Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa


Teruja melihat sentuhan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin kala merias wajah, sungguh anggun, tak jemu mata memandang. Maka tidak hairan beliau sering menjadi pilihan golongan elit dan bangsawan. Pengalaman yang luas dan peribadinya yang sentiasa merendah diri meletakkan diri beliau istimewa buat mereka yang mengenalinya.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, rumah tangga tetap diutamakan. Ketika bertanya pada Datin sudikah untuk berkongsi resipi dari air tangannya sendiri, tanpa menolak krew RASA dipelawa ke kediaman indah beliau.
Cuma pesannya “ tak tahu apa rasanya bila sesekali masak,” Ternyata bila kami merasa hidangan dari air tangan beliau jauh dari apa yang diperkata, sangat sedap dan bertambah kami semua makan.
Turut meriah pada hari tersebut Datin Saidatul ditemani suami tercinta Datuk Mohd Ariffin Abdullah serta jemputannya yang merupakan teman-teman rapat. “Seronok bila dapat makan ramai-ramai macam gini, sambil makan sambil bertukar cerita,” akui beliau.

Masakan yang digemari keluarga
Cerita Datin Saidatul, keluarga lebih mementingkan healthy food dan kurangkan makan makanan berkoleksterol tinggi memandangkan dalam keluarga iaitu ayah ada gout, maka anak-anak pun risau dirinya pula ada gout. Oleh kerana pentingkan kesihatan, anak-anak lebih suka beliau menyediakan masakan yang berebus.
“Cara memasak saya sangat simple. Contohnya setiap hidangan mesti ada sayur. Datuk paling menggemari nasi lemak. Kalau masak nasi lemak di waktu tengah hari. Antara lauk pauknya ialah ayam masak merah, telur goreng dan kangkung celur,” terangnya.
Akui beliau banyak mengikut cara emak memasak. Kegemaran masakan emak ialah asam pedas. Hari-hari lauk tersebut dimasaknya kerana arwah bapa sangat menyukai Asam Pedas Ikan Parang. Jadi sudah terbiasa dengan asam pedas maka satu keluarga menyukai asam pedas dan juga masak lemak cili api.
“ Tak ada rahsia dalam masakan , emak masak simple , campak-campak je. Dalam keluarga yang pandai masak ialah kakak dan Jojie,”akuinya.
Dalam mencari bahan basah untuk dimasak, beliau lebih suka berkunjung ke pasar yang menawarkan barang yang segar seperti pasar di Pandamaran atau di aeon Jusco.
Menurut beliau, tiga masakan utama pada hari ini adalah menu kegemarannya. “ Saya memang suka makanan laut. Boleh dikatakan setiap minggu makan ketam. Namun bila check kolesterol tinggi, terus anak-anak bising. Mereka terus suruh saya stop makan atau masak makanan laut,” ceritanya.
Sempat juga berkongsi tip masakan, bagi masakan bercili, cili perlulah digoreng hingga naik minyak. Kalau rasa mentah, rasa tidak enak buat kita tak lalu nak makan. Bila masak gulai lemak pula, emak pesan jangan tinggalkan , ia perlu selalu dikacau agar tidak pecah minyak.

KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan A
500 gram ketam (dibersihkan)
2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)
3 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Bahan B
15 biji cili api-kisar
2 biji cili merah- kisar
2 inci kunyit hidup-kisar
1 cawan air
Cara memasak:
1. Masukkan bahan yang dikisar. Ketam, serai dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
2. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.
3. Perasakan garam dan tutup api.
4. Sedia dihidangkan.

SOTONG MASAK KICAP
BAHAN A
3 ekor sotong (dipotong kecil)
2 biji tomato (dipotong empat)
1 pokok daun bawang (dipotong kecil)
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
BAHAN B
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan sotong dan goreng sehingga garing.
3. Masukkan air, kicap pekat dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.
4. Apabila mendidih, masukkan sotong, tomato, bawang besar, daun bawang dan kentang.
5. Gaul dan angkat. Sedia dihidangkan.

SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN A
500 gram udang
30 biji petai
1/2 cawan air asam jawa
3 tangkai serai (diketuk)
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula
Garam & gula secukup rasa
1 labu bawang besar
BAHAN B (DIKISAR)
20 tangkai cili kerlng
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api yang kecil.
4. Apabila sudah pekat dan pecah minyak, tutupkan api dan hidangkan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/04/menu-masakan-laut-jadi-kegemaran-datin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggun Chef Fusion Kreatif Menyediakan Menu Kegemaran Rakyat Malaysia Dalam Masakan Antarabangsa

Anggun Chef Fusion Kreatif Menyediakan Menu Kegemaran Rakyat Malaysia Dalam Masakan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 526 hits
Anggun Chef Fusion Kreatif Menyediakan Menu Kegemaran Rakyat Malaysia Dalam Masakan Antarabangsa Assalammualaikum semua Ruby ada tempat best untuk korang semua makan dan mengeteh Hehehe Pertama kali ruby ke Anggun Cafe dan sudah mula jatuh ...
10 Masakan Kicap Ringkas Kegemaran Si Bujang Dara

10 Masakan Kicap Ringkas Kegemaran Si Bujang Dara

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 606 hits
Kredit Abamjiwa al hadi Sebagai seorang bujang yang malas memasak dan mempunyai jadual yang padat saya sejujurnya hanya akan masak apabila saya ada mood Tidak ini bukan artikel untuk mengutuk golongan bujang ataupun menguatkan lagi pandanga...
Ramai Persoalkan Isteri Mat Sabu Rasmi Kapal Perang Baharu Panglima Tentera Laut Jelaskan Itu Adalah Acara Tradisi

Ramai Persoalkan Isteri Mat Sabu Rasmi Kapal Perang Baharu Panglima Tentera Laut Jelaskan Itu Adalah Acara Tradisi

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 623 hits
Media melaporkan 15 April lalu isteri kepada Menteri Pertahanan iaitu Puan Hajjah Normah binti Alwi telah merasmikan kapal perang baharu TLDM yang diberi nama KERIS Majlis Perasmian LMS yang pertama itu dirasmikan oleh Normah Nama KERIS dip...
Dia Merayu Jangan Dibuang Sisa Makanan Itu Tindakan Dilakukan Anak Bajau Laut Ini Buat Mata Masuk Habuk

Dia Merayu Jangan Dibuang Sisa Makanan Itu Tindakan Dilakukan Anak Bajau Laut Ini Buat Mata Masuk Habuk

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 781 hits
Berat mata memandang berat bahu yang memikul Melihat kepada kehidupan daif yang dilalui anak anak kecil dan penduduk di kepulauan Mabul Sabah ini ternyata menjentik emosi Dihimpit dengan kemiskinan serta pelbagai dugaan hidup bukan calang c...
Usai Terombang Ambing 1 Hari Di Laut Pemuda Di Bontang Ditemukan Selamat

Usai Terombang Ambing 1 Hari Di Laut Pemuda Di Bontang Ditemukan Selamat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 316 hits
Korban ditemukan selamat sekira pukul 09 25 pagi tadi di sebelah barat Bontang Kondisinya fisiknya lemah kata Kepala BPBD Kota Bontang Ahmad Yani
Menteri Susi Lebih 10 000 Kapal Ikan Asing Kita Usir Dari Laut Indonesia

Menteri Susi Lebih 10 000 Kapal Ikan Asing Kita Usir Dari Laut Indonesia

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 262 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti menyebut bahwa keberadaan kapal ikan asing dahulu sempat mengakibatkan jumlah nelayan lokal turun sehingga pemerintah bersikap tegas dalam memberantas pencurian ikan
Pengasas Foxconn Terry Gou Mengatakan Dia Menerima Mandat Daripada Dewi Laut Untuk Menjadi Presiden Taiwan

Pengasas Foxconn Terry Gou Mengatakan Dia Menerima Mandat Daripada Dewi Laut Untuk Menjadi Presiden Taiwan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 359 hits
Maharaja China yang pertama Qin Shi Huang dikatakan menerima mandat dari langit untuk memerintah negara tersebut untuk sekian lamanya Terkini salah seorang daripada pengasas syarikat pembina peranti Foxconn Terry Gou mengatakan bahawa belia...
Petugas Pemilu Di Fiji Jemput Wni Abk Di Tengah Laut Untuk Mencoblos

Petugas Pemilu Di Fiji Jemput Wni Abk Di Tengah Laut Untuk Mencoblos

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 258 hits
Menurut Dubes Benyamin mayoritas WNI yang memiliki hak pilih di Fiji adalah para Anak Buah Kapal yang bekerja di kapal kapal penangkap ikan berbendera asing yang beroperasi di Samudera Pasifik
Cap Terkejut Terkilan Projek Tambak Laut Diluluskan

Cap Terkejut Terkilan Projek Tambak Laut Diluluskan

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 327 hits
PULAU PINANG 18 April Sahabat Alam Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan keputusan Majlis Perancangan Fizikal Negara yang meluluskan rancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menambak laut di perairan selatan negeri ini P...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord