Menu Rendang Daging


Assalamualaikum semua.

Orang nogori, haaa moh doreh kito masak rondang harini. Rondang daging, ayam atau itik. Kacau dodol, penganan. Bakar lomang paneh-paneh! Hari Mantai, sangat sinonim dengan orang nogori. Hari Mantai, apa istimewanya Mantai pada kami anak nogori?


Apa itu Hari Mantai atau Mogang

Selamat kembali anak perantau ke negeri beradat - Negeri Sembilan

Mantai Wei!

“Jika pasangan anda merupakan anak jati Negeri Sembilan dan tiba-tiba menyuarakan permintaan untuk pulang ke kampung sehari sebelum Ramadan, cubalah penuhi permintaan itu. Ia bukan permintaan biasa-biasa. Pasangan anda sedang mengingati sesuatu yang istimewa pada zaman kecilnya. Dia rindu dengan jeritan - mantai... mantai.

Ini cerita "kami" tentang Mantai.

"Mantai" pada orang Negeri Sembilan merupakan adat yang cukup istimewa. Ia berlaku sehari sebelum Ramadan. Pada kebiasaannya, semua seisi keluarga kami akan berkumpul dan melaksanakan aktiviti bersama dalam persediaan menyambut Ramadan keesokkan hari.Biasanya pada hari Mantai, awal pagi lagi sudah kecoh seisi rumah kami. Daging atau tulang lembu harus didapatkan segera. Kalau dapat temusu, perut atau ekor lembu bagus juga. Jangan terperanjat jika ada keluarga yang menyembelih lembu awal pagi seolah-olah esok hari raya. Ada juga keluarga kami yang memilih untuk menyembelih beberapa ekor ayam kampung. Ibu akan jadi ketua untuk menentukan masakan. Habislah kelapa dipanjat untuk didapatkan santan. Pokok cili kami akan togel hari tersebut. Maklumlah, jika tiada cili apalah makna masakan kami.

Jika rezeki baik adalah nangka muda yang boleh dibuat gulai atau belimbing buluh jadi pilihan. Jika tidak umbut kelapa kami gunakan. Mungkin juga rebung atau jantung pisang. Daun-daun kayu kami kumpul. Kami dapatkan pucuk ubi, pucuk kacang, daun kunyit, daun kaduk dan pucuk labu serta petai. Ibu kami masak semua daun-daun itu bersama tempoyak dan magiknya ia jadi sambal tempoyak daun kayu yang sangat kami sukai.

Mantai di sisi adat kami memang begitu. Kami menyediakan makanan yang istimewa. Lemang harus dibakar, dodol mesti dikacau. Jika musim durian tiba, dodol durianlah kami tahun itu. Rendang ayam atau daging pasti tidak dilupa. Nasi seperiuk godang harus ditanak. Anak-anak kecil akan ditugas membersihkan rumah. Dari ruang tamu hingga ke halaman. Malah ada yang sudah menyediakan pelita keliling rumah. Ia bagai pesta menyambut Ramadan.

Tidak dilupakan pada yang telah pergi. Kami akan ke kubur. Sedekahkan Al-Fatihah pada ahli keluarga yang pergi lebih dahulu. Dalam masa itu juga kubur akan kami bersihkan sebaiknya. Buat persediaan raya nanti bila saudara mara yang jauh datang bertandang. Dapatlah mereka lihat bahawa kubur ahli keluarga bersih dan terjaga. Pada kami, jika kubur bersih, tanda ingatan kasih sayang kami pada yang pergi tetap sama dan tidak berubah.

Hari ini juga kami sempatlah bertemu kawan-kawan yang lama sudah tidak ketemu. Ada masa terluang, sempat kami bersama ronda satu kampung menaiki motor lama ayah. Kami ke sekolah lama, atau mungkin ke sungai tempat mandi manda dulu atau mungkin ke lokasi rahsia kami kecil kecil dahulu. Bagi yang sedikit nakal, buluh kami cari. Tak lama selepas itu, berdentumlah meriam buluh kabait kami.

Kemuncaknya Mantai pastilah makan bersama. Makan bersila dalam bulatan besar sangat menyelerakan. Berpeluh peluh dek tiada kipas waktu itu ditambah masakan ibu yang pastinya pedas. Malam bersedialah kami untuk ke Masjid untuk Terawih yang pertama. Makanan yang dimasak dari awal pagi akan dibawa bersama. Ia jadi hidangan bersama seisi kariah nanti.

Dapatlah berkongsi rasa dan cerita sepanjang malam. Yang pandai mengaji, berlagulah masjid kami dengan bacaan Al Quran mengisi malam Ramadan yang syahdu. Kadang kala bacaan Al Quran berlagu bersama dentuman perang meriam buluh yang tidak selesai. Sahur esoknya, makanan tadi juga akan dihidang. Hanya mungkin ada tambahan. "Mano datang pulak rondang itik podeh ni?". Ia biasa pada kami kerana hidangan jiran juga akan sampai ke dapur kami. Itulah Mantai pada kami.

Benar bahawa Mantai zaman ini sudah tidak sama lagi. Tapi kami harus juga balik mengadap rumah usang itu. Mengadap kubur yang sunyi itu. Mengadap wajah ibu dan ayah yang makin di mamah usia itu. Kami masih mahu mengadap tok guru mengaji Al Quran atau jiran tua yang kami anggap saudara. Malah kami sangat senang mengadap pokok durian, rambutan atau mangga sambil tersenyum. Pasti ada kenangan zaman kecil yang istimewa.

Kami masih mahu pulang di hari Mantai walaupun ia sudah tidak semeriah dulu. Mungkin yang kami cintai sudah tiada lagi atau mungkin seisi keluarga tidak lagi dapat berkumpul bagai zaman kecil kami. Tetapi kami tetap mahu pulang ke kampung walaupun Mantai itu tidak sama lagi. Kerana apa? Kerana kami mahu mengenang zaman kecil yang nostalgik itu. Ia mungkin tidak ada apa apa makna pada orang lain. Pada kami - anak jati Negeri Sembilan - 'Mantai' itu terlalu istimewa.”

Nukilan daripada,
FB Syirfan Indra
Anak Jati Negeri Sembilan



Jadi itulah serba sedikit kisah “Mantai” orang nogori. Sementara di rumah aku tadi, pagi-pagi lagi dah sibuk nak siapkan rendang daging. Belum sempat lagi rendang siap, dah ada jiran sekampung yang hantarkan 2 batang lemang bersama rendang ayam pula. Hari Mantai itu masih terasa di sini, namun kemeriahannya mungkin tidak sama seperti dahulu kala. Apa pun bersyukur Ramadhan kali ini aku dapat meluangkannya bersama keluarga setelah 6 tahun lamanya tak dapat sambut Ramadhan penuh di rumah. In shaa Allah, selamat datang bulan mulia Ramadhan Kareem. Kedatanganmu ditunggu!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://yea-slmn.blogspot.com/2019/05/menu-rendang-daging-hari-mantai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lemang Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini

Lemang Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 873 hits
Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini Bila nak dekat raya ni ada je menu lemang ketupat rendang daging dan serunding bermain main di kepala otak Bukannya tak boleh tunggu time raya nanti tetapi banyak benor khemah jual b...
Rendang Daging Berempah

Rendang Daging Berempah

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 609 hits
Untuk menu raya kali ini saya menyediakan rendang daging Saya suka memasak rendang kerana sangat senang tak perlu nak kacau kacau dan jaga api sangat Sebab memang nak dikeringkan pun Lagi pulak kalau beli bolehlah tahan mahalnya RM100 sekil...
Rendang Daging 1st Timer

Rendang Daging 1st Timer

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 380 hits
Selamat hari raya Aidilfitri buat semua semoga raya tahun nie korang dapat beraya dengan family tercinta Aku beraya ala kadar ja sebab kesihatan x berapa sihat family pun dah xda so mood raya pun on off ja Tapi oleh kerana ada sorang hamba ...
Rendang Daging Mudah Dan Sedap Senang Di Masak Hanya Guna Perencah Rendang Adabi

Rendang Daging Mudah Dan Sedap Senang Di Masak Hanya Guna Perencah Rendang Adabi

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 535 hits
Rendang Daging Mudah Dan Sedap Senang Di Masak Hanya Guna Perencah Rendang Adabi Salam semua orang lain dah mula buat entri cerita raya dah Ni pun tak tahu nak mula dari mana Raya tahun ni 2 beradik beraya di perantauan tak balik Amboi kema...
Rendang Ayam Sedap Dan Tahan Lama

Rendang Ayam Sedap Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 501 hits
Oleh kerana beberapa hari lagi nak beraya kita nak share resepi ulangan iaitu rendang ayam Beberapa hari lagi pasti ramai akan mula ke dapur untuk merendang Seperti bisa kita masuk dulu bab tazkirah Tazkirah akhir bulan Ramadhan tahun ini d...
Demi Kesehatan Hindari Konsumsi Sushi Dengan Daging Ikan Mentah

Demi Kesehatan Hindari Konsumsi Sushi Dengan Daging Ikan Mentah

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 195 hits
Sushi terutama dengan bahan bakar ikan merupakan salah satu makanan yang kini jadi favorit banyak orang Namun sayangnya konsumsi makanan mentah seperti ini bisa menyebabkan masalah kesehatan
Pemkab Karanganyar Akan Tutup Semua Warung Jual Daging Anjing

Pemkab Karanganyar Akan Tutup Semua Warung Jual Daging Anjing

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 244 hits
Pernyataan bupati tersebut juga disampaikan usai kunjungan Komunitas Animal Friends yang merupakan anggota Komunitas Dog Meat Free Indonesia belum lama ini
Kementan Klaim Usai Lebaran 2019 Harga Daging Ayam Ras Stabil

Kementan Klaim Usai Lebaran 2019 Harga Daging Ayam Ras Stabil

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 207 hits
Kementerian Pertanian mencatat pasokan dan harga pangan pokok asal hewan khususnya daging ayam selama puasa dan libur Lebaran 2019 stabil dan terkendali Berdasarkan perhitungan perkiraan kebutuhan daging ayam pada bulan Mei dan Juni 2019 se...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions