Rendang Daging Mudah Dan Sedap Senang Di Masak Hanya Guna Perencah Rendang Adabi


Rendang Daging Mudah Dan Sedap, Senang Di Masak Hanya Guna Perencah Rendang Adabi || Salam semua, orang lain dah mula buat entri cerita raya dah. Ni pun tak tahu nak mula dari mana.



Raya tahun ni, 2 beradik beraya di perantauan tak balik. Amboi kemain cakap beraya di perantauan. :D.

Padahal kat Johor jerr, boleh lah cakap di perantauan kan. Jadinya mood raya tu bersederhana jerr lah. Untuk menu first raya dah buat menu untuk sate dan kuah kacang, memang tak buat banyak sebab hari pertama memang kami nak pergi open house rumah saudara mara.

Nak masak rendang daging ni pun tak terfikir langsung pun, 2 hari nak raya baru terfikir rasa nak masak rendang daging makan dengan nasi impit. Sebab tekak teringin nak makan.

Jadi, bila dah tekak teringin sangat,rasa macam nak guna perencah rendang segera dari Adabi. Tak pernah nak masak lagi guna perencah ni. Al kisah 2 hari nak raya pergi cari pes rendang Adabi di Mydin, kecewa sebab stok dah habis.

Last pergi kat Nirwana mall sebelah nasib baik dekat, beli lah 2 paket tapi yang gunanya sepeket sahaja.

Kenapa guna sepeket ? Sebab tak buat banyak dalam 1kg pun daging, jadi lah untuk sarapan pagi raya.  Kita ada tambah bahan kisar sendiri, kiranya guna pes rendang tu sebagai tambahan sahaja.


Perencah Rendang Segera Adabi

Kita kurang alert sikit, pes rendang apa yang tengah trending dalam dunia masak - masak ni. Bila dengar ada perencah rendang segera Adabi mulalah rasa nak cuba. Sedap ke tidak ? Selama ini guna bahan kisar sendiri jerr, bila guna perencah rendang Adabi, not bad rasanya sedap jugak.

Buka tu dah bau semerbak pes rendang. Untuk pes ini dah siap ada kerisik dalam tu. Dah siap tumis masak. Tapi ada letak tambahan kerisik jugak masa masak. Lain kali memang next time, beli jer yang sepaket dah siap macam ini, senang. Bukan saja mudahkan kerja masak tapi tak renyah nak blend dan tumis bagai kan.

Produk Adabi ni dah banyak keluaran produk baru, ada jugak yang masih tak tercuba lagi. Buat korang yang terasa nak masak cepat dan mudah, jom guna perencah rendang segera Adabi. Adoi lupa pulak harga sepaket berapa. Tapi ok lah sedap pun rendang daging. Semua orang puji sedap jugak rendang daging padahal guna pes rendang segera :D.

Ada pes segera macam ni, tak kira musim raya tak raya ke, orang dah mampu masak secepat kilat nak buat rendang

Tambahan bahan kisar sendiri 

Disebabkan tak sampai sekilo pun daging, dan guna hanya sepaket, blend jugak lah bahan kisar untuk tambahan. Kalau korang tak nak rasa jimat boleh jerr guna 2 paket. Entah kenapa nak terasa berjimat. :D.

Nak masak, kalau ada pressure cooker tu senang, bahan kisar tumis terlebih dahulu, baru masukkan pes rendang Adabi. Kemudian, masukkan ke semua bahan lain, tekan - tekan dah siap. Mudah sungguh nak masak rendang sekarang ni.

Masih lagi di mood Syawal ni, jom lah masak rendang daging. Rendang ni biasalah lagi lama lagi sedap, memang rasa dah sebati. Terbayang pulak makan dengan nasi impit. Korang nak resepi ke, resepi untuk bahan tambahan jerr. hii. Kalau nak masukkan bahan kisar jer, tak nak masukkan tak apa guna jerr pes rendang yang dah siap, tak payah pening nak keluarkan blender kan.

Kita, kalau masak memang alert sikit bab santan, jadi, jangan persoalkan kenapa santan sikit, hii sebab nak didihkan tu bagi cepat kering dan pekat. korang nak letak santan banyak letak la banyak ya. :) Lagipun nak jaga kesihatan abah kita yang kurang sikit santan - santan ni.

Sudi -sudi lah tonton video di bawah ya. Kemain gigih malam raya shoot video rendang :D.



Rendang Daging Mudah Dan Sedap, Senang Di Masak Hanya Guna Perencah Rendang Adabi
Bahan utama 
650 gm daging dihiris sederhana tebal150 ml santan 150 ml santan 1 paket perencah rendang Adabi2 keping asam keping2 helai daun kunyit dihiris1/2 keret gula melaka Garam secukup rasa 3 sudu besar kerisik ditumbuk 
* santan ada 2 kali,  sebab letak 2 peringkat 
Bahan - bahan dikisar 
3 hiris lengkuas 4 batang serai 5 tangkai lada kering 

Cara - cara 1. Untuk pressure cooker noxxa, masukkan sedikit minyak tekan stir fry dan tekan on
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik minyak
3. Kemudian, masukkan perencah rendang dan kacau sebati
4. Offkan, kemudian masukkan daging dan kacau lagi hingga sebati
5. Masukkan asam keping, gula melaka, garam secukup rasa dan santan 150 ml
6. Tekan HP 25 minit dan tekan on, tunggu selepas bunyi beep dah siap masak, pastikan off kan. 7. Masukkan daun kunyit, kerisik dan santan 150 ml. Kemudian tekan stir fry dan didihkan sampai pekat
8. Dah siap boleh dihidangkan bersama dengan nasi impit. 
Baca sini >>> Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh, Senang, Cepat Dan Jimat Masa Baca sini >>> 20 Resepi Noxxa Yang Sangat Mudah, Cepat Dan Jimat Masa Untuk Tahun 2019 IniBaca sini >>> Cara Masak Pulut Bersantan Noxxa








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/06/rendang-daging-mudah-dan-sedap-senang-dimasak-hanya-guna-perencah-rendang-adabi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh Senang Cepat Dan Jimat Masa

Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh Senang Cepat Dan Jimat Masa

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 1102 hits
Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh Senang Cepat Dan Jimat Masa Salam semua salam 2 Syawal Alhamdulillah hari pertama Syawal hujan pun turun semalam Hari ini pun petang tu hujan turun sejuk la sikit bumi nak pergi beraya pun Ikutk...
Biskut Raya Sihat Tanpa Gula Garam Pewarna Untuk Bayi Mudah Dibuat Dan Sedap

Biskut Raya Sihat Tanpa Gula Garam Pewarna Untuk Bayi Mudah Dibuat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 940 hits
Risau betul bila menjelang hari raya ada yang cuba menyuapkan si kecil dengan biskut raya yang banyak dengan pewarna kandungan gula yang tidak sesuai untuk bayi Untuk mengelakkan bayi disuap dengan makanan orang dewasa apa kata mama cuba re...
Hiburan Saya Hanya Nak Selamatkan Beruang Itu Bagi Makan Sedap Sedap Zarith Sofia

Hiburan Saya Hanya Nak Selamatkan Beruang Itu Bagi Makan Sedap Sedap Zarith Sofia

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 550 hits
Baru baru ini tular sebuah video seekor beruang matahari yang dilihat mengeluarkan bunyi bising sambil cuba keluar dari tingkap sebuah kondominium Beruang itu kemudiannya telah berjaya diselamatkan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia Atas kesa...
2 Resepi Kek Mudah Guna Rice Cooker

2 Resepi Kek Mudah Guna Rice Cooker

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 932 hits
2 Resepi Kek Mudah Guna Rice Cooker Tetap Lazat Dan Gebu Tiada alasan lagi bagi anda penggemar kek Kali ini kita akan ikuti cara buat kek tanpa oven yang ringkas dan mudah Hanya menggunakan rice cooker saja anda sebenarnya boleh membuat kek...
Sedap Awak Masak Walaupun Ayat Ni Simple Tapi Mampu Hilangkan Penat Isteri Di Dapur

Sedap Awak Masak Walaupun Ayat Ni Simple Tapi Mampu Hilangkan Penat Isteri Di Dapur

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1259 hits
Dalam rumah tangga perlukan pengorbanan yang besar kesetiaan serta kesefahaman Suami isteri perlu memainkan peranan masing masing dan saling membantu untuk mewujudkan suasana yang harmoni Sebagai suami berilah pujian pada isteri dalam setia...
Mudah Ringkas Cepat Dan Sedap

Mudah Ringkas Cepat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 438 hits
Assalammualaikum wbtMUDAH RINGKAS CEPAT DAN SEDAP Syawal Diraikan dalam keriangan dan keletihan Haruslah gembira Selepas sebulan berpuasa Jumpa saudara mara Balik kampung jumpa dan bermaafan dengan ibu bapa adik beradik dan jiran tetangga M...
Buat Kuih Siput Guna Macaroni Simple Sedap Boleh Jadikan Kudapan Si Kecil

Buat Kuih Siput Guna Macaroni Simple Sedap Boleh Jadikan Kudapan Si Kecil

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 847 hits
Masih berada dalam mood raya tapi kuih raya dah hampir habis Si kecil pun nampak kebosanan tiada kudap kudapan untuknya Jadi apa kata mama buatkan kuih siput berasaskan Macaroni dan yang paling penting resipi ini sesuai untuk anak anda Tapi...
Cara Masak Sotong Butter Yang Sedap Dan Berkrim

Cara Masak Sotong Butter Yang Sedap Dan Berkrim

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 411 hits
Assalamualaikum MASAKAN mentega atau butter sering menjadi pilihan setiap kali Sk ke restoran makanan laut Seingat Sk kali pertama Sk makan masakan butter ni hurmmm tak ingatlah pulak hahah Mungkin ketika bercuti ke Kota Kinabalu kot Bila b...
Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Viral Mudah Dan Sedap Untuk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Viral Mudah Dan Sedap Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 555 hits
Bukan sahaja orang dewasa malah kanak kanak juga menggemari masakan ayam goreng kunyit rangup macam yang dijual di kedai makan Sesuai untuk dimakan bersama nasi panas atau dimakan dengan begitu sahaja sajian ini mendapat tempat di hati rama...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia