Wujudkan Stok Penimbal Industri Makanan Ayam Utusan Malaysia 19 10 2022


 

PETALING JAYA: Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan sis­tem stok penimbal dalam in­dustri makanan ayam bagi memastikan jaminan bekalan berterusan selain persediaan menghadapi sebarang situasi luar jangka angkara sabotaj kartel dan pihak berkepentingan.
Seperti sektor beras negara, mem­perkenalkan model yang sa­ma dalam industri ternakan ayam penting untuk memasti­kan kelangsungan bekalan makanan tersebut dan kawalan harga.
Antaranya menubuhkan sebuah badan bebas atau syarikat-syarikat yang dilantik untuk menguruskan bekalan stok makanan ternakan secara telus tanpa dipengaruhi pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam industri termasuk campur tangan kartel dan orang te­ngah.
Semalam, kekurangan bekalan ayam di beberapa negeri dan harga pembekal yang tinggi mempengaruhi kebanyakan peniaga untuk menaikkan harga antara RM9.50 kepada RM11 sekilogram, melepasi harga si­ling yang dihadkan kerajaan sebanyak RM9.40 sekilogram.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, wakil penternak kecil yang enggan namanya disiarkan berkata, sebagai pemain industri, mewujudkan badan yang berfungsi seperti stok penimbal beras negara akan membantu menstabilkan bekalan dan harga sumber protein tersebut.
Katanya, cadangan itu wajar disegerakan memandangkan bekalan ayam sering mengalami situasi tidak menentu disebabkan angkara pihak-pihak yang berkepentingan sehingga mendorong peniaga runcit tidak mempunyai pilihan untuk menaikkan harga di pasaran.
“Bagi kami sebagai pemain industri, cadangan itu memang perlu sebab sekiranya keadaan semasa ini tidak dibendung dengan pemerintahan, memang akan menyebabkan pihak-pihak lain terus mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri.
“Negara-negara lain pun yang pegang sebenarnya bukan pemerintah, tetapi sistem beraja sebab mereka menganggap bekalan makanan untuk rakyat adalah satu benda yang perlu dihormati dan dijaga,” katanya ketika dihubungi.
Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, ketika Deepavali bakal menjelang dan rakyat Malaysia sibuk dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kartel ayam dan telur pula sibuk mencatu bekalan ayam serta telur sehingga menimbulkan rungutan orang ramai mengenai kekurangan kedua-dua bahan mentah tersebut di pasaran.
Kejadian ini sama seperti mana dilaporkan akhbar pada Mei tahun lalu, sekumpulan kartel sekali lagi bermaharajalela untuk mengaut keuntungan, pemain-pemain industri juga menjangkakan menjelang Disember ini keadaan itu akan menjadi lebih teruk.
“Kami berjihad tetapi ada juga mengambil kesempatan, kami sedih sebenarnya. Kami menternak untuk bagi rakyat makan tetapi kita pula dikatakan sebagai ancaman pada negara,” jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dengan menubuhkan lembaga yang mengawal menyeluruh berkaitan industri ayam, ia akan memberi titik noktah kepada tindakan sabotaj yang dilakukan kartel ketika ini.
“Kita sudah sebut berulang kali, kami cadangkan penubuhan lembaga unggas untuk ayam, kalau nanas ada, tembakau ada tetapi kenapa ayam yang menjadi makanan utama untuk rakyat tiada?
“Kita asyik merujuk kepada kartel, jadi kita yang rugi. Memang sepatutnya ada sebuah badan mahupun lembaga yang menyempurnakan strategi kita untuk mengawal bekalan sumber makanan itu dan ia perlu bebas daripada campur tangan politik,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, perlu ada satu cara yang komprehensif untuk jangka masa panjang bukan hanya penyelesaian ‘dua minit’.
“Kenapa kita masih ada masalah berkaitan bekalan ayam dan bahan makanan lain, sampai hari ini agensi-agensi kerajaan tidak keluarkan satu kertas putih atas sebab sebenarnya kenapa negara masih ada masalah tersebut walaupun sudah tutup eksport.
“Kita perlu cari cara bagaimana kita boleh membantu golongan yang menjaga sekuriti makanan negara untuk meningkatkan penghasilan produktiviti. Libatkan semua pihak dari bawah ke atas untuk mencari jalan yang tulus,” jelasnya. 


Artikel oleh: Utusan Malaysia
WUJUDKAN STOK PENIMBAL INDUSTRI MAKANAN AYAM

https://www.utusan.com.my/berita/2022/10/wujudkan-stok-penimbal-industri-makanan-ayam/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/10/wujudkan-stok-penimbal-industri-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Status Halal Pastikan Bukan Sekadar Janji Manis Utusan Malaysia 11 10 2022

Status Halal Pastikan Bukan Sekadar Janji Manis Utusan Malaysia 11 10 2022

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA Badan pensijilan antarabangsa perlu mengukuh kan jaminan bahawa insiden da ging tidak halal yang terjadi sebelum ini tidak akan berulang bukan sekadar janji daripada Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc sahaja Penger...
Terkini Jawatan Kosong Di Jabatan Perangkaan Malaysia Tahun 2022 L Pengambilan Jawatan Segera

Terkini Jawatan Kosong Di Jabatan Perangkaan Malaysia Tahun 2022 L Pengambilan Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 308 hits
Terkini Jawatan Kosong Di Jabatan Perangkaan Malaysia Tahun 2022 l Pengambilan Jawatan Segera Makluman terbaru diterima pengambilan jawatan kosong di sebuah jabatan milik kerajaan Malaysia Permohonan boleh dibuat segera dengan merujuk kepad...
Subsidi Ayam Telur Diteruskan Hingga Disember 2022

Subsidi Ayam Telur Diteruskan Hingga Disember 2022

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 228 hits
PUTRAJAYA Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini pada kadar 80 sen sekilogram bagi ayam dan 8 sen sebiji bagi telur Menteri Pertanian dan Indus...
Bayaran Masuk Teksi E Panggilan Di Klia2 Tangguh Free Malaysia Today 23 10 2022

Bayaran Masuk Teksi E Panggilan Di Klia2 Tangguh Free Malaysia Today 23 10 2022

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 248 hits
PETALING JAYA Bayaran masuk RM2 dikenakan terhadap pemandu teksi dan e panggilan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 yang membangkitkan kebimbangan pengembara udara ditangguhkan Caj itu ditangguhkan sehingga perbincangan antara ...
Lee Jaewook Bakal Hadiri Acara Korea Fest 2022 Di Malaysia November Ini

Lee Jaewook Bakal Hadiri Acara Korea Fest 2022 Di Malaysia November Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 278 hits
Nampaknya akan ada seorang lagi selebriti Korea yang akan melawat Malaysia pada tahun ini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pelakon yang popular dengan drama Alchemy of Souls dan Extraordinary You iaitu Lee Jae wook telah diumumkan akan membuat pen...
Kopi Kenangan Kini Di Malaysia Cawangan Pertama Di Suria Klcc Beroperasi 18 Oktober 2022

Kopi Kenangan Kini Di Malaysia Cawangan Pertama Di Suria Klcc Beroperasi 18 Oktober 2022

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 529 hits
KOPI KENANGAN KINI DI MALAYSIA CAWANGAN PERTAMA DI SURIA KLCC BEROPERASI 18 OKTOBER 2022 Assalammualaikum semua Kopi kopi kopi oh kopi Tiada apa yang membahagiakan apabila dapar secawan kopi pada musim hujan di Kuala Lumpur Tahniah buat Kop...
Hari Sukan Negara 2022 Malaysia Tarikh Masa Dan Senarai Lokasi Sambutan Hsn2022

Hari Sukan Negara 2022 Malaysia Tarikh Masa Dan Senarai Lokasi Sambutan Hsn2022

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 289 hits
Hari Sukan Negara 2022 Malaysia diadakan pada hari Sabtu 8 Oktober 2022 secara serentak di seluruh negara Hari Sukan Negara diadakan pada bulan Oktober iaitu pada minggu kedua Pada tahun 2022 tarikh Hari Sukan Negara Malaysia 2022 berlansun...
Pilihan Raya Umum Ke 15 Malaysia 19 November 2022 Jom Mengundi

Pilihan Raya Umum Ke 15 Malaysia 19 November 2022 Jom Mengundi

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 280 hits
Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 telah diumumkan secara rasminya pada hari Sabtu 19 November 2022 Maka terjawablah persoalan tarikh PRU15 bila selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okto...
Malaysia Appointed Awgcc Chair For 2022 2025

Malaysia Appointed Awgcc Chair For 2022 2025

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 282 hits
Malaysia has been appointed as the chair for the Asean Working Group on Climate Change 2022 2025 The appointment was made at the 33rd Meeting of the Asean Senior Officials on Environment and Related Meetings held in Siem Reap Cambodia last ...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders