Merawat Palu Yang Pilu Dermalah
Catatan Perjalanan Gempa Siri 12.
Merawat Palu Yang Pilu. Dermalah!
KL M'sia: Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu (Warga Cakna) sedang berkira-kira selain daripada program Palu Healing melalui psychological first aid yang akan dijalankan.Setiausahanya, Dr Khatijah Musa berkata, sumbangan yang diterima setakat ini akan digunakan sepenuhnya untuk pembangunan semula Palu yang ranap.Katanya, mengikut perancangan yang telah dibuat oleh Haji Jamuliddin, wakil tunggal Yayasan Amal yang sudah berada di lokasi, beberapa program sedang berjalan iaitu projek batu blok untuk membina masjid baharu, projek mesin jahit untuk membuat telekung solat dan projek bekalan makanan.Menurutnya, kos membina setiap masjid antara RM8,000 hingga RM15,000.Katanya, jika asas bangunan sahaja RM8,000, tetapi kos meningkat dengan penambahan paip air, elektrik dan perabot yang perlu.“Sasaran masjid yang dalam perancangan adalah 150 buah. Insya-Allah ramai dermawan akan hulurkan nanti,” ujarnya dalam satu kenyataan.Bagi projek jahit, ujarnya mesin jahit akan dibeli dan diberikan latihan teknikal untuk menjahit, sekurang-kurangnya memberi peluang kemahiran kehidupan kepada mereka.Tambahnya, telekung solat itu akan diberi percuma kepada semua mangsa muslimat.“Mereka masih memerlukan makanan untuk terus hidup dalam suasana yang tidak menentu,” ujarnya lagi.Justeru, kata beliau pasukan yang telah dibentuk bersama relawan dan penduduk kampung akan memasak untuk diagihkan kepada semua mangsa tsunami.Projek itu, ujarnya memerlukan komitmen dan sumbangan yang berterusan sehinggalah semua mangsa mampu berdikari.“Semoga kehadiran saya dan rombongan pada 22 November (hari ini) akan membuahkan hasil yang bermanfaat kepada seluruh umat,” katanya.Beliau berkata, mangsa gampa bumi Palu akan terus disirami rahmat rezeki dari Malaysia, manakala sang penderma pula akan terus dibuka Allah akan pintu rezeki kehidupan.Katanya, sumbangan untuk Palu terus dibuka menerusi akaun Maybank Islamic: 563037065007 Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu (Warga Cakna) dan tarikh tutup pada 27 November ini.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi menerusi talian 019-9222057. – HARAKAHDAILY 22/11/2018Sila lihat..Catatan Perjalanan Gempa Siri 1: Ini, Jejak Kampung Yang Hilang Di Palu.. (C/Perjal...Siri 2: Bermalam Di Khemah Perlindungan Makassar. (C/Perja...Siri 3: Rogol Di Penempatan Perlindungan Makassar.(C/Perja...Siri 4: Masalah Sakit-sakit Di Asrama Haji Sudiang.. .(C/P...Siri 5: Bersama FPI Di Palu, Bantu XKira Agama..(C/Perjala...Siri 6: Masjid Terapung Palu, Ditubuh Kerana Arak..Seks C...Siri 7: Tsunami Palu, Hukuman Allah Akibat LGBT. (C/Perja..Siri 8: Misi Kemanusiaan Palu, PASRelief, NGO, PKS Id.(C/P...Siri 9: Palu, Diganggu Suara Aneh, Benarkah? (C/Perjalana...Siri 10:Terperangkap Gempa, Kisah Aneh Pemuda Ini (C/Perja...
Siri 11:Terakhir Di Palu, Ini, Batu Nisan Kebun Jagung 300...Ikuti seterusnya..E-Buku IH-111 C/Santai (Minda) IH Mulai Okt 2015
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/merawat-palu-yang-pilu-dermalah.html