Menyusuri Sungai Melaka Sekeluarga Berjalan Kaki Bersiar Siar
assalamualaikum..
nak throwback kisah kami pada 6.1.2019 lalu. pagi Ahad yg sgt cantik
mr.asben da ajak kami merasa cendol Kg. Hulu. sememangnya da viral dah 2-3 minggu lepas cendol ni
ofismet, member skola saya, semua dah merasa makan cendol kat situ
hmmmmm apa lagi. kami suka hati la
seawal jam 11 pagi kami da kuar rumah tau. sebab da search google, opening hours nyer start at 12 pm
tempat da viral ni mesti ramai, kan. hari Ahad la plak tu
mudah saje nak cari tempat viral ni. berjumpa dahulu Masjid Kg. Hulu, di sebelah kanan jalan
lajak depan skit, akan nampak dgn jelas mural indah 👇👇👇 di sebelah kiri jalan. sila la masuk utk parking kereta, kalau tak penuh la parking lot 😅
tapi kami pada hari tu, tak parking di area 👆👆👆. kami parking jauh skit, berdekatan dgn Masjid Kg. Hulu
kami berjalan dari tempat parking kereta, menyusuri Sg Melaka ke kedai cendol
saje je bwk anak-anak meronda
menghabiskan hari Ahad dgn begitu sihat sekali, berjalan kaki 😄. Izzat memang excited lah sejak dari parking kereta
eh, mana Izzat? 😳
oh, tu hah. depan skali mengetuai rombongan cendol Kg. Hulu 😀.
namun... kami tidak dpt merasa cendol viral tu hari tu
kami tiba 5 minit nak kul 12 pm. tapi, semua meja da pun ada pelanggan duduk, reserved
yg beratur nak mendptkan cendol pun, dah ramai! panjang..
fikir-fikir dgn mr.asben, diskus... kami tangguhkan jer lah
tghari gini, nak menunggu... nak beratur dek kerana cendol semangkuk sorang, sgt tidak efisyen kot ekk
lagipun, tak la jauh sgt utk kami berulang dtg bwk anak-anak
kami angkat kaki, bergerak utk makan ke destinasi yg lain..
lokasi menarik utk makan Cendol Kg Hulu... tepi sungai.
gambar dari seberang sungai 😃.
Syuhada di sini...
mr.asben, kak Nurin dan Izzat di atas jambatan. nampak tak diorang bertiga? 😅
dari situ, kami berlima berjalan-jalan santai ke arah Jalan Bunga Raya
melalui jalan-jalan kecik di Kampung Jawa. releks releks..
byk dah perubahan kat sini kalau nak dibandingkan dgn zaman saya skola dulu kala
ni la antara kawasan yg saya & kawan-kawan selalu berjalan kaki. tuisyen.
bila dah abis blaja, bekerja kembali di Melaka, saya hanya melalui jalan besar. dari arah Jalan Munshi Abdullah ke Jalan Hang Tuah
melintasi jambatan dari pawagam Cathay yg lama ke Dewan Hang Tuah. terus nun ke UTC, ke Tesco, ke Jusco... atau terus nak ke Bachang nun
kali ni, berjalan kaki dari area seberang sungai, terus ke Jalan Bunga Raya
sel-sel saya terus berhubung dgn cepat peta Melaka laluan darat dan laluan sungai 😎
berceritalah dgn anak-anak tentang Melaka ni. keep throwing back kisah ibu kekecik hi hi hi..
settle kami berjalan-jalan, lunch di Jalan Bunga Raya, menjamah sorang semangkuk cendol, kami terus menuju ke arah Mahkota Parade.
atas permintaan kak Nurin, tak nak balik rumah katanya. "jalan-jalan la, nanti ptg Win nak kena balik asrama."
aduhai anak ku darling... ikutkan ajer la.
again, on the way ke Mahkota Parade, melintasi Lorong Hang Jebat, lorong bangunan merah yg bersejarah, throwback plak tempat keje lama si ibu sekitar tahun 2002 - 2003 😅.
oh, jatuh cinta sekali lagi dgn bandar Melaka.
saya tak dilahirkan di Melaka. tapi membesar, bersekolah, bekerja, berkahwin, menetap dan melahirkan 3 org anak di Melaka.
in shaa Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, usia tua nanti di Melaka juga 😌.
wah... rasa patriotik sungguhlah bila taip entri ni.
terasa syg giler kot kat Melaka 😆 ha ha ha ha... tanah tumpah darahku melahirkan anak-anak.
ok. takat tu jer ye entri patriotik saya.
nanti kembali lagi dgn entri patriotik lain hi hi hi hi....
👋👋
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/01/menyusuri-sungai-melaka-sekeluarga.html