Menyingkap Rahsia Usahawan Yang Kekal Bertahan Dalam Bisnes Di Musim Covid Melanda
Assalamualaikum. Hai!
Sejak duk rebranding balik bisnes online CikSha sendiri ni, memang rajin betul CikSha join macam-macam seminar dan kelas bisnes. Dari sifu glemer sampai la ke sifu yang underground. Yang percuma, yang kena bayar puluh-puluh ringgit, CikSha pulun je join. Macam tamak je kan? Sebenarnya CikSha nak cari kekuatan dan semangat untuk jalankan bisnes online CikSha semula. Lepas tu nak study strategi yang boleh naikkan balik bisnes online CikSha yang lama tenggelam tu.
Alhamdulillah. Banyak ilmu CikSha dapat dari seminar dan kelas marketing yang CikSha sertai. Tinggal nak buat tindakan je. Ilmu tanpa tindakan memang takkan ada hasilnya kan? Jadi CikSha dah mula melangkah setapak demi setapak untuk running semula Kiosk Gojes. Semoga Allah izinkan CikSha dapat buat dengan konsisten. Korang doakan CikSha tau.
Walaupun dah dapat macam-macam ilmu bisnes, CikSha masih tak jemu lagi untuk terus cari ilmu. Seronok tau sebenarnya bila masuk seminar dan kelas ilmu bisnes ni. Dapat sentiasa refresh diri dan bakar semangat. Dapat belajar teknik-teknik marketing terkini yang proven untuk kita adaptasi. Best. Sebab tu nanti CikSha nak join lagi seminar anjuran RichWorks. Macam ketagih pulak. Hihi.
Kali ni nak join Seminar Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya sebab nak dapatkan motivasi pulak. Nak tahu rahsia kejayaan usahawan-usahawan hebat bawah bimbingan Dr. Azizan Osman, Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 di Asia. Macam mana dorang boleh bangkit dan sustain dalam bisnes di musim covid ni. Inspirasi yang dicari-cari. Nak tahu sangat. Sebab banyak bisnes yang down, tapi dorang dapat sustain malah income masyuk pulak tu. Mana tahu boleh jadi motivasi untuk diri ini yang selalu kelemasan dan sendu.
Terinspirasi dengan Usahawan Jajja Chinta
Sebenarnya CikSha teringin nak join Seminar Titan Summit 2021 sebab terinspirasi dengan usahawan Jajja Chinta yang based kat Terengganu ni. Baru CikSha tahu rupanya beliau anak didik Dr. Azizan Osman juga. So, nak tahu la serba sikit macam mana beliau bangkit majukan bisnes musim-musim covid ni.
Dari pembacaan CikSha, owner Jajja Chinta, Puan Siti Hajar Elyana Muda dah mula bisnes pada tahun 2013 lagi. Buka sebuah salon kecantikan rambut dan spa. Bisnes pada awalnya slow. Takda ilmu bisnes yang betul. Takda kemahiran leadership. Pernah ditipu supplier. Tak pandai manage staf dan team sampai bisnes merundum.
Tapi bila beliau cari ilmu bisnes dan berada di bawah bimbingan DWDAO, makin melonjak bisnes beliau. Dari tahun 2015 beliau mula menuntut ilmu dengan Richworks, sikit demi sikit bisnes beliau naik. Musim pandemik ni pun makin rancak bisnes walaupun kedai dah tutup dan fokus 100% online dengan pasarkan produk rawatan rambut je. Wow! Sesuatu yang mengkagumkan tu.
Antara outlet Jajja Chinta yang telah ditutup sepenuhnya sebab sekarang fokus online 100% dengan jualan produk penjagaan rambut
Mesti ada rahsia lain selain beliau dapat mentorship dengan DWDAO kan? Haaa, yang tu la yang CikSha nak tahu tu. So, memang wajib la join seminar Titan Summit 2021 nanti. Bukan senang nak dapat perkongsian dari usahawan yang dah berjaya ni. Mahai tuuu.
Setahu CikSha, anak didik DWDAO yang kategori Titan ni bukan calang-calang. Yuran depa nak dapatkan mentorship one to one dengan DWDAO pun bukan biasher-biasher okay. Tapi sebab misi depa nak bantu usahawan lain bangkit untuk berjaya, depa sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman secara percuma.
100 Usahawan Jutawan Anak Didik Richworks dalam Seminar Titan Summit 2021 - Satu Misi Bantu The Nation
Lagipun, dengar katanya ada 100 usahawan jutawan bimbingan Richworks yang akan berkongsi pengalaman dan ilmu dalam seminar tu termasuk Jajja Chinta. Mostly usahawan dari bisnes yang kita pun kenal dan biasa dengar. Semua glemer tau.
CikSha pun bila dapat tahu senarai usahawan yang akan berkongsi tu pun macam 'Wow! Anak didik Richworks rupanya depa ni. Padan la hebat'. Haaa, cenggitu sekali punya terkejut. Hihi. Sebab pernah collaborate dengan beberapa usahawan tu buat artikel review berbayar kat blog ni.
Yang CikSha pasti, usahawan yang turut serta untuk berkongsi dalam seminar Titan Summit 2021 ni datang dari pelbagai cabang bisnes. Antaranya kecantikan, makanan dan perkhidmatan. Dan bukan sekadar founder yang akan berkongsi kisah kejayaan dorang, yang level stokis atau agen cuma niagakan produk usahawan lain pun ada jugak tau.
Uishhh.. Menarik sangat ni kalau dapat sedut aura dari usahawan jutawan yang berjaya ni semua kan? Boleh jadikan pembakar semangat untuk naikkan bisnes CikSha tu. Rugi kalau CikSha tak join dan dengar sendiri dari dorang. Dah la PERCUMA je seminar ni. 100% ditaja oleh Richworks.
Korang pun kalau ada buat bisnes, mai la join sama. Klik je gambar kat bawah ni tau! Jom sama-sama kita bangkit dan jadi usahawan yang berjaya jugak. Dapat bagi manfaat kat orang lain macam usahawan jutawan Richworks dalam seminar Titan Summit 2021. Jom!
KLIK UNTUK SERTAI SEMINAR TITAN SUMMIT 2021
Bisik-bisik :: I need motivation. Gituhh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shahadafauzi.com/2021/09/menyingkap-rahsia-usahawan-yang-kekal.html