Rendang Daging Berempah



Untuk menu raya kali ini saya menyediakan rendang daging. Saya suka memasak rendang kerana sangat senang, tak perlu nak kacau kacau dan jaga api sangat. Sebab memang nak dikeringkan pun. Lagi pulak, kalau beli bolehlah tahan mahalnya. RM100 sekilo dapat berapa ketul lah sorang sorang kalau famili besar.Cuma yang tak tahan sedikit ialah penat bila memasak sorang sorang dan saya pulak, memasak beberapa lauk sekali gus.  

Sebelum masuk bab resepi, meh kita baca Tazkirah Subuh Surau Ad Dhuha oleh Ustaz Al Fadhil Ustaz Suhaimi Abdul Jalil pada pagi 28 Ramadhan. Berkenaan salah satu dari cabang keimanan dari Imam Al Baihaqi. Sesunguhnya keimanan ini ada 60-70 lebih cabang. Yang paling awal ialah kalimah Laa ilaa hailallaah. Dan paling akhir ialah mengalih halangan lalu lintas. 

Imam Al Baihaqi berijtihad bahawa cabang iman yang lain lagi ada 77. Salah satu cabang ialah wajib menaruh  harapan pada Allah SWT. Untuk lebih rasa harap pada Allah. Juga perasaan takut pada Allah Taala disebut juga seperti dalam surah  Al Israq ayat 57, kata Allah serta mereka mengharap rahmat dan pada masa sama gerun pada azabNya. Dua sifat yang perlu ada pada orang beriman. Mengharap Rahmat Allah dan Takut pada Allah. 
Sifat takut pada Allah tidak sama dengan takut pada makhluk. Kalau takut dengan haiwan liar kita lari tapi tidak dengan Allah. Ayat 186 surah Al Baqarah Bila hamba Ku bertanya akan diri Ku, sesungguhnya Aku dekat. Dekat dengan Allah lebih dekat dengan urat leher. Bermakna Allah sentiasa memerhati kita. Bila tidur waktu malam di luar kawalan diri kita. Bila tidur dalam keadaan selamat dan bangun dalam selamat, semua dalam izin Allah. Orang beriman bila bangun dari tidur, akan berdoa pada Allah. Kita sebut doa dari masuk tandas, nak tidur semua sebut Islam tak tinggal. Cantiknya Islam dalam kehidupan kita. 

Takut pada Allah sepatutnya jadikan kita makin dekat dengan Allah. Pasti Aku jawab doa yang dipanjat oelh hamba Ku. Soalnya bila Allah nak kabulkan doa kita. Bila Allah tak bagi saat itu, jangan pernah putus harap pada Allah. Jika Allah bagi ketika itu, mungkin ianya tidak baik buat kita. Allah tahu yang mana baik dan buruk buat kita. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Sabar dan terus berdoa. 
Berdoa lah Ya Allah aku ditimpa dengan ujian, engkau lah yang Maha Pengasih dari orang yang Maha Pengasihani. Ayat 157 Al Israq perasaan takut akan menyekat kita dari perbuatan larangan. Pengharapan pada Allah supaya terus berada pada jalan Allah. Syair berkenaan perkara ini yang mana kita mahu syurga walaupun tak layak. Tuhan ku aku tak layak untuk masuk syurga Firdaus tapi aku tak sanggup tanggung perit azab api neraka. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun akan dosa dosa besar. 
Ayat 53 Az Zumar berkenaan sifat wajib menaruh harap pada Allah. Katakan lah hambaku yang melampau batas jangan berputus asa dari rahmat Allah. Allah panggil kita dengan wahai hamba hambaku satu bahasa yang sangat lembut. Walaupun kita melampaui batas. Jangan pernah kamu putus asa dari rahmat Allah. Aku nak masuk syurga kerana rahmat Allah. 
Rahmat Allah adalah satu panduan ialah Allah bagi Taufik. Bukan sekadar doa. Allah mengampun semua dosa kecuali dosa syirik. Dengan syarat kita bertaubat. Mereka yang mati dalam keadaan syirik sebelum bertaubat. Surah An nisa ayat 116, bila taubat, dosa diampun. Mereka yang mati dalam keadaan tak bertaubat agas dosa syirik yang dilakukan. Allah ampun semua dosa zina, dosa arak dengan syarat kita bertaubat. 
Hadis Anas Malik Nabi guna perkataan zalim untuk menggambarkan dosa. Di mana dia telah zalim pada dirinya. Letak sesuatu bukan pada tempatnya. Subhanaka inni kuntuminazholimin. 
Dosa syirik tak diampun jika mati sebelum bertaubat. Dosa hamba kepada Allah. Dosa tak terlepas dari pandangan Allah antara manusia dengan manusia. Kena selesai dengan manusia sendiri. Hutang atau menyakitkan hati orang. 

Nikmat syurga sangat tidak terhingga. Jangan mati sehingga bersangka baik pada Allah. Ianya kena bukti dengan amalan bukan sekadar dalam hati. Perbaiki amalan. Dua hari berbaki, teruskan amal beribadat hatta tinggal baki 1 jam. Teruskan beribadah. Cukup setakat ini dahulu, Semoga bermanafaat.
Resepi yang sama pernah saya gunakan. Sebab ianya sangat sedap, saya letakkan sebagai keeper recipe.  Klik di SINI untuk resepi sama di entri sebelum ini. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Rendang Daging BerempahOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan2 kg daging 10 sudu besar cili kering kisar1 1/2 kg santan segar4 sudu besar kerisik 2-4 helai daun kunyit-carik3/4 sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa
1-2 sudu besar gula pasir
1/2 keping gula Melaka
Bahan A
2 biji bawang besar15 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih4 inci halia
Bahan B4 inci lengkuas muda14 batang serai - hiris4 sudu besar ketumbar (rata) - sangai wangi  2 sudu besar jintan manis - sangai 2 sudu besar jintan putih - sangai
Cara cara:Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.
Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. 


Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak.

Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.

Masukkan kerisik, air asam jawa/pes asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Akhir sekali, tabur daun kunyit.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/06/rendang-daging-berempah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rendang Daging 1st Timer

Rendang Daging 1st Timer

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 377 hits
Selamat hari raya Aidilfitri buat semua semoga raya tahun nie korang dapat beraya dengan family tercinta Aku beraya ala kadar ja sebab kesihatan x berapa sihat family pun dah xda so mood raya pun on off ja Tapi oleh kerana ada sorang hamba ...
Lemang Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini

Lemang Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 870 hits
Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini Bila nak dekat raya ni ada je menu lemang ketupat rendang daging dan serunding bermain main di kepala otak Bukannya tak boleh tunggu time raya nanti tetapi banyak benor khemah jual b...
Nasi Kerabu Daging Dan Pulut Panggang Menu Pilihan Iftar Hari Ke 19 Ramadhan

Nasi Kerabu Daging Dan Pulut Panggang Menu Pilihan Iftar Hari Ke 19 Ramadhan

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 336 hits
As Salam Nasi Kerabu Daging dan Pulut Panggang Menu Pilihan Iftar Hari ke 19 Ramadhan Alhamdulillah Petang ini saya cuti memasak sebab Encik Suami teringin nak makan Nasi Kerabu daging katanya Isteri mana yang tak kembang hidung dan happy k...
Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 604 hits
Saya inginkan kongsikan antara petikan dari kuliah Subuh Al Fadhil Ustaz Khairuzaman bin Abd Kadir berkenaan tujuan Al Quran dan juga sifat sifat orang bertaqwa Quran adalah mukjizat yang paling besar Yang paling istimewa kita pun dapat Al ...
Mantai Perdana Tawar Daging Murah

Mantai Perdana Tawar Daging Murah

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 352 hits
Abnor Hamizam Abd Manap PROGRAM tradisi kerajaan Negeri Sembilan Mantai Perdana akan diadakan pada 3 Jun ini bagi membolehkan orang ramai mendapatkan daging lembu pada harga lebih murah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industr...
H 8 Lebaran 2019 Harga Daging Sapi Turun Sementara Ayam Mulai Naik

H 8 Lebaran 2019 Harga Daging Sapi Turun Sementara Ayam Mulai Naik

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 293 hits
Harga daging ayam delapan hari menuju Lebaran 2019 terpantau mulai naik Di Pasar Pondok Gede Bekasi harga daging ayam yang berukuran besar berkisar Rp 50 000 yang sebelumnya dijual seharga Rp 45 000 per ekor Sementara untuk ukuran sedang da...
Daging Black Pepper Berapi Ada Berani Sempoi Pedas Terangkat Rasanya

Daging Black Pepper Berapi Ada Berani Sempoi Pedas Terangkat Rasanya

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 355 hits
Daging lada hitam ni sebenarnya sajian fusion yang paling popular Walaupun asasnya masakan barat tetapi dengan tambahan cili padi rasanya dah mengikut selera rasa orang Asia Anda boleh juga menambah sedikit tepung jagung jika mahu kuah yang...
Pedagang Keluhkan Kehadiran Daging Kerbau Asal India

Pedagang Keluhkan Kehadiran Daging Kerbau Asal India

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 280 hits
Pengusaha Daging dan Industri Makanan Yustinus Sadmoko mengatakan saat ini penjual daging khususnya daging sapi mendapatkan tantangan dengan kehadiran daging kerbau impor Daging kerbau asal India tersebut telah mengambil alih pangsa pasar d...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran