Anak Kerap Sakit Belakang Adakah Disebabkan Oleh Beg Sekolah Ibu Bapa Perlu Rujuk Pakar Tulang


Anak selalu mengadu sakit belakang pada waktu malam. Kadang-kadang dia tak mahu menggalas beg sekolahnya. Mungkin disebabkan begnya? Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah sakit belakang anak? Ikuti perkongsian ini
Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan mengalami sakit belakang pada waktu malam bukanlah perkara biasa dan memerlukan pemeriksaan segera. Doktor Hairin Anisa, Pakar Kank-Kanak, Pakar Laktasi di Pusat Rawatan Kanak-kanak ADDA menjelaskan ada pelbagai organ yang berkaitan dengan sakit belakang iaitu, tulang belakang (verterbrae), otot tulang selangka, tulang rawan, sistem aliran darah dan paling penting sistem saraf.

Perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:
Adakah anak anda mempunyai tulang belakang yang kelihatan bengkok yang tidak normal?
Jika didapati tulangnya bengkok berbentuk S atau C (kyphoscoliosis), boleh mengakibatkan sakit belakang yang kronik dan tidak spesifik.
Adakah anak pernah terjatuh dan terhentak punggungnya/belakang?
Jika pernah, ini berisiko kepada ceper rawan antara tulang verterbra (interverterbral disc) beralih sedikit daripada kedudukan normalnya (Slipped Disc) atau keretakan tulang?
Sakit belakang akan lebih teruk apabila anak bergerak. Jika disebabkan oleh slipped disc, sakitnya boleh menjalar hingga ke dua belah kakinya dan anak boleh berasa kakinya kejang (stiffness).
Adakah anak anda mengalami demam, sakit belakang yang lebih teruk pada waktu malam?
Jika ada, dia mungkin mengalami keradangan kepada ototnya (myositis) dan tulang belakang (osteomyelitis/diskitis) yang disebabkan oleh jangkitan kuman, trauma / kecederaan atau penyakit ketumbuhan (tumor/kanser). Selalunya jika ada jangkitan, sakit belakang berlaku lebih teruk pada waktu malam sehingga mengganggu tidurnya. Sekiranya jangkitan kepada saraf, pesakit boleh mengalami kebas, sakit kaki yang tajam dan mengalami gejala kelumpuhan. Ada pelbagai gejala lain yang mungkin dialami oleh anak seperti kurang selera makan, kelesuan serta kehilangan berat badan. Penyakit yang jarang berlaku yang mempunyai gejala hampir sama seperti di atas, ialah keradangan kepada saraf tunjang (spondylo myelitis / transverse myelitis) akibat jangkitan kuman atau penyakit auto-imun yang perlukan pemeriksaan lanjut.
Secara realistik, kanak-kanak prasekolah tidak mempunyai bebanan buku yang berat seperti pelajar sekolah rendah atau menengah. Maka, bebanan beg sehingga sakit belakang amat jarang berlaku. Sekiranya anak pernah menjalani latihan fizikal yang berat seperti bersukan sebelum gejala ini dialaminya, kemungkinan sakitnya disebabkan oleh kekejangan otot belakang (muscle strain). Anak akan menunjukkan gejala sakit di bahagian yang spesifik dan lebih teruk dengan pergerakan belakang, berkurangan apabila dia kurang bergerak (berehat).
Sakit belakang dikalangan kanak-kanak perlu dirujuk kepada doktor dan sebaiknya kepada pakar tulang (Orthopedic) supaya pemeriksaan, ujian seperti radiologi, ujikaji darah dapat dilakukan secara teliti. Rawatan yang anak perlukan bergantung kepada diagnosis punca sakit belakang antaranya seperti fisioterapi, ubat penahan sakit, antibiotik / antivirus atau pembedahan. Sila berbincang dengan doktor yang merawat anak anda.
The post Anak Kerap Sakit Belakang Adakah Disebabkan Oleh Beg Sekolah? Ibu Bapa Perlu Rujuk Pakar Tulang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-kerap-sakit-belakang-adakah-disebabkan-oleh-beg-sekolah-ibu-bapa-perlu-rujuk-pakar-tulang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar

Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 607 hits
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak s...
Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 738 hits
Hi Anak baru masuk sekolah rendah memang macam macam perangai Ada yang tak nak sekolah ada juga yang tak nak balik sekolah Memang menghiburkan betul video video yang saya tonton tentang anak anak yang baru masuk ke alam persekolah Sekolah d...
Risau Anak Lelaki Suka Main Masak Masak Jangan Sekat Pakar Early Childhood Kongsi 5 Tips Ibu Ayah Boleh Buat

Risau Anak Lelaki Suka Main Masak Masak Jangan Sekat Pakar Early Childhood Kongsi 5 Tips Ibu Ayah Boleh Buat

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 645 hits
Anak lelaki cenderung suka main masak masak mungkin menimbulkan kerisauan di hati ibu ayah Bimbang ia akan mempengaruhi pembentukan karakter menjadi lembut dan sebagainya 5 tip yang dikongsikan pakar pendidikan awal kanak kanak ini boleh di...
Ini Baru Betul Alhamdulillah Semoga Tokey Kantin Ni Dimurahkan Rezeki Ibu Bapa Puji Pengusaha Kantin Sekolah Ini

Ini Baru Betul Alhamdulillah Semoga Tokey Kantin Ni Dimurahkan Rezeki Ibu Bapa Puji Pengusaha Kantin Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 854 hits
Ini baru betul Alhamdulillah semoga tokey kantin ni dimurahkan rezeki Ibu bapa puji pengusaha kantin sekolah ini Alhamdulillah semoga tokey kantin sekolah ini dimurahkan rezeki demikian kata netizen yang teruja melihat menu menu yang disedi...
10 Tips Bagi Ibu Bapa Berhenti Daripada Menengking Anak

10 Tips Bagi Ibu Bapa Berhenti Daripada Menengking Anak

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 497 hits
Ibu bapa mana yang tak pernah menengking anak Rasanya kalau dah bergelar ibu ayah sekurang kurangnya mesti ada sekali anda akan tertengking anak walaupun dalam hati sudah berazam tak mahu lagi jerit membentak dan tengking anak Biasanya I le...
Anak Demam Lepas Mandi Kolam Doktor Dedahkan Sebabnya Yang Ramai Ibu Bapa Tidak Tahu

Anak Demam Lepas Mandi Kolam Doktor Dedahkan Sebabnya Yang Ramai Ibu Bapa Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 530 hits
Anak Demam Lepas Mandi Kolam Doktor Dedah Puncanya Yang Ramai TAK TAHU Musim cuti sekolah ni memang ramai anak anak berpeluang mandi kolam renang hotel kan Pernah terfikir tak kenapa kadang kadang anak boleh tiba tiba demam lepas mandi kola...
Banyak Bahayanya Bila Anak Sakit Tapi Masih Tetap Nak Ke Sekolah Apa Mama Papa Perlu Buat

Banyak Bahayanya Bila Anak Sakit Tapi Masih Tetap Nak Ke Sekolah Apa Mama Papa Perlu Buat

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 491 hits
Ramai ibu bapa selalu memandang ringan bila anak demam sedangkan hakikatnya demam adalah petanda ketidakstabilan pada tubuh anak Banyak perkara boleh berlaku bermula daripada demam Jadi hati hati mama papa kena lebih peka bila anak demam Su...
Ibu Bapa Resah Terbeban Harga Kasut Sekolah Melambung

Ibu Bapa Resah Terbeban Harga Kasut Sekolah Melambung

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 576 hits
KULIM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga kelengkapan persekolahan terutamanya kasut sekolah menerusi talian aduan kementerian itu sejak kebelakangan ini M...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey

The Evolution Of The Personal Computer From Innovation To Everyday Essential

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Major Brain Drain As Researchers Eye Exit From Trump S America

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya