Hadirnya Seseorang Itu Adalah Asbab Untuk Kita Dekat Dengan Pencipta Kita


 


 
Hadirnya seseorang itu adalah asbab untuk kita dekat dengan pencipta kita.


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” ( Surah al-Asr 103:1-3).


Surah al-Asr adalah antara surah yang terpendek di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi tiga ayat yang membentangkan kepada kita tentang cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan selamat di dunia dan akhirat. Imam al-Shafie berkata tentang surah ini, “Seandainya manusia merenungi surah ini, nescaya surah ini telah mencukupkan mereka.”


Makin berganjak usiaku,
Makin besar ujianku, menguji tahap kematanganku.
Mereka datang bersilih ganti dalam hidupku,
ada ketika ianya hadir hanya seketika,
ada ketika hadirnya menguji hati ini dengan ragamnya, ada yang menyakitkan hati, ada buatkan kita rimas, ada yang buatkan kita rasa tertekan dan hari-hari penuh dengan emosi. 
Ada yang hadirnya bagaikan parasit menumpang ketika perlu. Ketika di saat senang, ketika susah.


Ya rab, saat kita susah, sukarnya nak jumpa mereka!
Hilang di radar itu biasa.


Ada juga hadirnya sebagai penyeri hidup kita.


Ada 2 pekara penting yang Allah hadirkan dalam hidup kita.


Pertama Allah uji kita melalui dengan caranya. 


Hadirnya dalam hidup kita, pada mulanya amat mengembira. Mula satu persatu kupasan bawang bermula untuk sesi berkenalan. Bertahun, tetapi ujian demi ujian itu hadir.Buatkan kita berubah hati, berubah tanggapan pada dia. Sangsi, muncul orang ketiga, ada ketika memanaskan keadaan dan ada yang membaik keadaan. 


Kerana marah ego, kita terpisah dan menjarakkan diri .Bukan hanya insan bercinta, tetapi insan bersahabat dan bersaudara.Andai kita sabar, inshaALLAH ada kebaikan yang hadir. 


Kedua : Kita Allah hadirkan sebagai ujian untuk dia. 


Kita tahu bagaimana cara kita, emosinya kita, dan persepsi kita. Lalu hadirnya seseorang menerima kita dalam hidupnya. Lalu Allah hampar satu persatu ujian melalui sifat kita. Andai baik maka baiklah ceritanya, andai buruk maka proses itu akan berulang.


Kita selalu anggap seseorang itu hadir dalam hidup kita itu sebagai ujian, hakikatnya kita juga hadir dalam seseorang sebagai cabaran ujian untuknya dan untuk kita.


Geramkan bila orang permainkan perasaan kita, orang pergunakan kita.
Marah dan dendam, lalu hati menjadi dangkal , keras kematu. Lalu kita ulangi perbuatan yang sama seperti orang lain lakukan pada kita. 


Prosesnya kita tak ubah seperti dia,


Lalu perkara yang terjadi dalam hidup kita memang sakit kita rasa, memang rasa nak berguling-guling bila mengenangkannya. Allahurabbi, hati ini rasa sakitnya, tetapi andai kita dapat redha dan menerima ini sebagai takdir Allah dan kita baiki itu akan buatkan kita tenang.


Buatkan kita lebih terbuka dan hati kita lebih sihat. 


Semuanya rahsia ALLAH


“Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada
sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi
orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan
bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”  (An-Nisaa’ : 32)


Jika seseorang itu masih setia bersama kita walaupun beribu orang kata tentang dia. Orang lain pernah pulau kita, dia tetap percaya pada kau. Hargailah dia, tak ramai orang seperti itu. 


Jagalah persaudaraan yang ada,
jagalah persahabatan yang terbina,
jagalah ikatan perasaan itu agar selalu ingat kepada ALLAH.


