak ketiganya itu tidak pernah mengeluh meskipun terpaksa pergi ke sekolah dalam keadaan sebegitu.
“Dia tak ada cakap nak baju, seluar mahupun kasut baru. Dia pakai apa yang ada saja. Baju, seluar dan kasut tu abang dia yang punya.
“Nak buat macam mana, nak beli semua baharu kami tak mampu. Duit tak ada. Gaji saya pun cukup-cukup makan.
“Saya rasa Akib dan anak-anak saya yang lain sudah biasa. Mereka faham mereka dari keluarga yang susah,” katanya.
Hasni yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata anak-anaknya ada menerima bantuan zakat persekolahan tetapi kali terakhir diterima pada tahun lalu.
“Ada dapat bantuan zakat persekolahan… dapat baju sekolah… kasut sekolah tapi tahun ni tak dapat.
“Bantuan tu bukan mereka bagi tiap-tiap tahun. Kali terakhir dapat tahun lepas. Itu giliran abang Akib yang dapat,” katanya.
Selain Akib, Hasni dan isterinya, Siti Fauziah Abdullah, 32, turut dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Nurazizah Hazwani, 15, Muhammad Azahari, 13, dan Nurnina Habsah, 3.

Mendapat Perhatian Ramai Ditanya mengenai perasaannya apabila kisah Akib mendapat perhatian orang ramai, Hasni berkata dia gembira kerana masih ada orang yang prihatin mengenai nasib mereka sekeluarga.
“Saya pun dimaklumkan oleh cikgu Akid (Mohd Nasir Mohd Zain) mengenai hasrat orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan.
“Kalau nak harapkan gaji saya lebih RM1,200 sebulan memang tak cukup tapi saya syukur apa yang ada.
“Jika ada orang nak bantu syukur Alhamdulillah. Hanya Allah yang boleh balas jasa hangpa semua,” katanya dalam loghat utara.
Rumah sewa enam sekeluarga itu di Taman Sri Pekula, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah didatangi Mohd Nasir, guru yang bermurah hati membelikan baju, seluar dan kasut sekolah baharu untuk Akib pagi Sabtu.
Mohd Nasir ketika dihubungi berkata dia bertemu kedua-dua ibu bapa Akib kerana ingin menyampaikan hasrat orang ramai yang mahu membantu keluarga kanak-kanak tersebut.
“Saya pergi ke rumah mereka bersama dengan seorang lagi cikgu pagi tadi. Saya datang kerana ingin minta nombor akaun ibu dan bapa Akid supaya memudahkan proses orang ramai nak bagi sumbangan.
“Pada masa sama saya turut meminta keizinan untuk mendedahkan nama dan gambar Akib. Mereka setuju untuk saya berbuat demikian.
“Tapi malangnya kedua-duanya tiada akaun bank. Jadi saya terpaksa ‘hold’ dulu untuk orang ramai bagi sumbangan. Saya takkan bagi akaun saya sendiri kerana seelok-eloknya biarlah sumbangan itu terus ke keluarga Akib,” katanya.

Cuba Selesaikan Isu Berkenaan Namun cikgu Pendidikan Islam itu berkata dia akan cuba menyelesaikan isu berkaitan akaun bank itu pada Ahad.
“Saya fikir esok saya nak bawa Akib ke bank untuk buka akaun kanak-kanak. Saya fikir macam tu cara yang lebih mudah,” katanya.
Sementara itu, Hasni ketika ditanya mengenai perkara itu mengakui dia dan isterinya tiada akaun bank setelah sekian lama.
“Tak dak (akaun bank). Saya dapat gaji cash. Bini saya (akaun) Tabung Haji adalah, itu sahaja yang ada.
“Dulu ada (akaun bank) tapi dah kena beku sebab bankrap,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Hasni di talian 013-452 9619.
Sumber/Foto: Mstar Online, Bernama
The post “Mereka Faham Keluarga Mereka Susah” – Bapa murid pakai kasut, seluar besar ke sekolah appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/mereka-faham-keluarga-mereka-susah-bapa-murid-pakai-kasut-seluar-besar-ke-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 452 hits
Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar MerekaDua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka
Pelajar Ini Terpaksa Jalan Seret Kaki Kerana Pakai Kasut Dan Seluar Abangnya

Pelajar Ini Terpaksa Jalan Seret Kaki Kerana Pakai Kasut Dan Seluar Abangnya

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 385 hits
SEORANG pelajar dilihat dari jauh berjalan tanpa mengangkat kaki sambil tangannya memegang seluar kejadian itu dikongsi oleh Mohd Nasir Mohd Zain menerusi akaun Facebook Mohd Nasir mendekati pelajar berkenaan dan bertanya kenapa dia berjala...
Kerusi Di Kantin Adalah Hak Murid Bukan Tempat Untuk Ibu Bapa Duduk Dan Layan Anak Sendiri

Kerusi Di Kantin Adalah Hak Murid Bukan Tempat Untuk Ibu Bapa Duduk Dan Layan Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 450 hits
Kerusi di kantin adalah hak murid bukan tempat untuk ibu bapa duduk dan layan anak sendiri Kerusi di kantin adalah hak murid bukan tempat untuk ibu bapa duduk dan layan anak sendiri
Jangan Menangis Malulah Faham Dulu Perasaan Anak Pertama Kali Ke Sekolah Baru Senang Pujuk

Jangan Menangis Malulah Faham Dulu Perasaan Anak Pertama Kali Ke Sekolah Baru Senang Pujuk

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 475 hits
Kanak kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh SEPARATION ANXIETY Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yang asing Menurut Konsulta...
Murid Darjah 1 Power Speaking Bapa Dedah Aishah London Suka Spaghetti Sejak Kecil Video

Murid Darjah 1 Power Speaking Bapa Dedah Aishah London Suka Spaghetti Sejak Kecil Video

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 511 hits
Viral Murid Darjah 1 Power Speaking Bapa Dedah Aishah London Suka Spaghetti Sejak Kecil Viral di laman sosial video kepetahan seorang murid darjah satu Hana Aishah Mustafa Kamal ketika ditemubual sebuah stesen televisyen tempoh hari Bapanya...
Anak Kerap Sakit Belakang Adakah Disebabkan Oleh Beg Sekolah Ibu Bapa Perlu Rujuk Pakar Tulang

Anak Kerap Sakit Belakang Adakah Disebabkan Oleh Beg Sekolah Ibu Bapa Perlu Rujuk Pakar Tulang

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 581 hits
Anak selalu mengadu sakit belakang pada waktu malam Kadang kadang dia tak mahu menggalas beg sekolahnya Mungkin disebabkan begnya Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah sakit belakang anak Ikuti perkongsian ini Kanak kanak yang be...
Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 710 hits
Hi Anak baru masuk sekolah rendah memang macam macam perangai Ada yang tak nak sekolah ada juga yang tak nak balik sekolah Memang menghiburkan betul video video yang saya tonton tentang anak anak yang baru masuk ke alam persekolah Sekolah d...
Ini Baru Betul Alhamdulillah Semoga Tokey Kantin Ni Dimurahkan Rezeki Ibu Bapa Puji Pengusaha Kantin Sekolah Ini

Ini Baru Betul Alhamdulillah Semoga Tokey Kantin Ni Dimurahkan Rezeki Ibu Bapa Puji Pengusaha Kantin Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 826 hits
Ini baru betul Alhamdulillah semoga tokey kantin ni dimurahkan rezeki Ibu bapa puji pengusaha kantin sekolah ini Alhamdulillah semoga tokey kantin sekolah ini dimurahkan rezeki demikian kata netizen yang teruja melihat menu menu yang disedi...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu