5 Bisnes Online Paling Ramai Buat Sepanjang Musim Pkp
5 bisnes online paling ramai buat sepanjang musim PKP | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sepanjang musim PKP melanda Malaysia, memang ramai yang terkesan. Ada yang di tidak boleh bekerja, gaji di bayar separuh malah diberhentikan kerja pun ramai. Namun, disebalik apa yang terjadi, banyak juga hikmahnya antaranya adalah dah ramai yang mula berniaga secara online. Banyak sebenarnya bisnes yang kita tak pernah jumpa pun sebelum ini tapi dah mula kelihatan sepanjang musim PKP ini.
Kalau sebelum ini, bila bercerita pasal bisnes online, yang biasa kita nampak, orang meniaga pakaian, beg, makanan atau makanan tambahan. Tapi sepanjang musim PKP ni, dah mula nampak orang meniaga kereta, sportrim kereta, rumah, superbike, sampailah kepada menjual barang-barang basah seperti ikan, sotong, udang dan macam-macam lagi.
Kalau kereta, motosikal dan aksesori lain tu, aku macam oklah, boleh dibuat penghantaran. Cumanya aku terfikir kalau ikan, sotong atau udang tu, kalau yang berniaga di Kuala Lumpur, yang nak beli tinggal di johor, agak mencabar juga la kan? Tapi kalau mereka nak juga beli, tiada masalah pun, hak masing-masing kan? Cuma kalau aku, baik aku sendiri ke pasar basah. Boleh pilih-pilih sendiri. Hehehe.
Apa pun, tiada yang salah pun dengan apa sahaja yang kita nak buat. Asalkan benda tu tak salah dan boleh jadi pendapatan pada kita sekeluarga. Asal barang jadi duit kata orang. Di mana ada usaha, pasti ada ganjarannya buat kita semua.
5 bisnes online paling ramai buat sepanjang musim PKP
Baiklah, aku nak kongsikan beberapa idea yang aku lihat dan boleh dijadikan bisnes permulaan buat mereka yang baru nak berjinak dengan bisnes online ni. Bisnes ini aku rasakan banyak permintaan. Mahu tidak mahu sahaja kita nak buat. Kita buat kita dapat, tak buat, tak siapa rugi. Orait?
#1. Bisnes pakaian secara online. Bercerita pasal bisnes pakaian secara online ni, rasanya ramai pun dah tahu. Ada yang jual tudung, ada yang jual baju, seluar dan pelbagai lagi. Namun apa yang menarik perhatian aku adalah baju-baju bundle.
Banyak sebenarnya aku tengok peniaga jual baju bundle ni. Daripada harga yang biasa-biasa hinggalah yang luar biasa. Daripada jenama yang biasa kepada luar biasa. Pernah sekali aku tengok, orang meniaga baju bundle sehelai RM800-RM900 (ada yang lebih mahal daripada ini).
Jadinya, kalau korang nak mula berniaga, apa kata korang mula berniaga baju bundle. Korang boleh pilih samada nak beli secara pukal (beli guni bundle) atau boleh sahaja jadi reseller. Beli baju kemudian jual semula.
Kalau modal tak besar, boleh sahaja bermula sebagai reseller. Sikit-sikit lama-lama banyaklah modal tu nanti kan.
#2. Bisnes kasut secara online. Bisnes kedua yang aku kerap lihat adalah jual kasut secara online. Daripada sekecil-kecil usia (aku pernah jumpa budak sekolah rendah kalau tak silap jual kasut online) sehinggalah kepada otai-otai. Dan kes ini sama macam yang pertama tadi. Ada yang jual kasut baru dan kasut bundle.
Kalau aku, aku suka kasut bundle. Sebab dekat bundle ni kita boleh jumpa macam-macam kasut rare dengan harga yang munasabah. Kalau kasut baru, susah jumpa pulak, tahu-tahulah harganya berapa kan?
Kasut ni pun korang boleh beli secara pukal (guni kasut) atau secara satu-satu. Macam aku, aku beli kasut yang aku minat je. Aku buat koleksi kemudian aku jual balik. Untung tak banyak lah. Biasa aku ambil sepasang kasut untung dalam RM10-RM20. Tapi macam biasalah, biar ada untung dari terus rugi. Kan?
#3. Bisnes beg secara online. Selain baju dan kasut, ramai sebenarnya peniaga yang jual beg secara online. Ini samada beg copy ori, beg premium hinggalah kepada beg original. Tapi kalau dah nama original, rasanya semua pun tahulah harganya macamana kan? Berdentum pergi dia! Hahaha.
Beg bundle original pun harga tak mahu kalah! Ada yang RM900 sampailah ke RM2000. Biasanya harga macam ini, jenis-jenis beg prelove. Tapi aku suka panggil beg bundle je.
Ini pun salah satu bisnes online yang korang boleh buat untuk jana pendapatan korang.
#4. Bisnes tudung secara online. Ini khas untuk orang perempuan. Orang lelaki pun ramai je aku nampak dah mula jual tudung secara online ni. Ikut lah asalkan naluri mereka masih lelaki, hehehe. Ha! Jual tudung secara online. Korang boleh beli secara pukal kemudian jual secara online.
Tapi tudung ni tak adalah yang bundle, semua tudung baru. Jadinya tiada masalah buat mereka yang cerewet.
#5. Jual apa sahaja secara online. Dan yang terakhir aku nak kongsikan dengan korang adalah, korang boleh jual apa sahaja korang nak jual secara online. Apa sahaja sebab aku pernah tengok orang jual pokok bunga secara online. Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi sebenarnya yang kadang tu, macam tak percaya pun ada yang jual secara online.
Jadinya tengok balik apa yang korang minat dan apa yang korang boleh jual. Sediakan platform yang betul untuk mula berniaga dan terus jual! Jangan ambil masa yang lama untuk berfikir. Jalan terus! Selagi mana kita berusaha, pasti ada habuan untuk kita. Ok!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/09/5-bisnes-online-paling-ramai-buat.html