Menyokong Khalid Menghargai Ayob




Shahril Abdul Kadir







Terjawab sudah teka teki yang sebenarnya bukanlah satu 'teka teki' pun - Datuk Seri Khalid Ismail sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru. Para petugas media menghidu nama Khalid bakal menerajui Bukit Aman bukan baru, cuma baru hari ini nama tersebut dinokhtahkan.


Kenapa saya katakan bukan 'teka teki', ini kerana nama Khalid tiba-tiba 'menenggelamkan' nama Tan Sri Ayob Khan untuk pusingan akhir mengisi kerusi KPN.


Khalid adalah orang lama dalam Cawangan Khas (SB). Berpuluh tahun dalam jabatan tersebut. Kelayakan akademiknya pun hebat. Ada diploma, ada ijazah sarjana muda, ada master.


Beliau juga pernah dihantar bertugas sehingga ke London. Dalam erti kata lain, atas kertas, tak nampak ada cacat cela anak jati Perak itu untuk sampai ke tahap ini.


Cuma maaf cakap, public belum dapat melihat kemampuannya hingga mampu 'mengetepikan' nama besar seperti Ayob yang memang jelas terbukti kemampuan dan kepimpinannya dalam pasukan.


Nama Ayob Khan cukup sinonim dengan keberaniannya ketika mengetuai unit anti keganasan di Bukit Aman. Namanya terus harum bila menjadi Ketua Polis Johor, malah dilihat 'lain macam' hingga sanggup memburu ketua penjenayah Datuk Nicky Liow sampai ke Lembah Kelang walaupun beliau dikritik kononnya 'langgar kawasan'.


Begitu juga ketegasan Ayob ketika menjadi Pengarah Narkotik, dengan pegawai anggota sendiri 'disapunya' jika mereka didapati bersekongkol dengan sindiket.


Semua ini rakyat tengok dan sudah tentu ramai yang tidak sabar-sabar untuk beliau menjadi KPN, apatah lagi ini adalah masa terbaik memandangkan beliau masih lagi ada cukup baki tahun perkhidmatan.


Namun 3.22 petang tadi menoktahkan Ayob hanya kekal di tempat lama dan Khalid yang menjadi pilihan.


Apa selepas ini?


Untuk berlaku adil pada Khalid juga, masyarakat kena memberi peluang padanya. Masih terlalu awal untuk menidakkan kemampuan beliau, berilah ruang untuknya menyusun atur dan memperkemaskan lagi pasukan yang berusia 218 tahun ini.


Sudah tentu perlantikannya juga BUKAN melalui proses yang 'biasa-biasa'. Ini bukan nak pilih bakal konstabel nak ke Pulapol, ini nak pilih orang nombor satu dalam PDRM.


Memandangkan pelantikan dah pun dibuat, ini bukan masa untuk mencari ruang lompong di tubuh Khalid, ini adalah ketika untuk semua pihak terutama mereka yang dalam PDRM untuk bersama beliau mengangkat kegemilangan pasukan ini.


Selepas ini Ayob boleh saja pilih jalan selesa, bersara awal contohnya kalau beliau mahu, tetapi pilihan itu tidak ada di tangan Khalid sekarang.


Baton sudah di tangan, kerja kena jalan.


Selamat bertugas Datuk Seri Khalid Ismail, terima kasih Tan Sri Ayob Khan!


SAK








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/menyokong-khalid-menghargai-ayob.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
New Igp Khalid Has A Mountain To Prove Critics Wrong He Could Fare Better Than People S Idol Ayob Khan

New Igp Khalid Has A Mountain To Prove Critics Wrong He Could Fare Better Than People S Idol Ayob Khan

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 299 hits
THERE seems to be so much politics surrounding the recent appointment of Datuk Seri Khalid Ismail as Malaysia s 15th Inspector General of Police This comes about as online debate rages as to why current Deputy IGP Datuk Seri Ayob Khan Mydin...
Penjelasan Rasmi Ali Batsyah Siapa Sebenarnya Jebat Derhaka

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat

Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri

Berang Parkir Diambil Lelaki Letupkan Motosikal Jiran

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Thief Never Becomes An Owner Kebenaran Yang Tak Mampu Dicuri

Hengheng989 27 December Hengheng989 Top 35 By Athena

Limau Bali Sunkist

The Hidden Advantages Of Ordering Bulk Socks With Logo For Your Business

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Belanjawan 2026 Bukti Tindakan Berani Hala Tuju Jelas Berpaksikan Rakyat Fahmi Fadzil