Selangor Kekal Catat Kematian Tertinggi Akibat Covid 19 Semalam


AGENDA DAILY
Pecahan kes kematian mengikut negeri pada 20 September 2021. - Sumber KKM
Seramai 301 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, turun 75 kes berbanding 376 kematian yang direkodkan dalam tempoh sama pada Ahad, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi perkongsian dalam laman web COVIDNOW, KKM memaklumkan jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sejak awal tahun lalu mencapai 23,744 kes.
Jumlah kematian semalam termasuk 92 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau brought in death (BID). Keseluruhannya 4,564 kes BID dilaporkan setakat ini.
Tiga negeri mencatatkan peningkatan kes iaitu Johor sebanyak 52 kematian semalam, berbanding 43 kes pada Ahad; Perak (15 kes semalam, 8 kes Ahad); dan Perlis (satu kes semalam, sifar kematian pada Ahad).
Jumlah kematian di Selangor, walaupun merekodkan penurunan daripada 148 kes pada Ahad kepada 130 kes semalam, namun negeri itu kekal mencatat bilangan tertinggi di seluruh negara.
Kes aktif
Sementara itu, statistik KKM juga menunjukkan sehingga semalam kes aktif terus turun kepada 207,698, berbanding 210,468 pada Ahad dan 219,359 (Sabtu).
Daripada jumlah kes aktif itu, 172,648 atau 83.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah; 22,575 atau 10.9 peratus dirawat di PKRC, 11,321 atau 5.5 peratus di hospital; dan 1,154 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 633 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, daripada jumlah pesakit yang dirawat di hospital, Johor merekodkan jumlah tertinggi membabitkan 2,072 kes; Selangor (1,826 kes); Sabah (1,244 kes); Sarawak (944 kes); Kelantan (889 kes); dan Perak (835 kes).
Kedah mencatat 736 kes yang dirawat di hospital seluruh negeri itu diikuti Pulau Pinang (707 kes); Pahang (488 kes); Kuala Lumpur (443 kes); Terengganu (341 kes); Melaka (288 kes); Negeri Sembilan (256 kes); Perlis (164 kes); Putrajaya (79 kes); dan Labuan (sembilan kes).
Sebelum ini, KKM melaporkan semalam sahaja 14,345 jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 2,107,433 kes, namun 1,880,733 kes telah sembuh.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)
Sejak PICK dilancarkan Februari lalu sehingga semalam, 78.8 peratus atau 18,453,322 individu dewasa telah lengkap divaksin sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.
Data juga menunjukkan 93.2 peratus atau 22,001,266 individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19
Semalam sahaja sebanyak 219,081 dos vaksin diberikan membabitkan 60,773 penerima dos pertama dan 158,308 penerima melengkapkan dos kedua.
Secara keseluruhannya sejak PICK dilancarkan sehingga semalam lebih 40.37 juta dos vaksin Covid-19 diberikan kepada penduduk negara ini.
Sementara itu, data KKM juga menunjukkan sehingga 19 September 2021, 46.1 peratus daripada vaksin yang diberikan di Malaysia membabitkan jenama Pfizer; Sinovac (45.7 peratus); AstraZeneca (8.0 peratus); dan CanSino (0.2 peratus).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/selangor-kekal-catat-kematian-tertinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Kematian Meningkat Selangor Kekal Tertinggi

Covid 19 Kematian Meningkat Selangor Kekal Tertinggi

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 196 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 463 pesakit Covid 19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam Jumlah ini termasuk kes kematian tertunggak yang hanya disahkan semalam Berdasarkan pangkalan maklumat COVIDNOW jumlah kumulatif kema...
Rentasan 974 Panas Kedudukan Sebenar Kematian Akibat Covid 19 Bid

Rentasan 974 Panas Kedudukan Sebenar Kematian Akibat Covid 19 Bid

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 206 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9741 GHANIMAH APA YANG PH DAPAT DARIPADA TABUNG HAJI 2 BANGUNNYA FITNAH YANG TIDUR 3 LANTIK MAHIADDIN PENGERUSI MPN SALAH 4 HUJAN PANAS DI SPRM
Angka Kematian Covid 19 Semalam Hanya 100 Selebihnya Tunggakan Data

Angka Kematian Covid 19 Semalam Hanya 100 Selebihnya Tunggakan Data

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 280 hits
Jumlah kematian sebenar dari 592 yang dilaporkan semalam adalah 100 sementara selebihnya adalah daripada tunggakan data Bilangan kematian 592 itu adalah bilangan pelaporan yang termasuk backlog Bilangan kematian mengikut tarikh sebenar iala...
Covid 19 Tujuh Negeri Wp Rekod Sifar Kematian Semalam

Covid 19 Tujuh Negeri Wp Rekod Sifar Kematian Semalam

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 164 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes kematian mengikut negeri pada 23 September 2021 Sumber KKM Tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Perlis Pahang Negeri Sembilan Johor Labuan Putrajaya dan Terengganu mencatat sifar kematian dalam tempoh 24 jam semalam...
Kematian Akibat Covid 19 Melambung Tujuh Kali Ganda

Kematian Akibat Covid 19 Melambung Tujuh Kali Ganda

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 202 hits
Oleh FAZLI RADZI September 19 2021Pakar perubatan di Hospital Pakar KPJ Damasara Dr Musa Mohd Nordin memberitahu kematian akibat jangkitan Covid 19 melambung tujuh kali ganda berbanding tahun lalu Menerusi satu siri Twitternya hari ini beli...
Covid 19 15 549 Kes Baharu Sarawak Kekal Tertinggi

Covid 19 15 549 Kes Baharu Sarawak Kekal Tertinggi

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 203 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Kes Harian Covid 19 jatuh ke 15 549 Sarawak mendahului dan Johor mengejar SHAH ALAM Jumlah kes baharu Covid 19 mencatatkan penurunan kepada 15 549 kes dalam tempoh 24 jam lepas berban...
228 Kes Kematian Akibat Covid 19

228 Kes Kematian Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 249 hits
Foto dirakamkan 20 September 2021 menunjukkan pengamal perubatan swasta memeriksa sampel ujian saringan COVID 19 penumpang yang tiba di Pusat Saringan Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Foto NSTP Mohd Fadli Hamzah PUTRAJAY...
Jawa Timur Sumbang Kasus Kematian Covid 19 Tertinggi 11 September 2021

Jawa Timur Sumbang Kasus Kematian Covid 19 Tertinggi 11 September 2021

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 185 hits
Daerah dengan kasus kematian harian tertinggi berikutnya adalah Jawa Tengah dengan angka kematian sebesar 31 kasus Aceh 25 kasus serta DKI Jakarta 20 kasus
14 990 Kes Covid 19 Selangor Kembali Tertinggi

14 990 Kes Covid 19 Selangor Kembali Tertinggi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 193 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 14 990 kes baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2 142 924 kes setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik