Meraung Kena Scam Dekat Facebook
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Bonde nak kongsikan di sini bersama anda semua, Bonde kena scam pada malam raya pertama 22 April 2023 Sabtu.
Siapa tak takut kena scam? Rasa nak menangis, sedih dan kecewa teramat sangat. Nak-nak kena masa "Raya Pertama" dengan nak berseronok cuti raya, masa raya nak pakai duit lagi... dengan orang bank pun sedang bercuti masa tu...
Bonde memang rasa geram sangat kenapa aku? dah banyak kali dengar cerita pasal scammer nih, tup tup kali nih Bonde pulak yang kena scam. Mengucap panjang... rasa nak pitam masa tu... Dahlah tengah beraya dekat rumah Mak Cik. Terus mood tukar jadi murung.
Ceritanya bermula dengan dua messages yang masuk dekat telefon Bonde. Mula-mula tu terpandang messages masuk :
Messages 1
CIMB BANK : RM 106.00 was charged to your debit card on 22-04-23 at FACEBK*2KCQYNX dan tak sampai berapa minit masuk lagi messages
Messages 2
CIMB BANK : RM 159.00 was charged to your debit card on 22-04-23 at FACEBK*W2R5GPF dan messages yang ni masuk Bonde jadi tak senang duduk terus berdebar-debar.
Toleh kiri-kanan ishh-ishh dahlah tengah dekat rumah Mak Cik beraya cari Kanda mengadu dengan dia. Bonde bagi tahu ada transaksi dari CIMB ada charged dari Facebook. Bonde bagi tahu Kanda mana ada beli apa-apa barang dekat facebook.
Terus kami berdua ke kereta untuk selesaikan masalah tu, masa tu juga buat semakkan dengan Customer Service CIMB tentang transaksi yang diterima.
Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan Bonde untuk urusan buat laporan dekat Customer Service CIMB. Call jer terus dapat bercakap dengan CSC.
Pertamanya dalam keadaan macam ni apa yang diperlukan adalah seperti dibawah :
Card Debit - call Customer Service (number ada pada belakang card)
Customer Service minta nombor card dan detail akaun Bonde.
Customer Service buat semakkan akaun. Pengesahan transaksi dari charged Facebook.
Customer Service maklumkan sebenarnya ada beberapa transaksi lagi sebelum ni pada 20 April 2023 yang Bonde tidak perasaan.
Ya Allah... memang tidak sedar langsung messages-messages transaksi CIMB yang masuk sebelum nih.
(punca tidak sedar adalah Messages yang masuk dari CIMB adalah dari transaksi duit yang Bonde transfer ke rider yang hantar barang COD dari pembelian barang di tiktok shop, sebab jumlah duit yang di caj adalah lebih kurang sama dengan pembelian di tiktok shop. Rupanya Bonde tak baca habis Messages tu ada perkataan Facebook!)
Masa nih terkedu tanpa kata-kata.
Jumlah keseluruhan : RM 501.67
Apa Yang Customer Service Boleh Bantu?
Setelah dibuat semakan CSC cadangan untuk blok card debit dahulu.
Pada masa itu, Card tidak boleh digunakan, cimb clik tidak boleh digunakan dan juga cimb click juga akan mengalami masalah yang sama.
Bonde tak ada pilihan pada malam tu, terpaksa membuat pengesahan untuk pembatalan card tersebut.
Sedih sangat-sangat bayangkan malam raya kena scam, card tidak boleh digunakan sehingga card baru dibuat. Bertabahlah wahai hati.
Duit Dalam Akaun Telah Dicaj !CSC maklumkan duit dalam akaun telah pun dicaj. Buat masa ini CSC hanya mengambil laporan aduan dari Bonde Dan Number aduan diberikan selepas semakkan dibuat masa tu.
Dapat Refund Ke Duit Yang Telah Dicaj Dari Akaun?Soalan ini yang Bonde tanyakan berulang kali kepada CSC, Sebenarnya dalam proses aduan dibuat, pihak CIMB akan buat semakkan dalam masa 21 hari.
Jika ada refund, dalam tempuh itu akan di masukkan semula ke akaun Bonde.
Sedih dan dalam kemurungan dihari raya... semua orang bergembira Bonde pendam sebuah cerita luka. Apa pun yang terjadi tetap simpan sendiri buat masa ni.. Hanya family terdekat sahaja yang tahu.
1 May 2023
10 hari selepas kena scam. Bonde terima messages dari CIMB bertalu-talu terus rasa tak sedap hati dan cepat-cepat semak takut messages yang sama diterima seperti malam raya.
Tapi sebenarnya messages itu buat Bonde Happy sangat. Syukur Alhamdulillah. Duit telah di refund masuk akaun Bonde untuk sembilan transaksi pada 1 May 2023. Dan baki tiga transaksi pada 2 May 2023.
Dibawah ini adalah transaksi dari cimb apps Bonde, Alhamdulillah dua hari semua dua belas transaksi telah di masukkan ke akaun Bonde. Syukur Alhamdulillah.
Cara Matikan Autopay Di FacebookBila dah berlaku perkara macam ni, semua barulah kita nak alert! Anak Bonde check akaun Facebook dan matikan setting autopay.
Anda boleh ikut langkah-langkah dibawah untuk matikan autopay. Ini versi iphone yea.
Caranya :
Klik Profile di bahagian bawah.
Cari menu setting
Klik Profile setting kemudian scroll kebawah
Klik browser : clear your phone of the history of websites you've visited browsing on facebook
Kena offkan part ini, kerana dari sini scammer boleh curi data akaun bank yang selalu digunakan.
Klik browser data :
Kemudian offkan :
Autofill contact forms dan Autofill payment forms.
lepas selesai, sama-samalah berdoa agar akaun bank kita tidak digodam oleh scammer lagi.
Anda boleh tengok dekat video tiktok Bonde ada kongsikan di link : Duit Lesap Dalam Akaun
Doa Ketika Tertipu
Lepas ni kena alert dengan sebarang Messages yang diterima! baca sampai habis dan semak Messages tu betul-betul. Sila kongsikan kepada yang lain seandainya perkara ini bermanfaat, Moga kita sama-sama terhindar dari perkara yang buruk dan dijauhkan dari tipu/helah oleh scammer.
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bondezaidalifah.com/2023/05/meraung-kena-scam-dekat-facebook.html