Hadirnya seseorang itu adalah asbab untuk kita dekat dengan pencipta kita.
Dekatkan pada agama kita dan saling kenal mengenali dan menghargai satu sama lain. Buang sangsi dengan Allah, jangan biarkan ianya tersimpan di separa sedar otak kita.Selalu bersangka baik dan Selalu bersikap positif serta muhasabah diri.


Selain dari itu setiap kita juga hendaklah redha dengan bala musibah yang diujikan kepada mereka. Sememangnya bala musibah sering menimpa orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah. Ianya merupakan ujian ke atas seseorang insan, atau sebagai kaffarah dosa, atau sebagai penambah amalnya. Mungkin juga ujian itu sebagai peringatan kepadanya agar segera berhubung dengan Allah. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2023/05/Hadirnya-seseorang-itu-adalah-asbab-untuk-kita%20dekat-dengan-pencipta-kita..html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saling Mencela Itu Adalah Syaitan

Saling Mencela Itu Adalah Syaitan

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 183 hits
Saling Mencela Itu Adalah Syaitan Daripada Iyadl bin Himar ia bertanya Saya berkata Wahai Rasulullah seorang laki laki dari kaumku mencaciku sementara ia sendiri tidak lebih mulia dariku maka apakah saya berdosa jika membalas cacian darinya...
Analisis Bmkg Lonjakan Panas Tahun 2023 Adalah Yang Terparah

Analisis Bmkg Lonjakan Panas Tahun 2023 Adalah Yang Terparah

papar berkaitan - pada 25/4/2023 - jumlah : 289 hits
Suhu panas ekstrem melanda negara negara Asia sepekan terakhir Indonesia tidak mengalami gelombang panas tetapi suhu maksimum udara permukaan tergolong panas
Hadis Cerai Bergegar Arasy Adalah Palsu

Hadis Cerai Bergegar Arasy Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 183 hits
Hadis talak menggegarkan Arasy dinilai palsu oleh ramai ulama hadis seperti Imam Ibn al Jauzi al Saghani as Syaukani etc Yang sahih bercerai itu juga syariat dan dibolehkan jika perlu Fawaid al Majmu ah 1 139 KOMENTAR ULAMA PENGKAJI HADISHa...
Agak Sukar Bertahan Lama Jika Yang Marah Kerajaan Adalah Rakyat

Agak Sukar Bertahan Lama Jika Yang Marah Kerajaan Adalah Rakyat

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 199 hits
Kerajaan Anwar akan kekal lebih lama jika kemajuan dan kebajikan Perlis Kedah Terengganu dan Kelantan yang mempunyai majoriti melayu lebih 90 tidak dinafi dan diabaikan Kaum bukan melayu akan merasa lebih selamat dan terjamin di kerajaan 4 ...
Dunia Adalah Jambatan Akhirat

Dunia Adalah Jambatan Akhirat

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 253 hits
Dunia Adalah Jambatan Akhirat Daripada Ibnu Umar radliallahu anhuma dia berkata Rasulullah SAW pernah memegang bahuku dan bersabda Jadilah kamu di dunia ini seolah olah orang asing atau seorang pengembara Ibnu Umar telah berkata Apabila kam...
Hiburan Menjaga Kamu Adalah Ucapan Engku Emran Buat Engku Aleesya Buat Netizen Sebak

Hiburan Menjaga Kamu Adalah Ucapan Engku Emran Buat Engku Aleesya Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 142 hits
Siapa tidak kenal ahli perniagaan yang juga suami kepada kakak Neelofa Noor Nabila Dia yang mula mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila berjaya menawan hati pelakon dan bekas ratu cantik Malaysia iaitu Erra Fazira Advertisement Bernikah ...
Senjata Politik Ph Bn Adalah Fitnah

Senjata Politik Ph Bn Adalah Fitnah

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 413 hits
Inilah sebabnya sejak menjadi PMX Anwar menyebarkan cerita bohong tentang kerajaan PN menyalahgunakan wang rakyat Cerita dongeng ini bermula dengan jumlah ajaib RM600 bilion kemudian turun kepada RM530 bilion dan jatuh menjunam kepada RM92 ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat