10 Masakan Kicap Ringkas Kegemaran Si Bujang Dara


Kredit: Abamjiwa al-hadi/Shutterstock Sebagai seorang bujang yang malas memasak dan mempunyai jadual yang padat, saya sejujurnya hanya akan masak apabila saya ada mood. Tidak, ini bukan artikel untuk mengutuk golongan bujang ataupun menguatkan lagi pandangan umum yang negatif bahawa golongan bujang dan dara, khususnya yang berkerjaya malas memasak.
Sebaliknya, saya nak memberikan variasi kepada beberapa jenis masakan kegemaran (dan yang tahu buat) golongan bujang ini pada hari-hari anda berasa bosan dengan makanan luar yang sama.
 
Pilihan Si Dara & Bujang Pilihan saya ialah masakan kicap. Ya. Untuk pengetahuan umum, kicap merupakan bahan yang cukup popular dalam kalangan bujang. Kalau boleh, segalanya nak diletakkan kicap.
Tambahan pula, dari kecil kita sudah biasa dengan makan nasi digaul kicap. Memang sedap!
 
Masakan Kegemaran Orang Bujang Dalam banyak-banyak masakan yang ringkas dan menjimatkan, masakan kicap mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Masakan kicap inilah penyelamat saya apabila pulang ke rumah pada waktu larut malam. Masukkan bahan yang ada, letakkan kicap dan dah siap. Cepat sahaja.
Namun begitu, nak masak campak-campak pun mestilah ada turutannya jua. Jadi,daripada masak entah apa-apa dan masukkan kicap, saya sediakan 10 masakan berkicap yang pasti membuatkan semua anak dara dan bujang di luar sana menghembuskan nafas lega.
1. Ayam Masak Kicap Kredit: Abu Thoha/Shutterstock Bahan-Bahan:
1 potong dada ayam, potong pada ketulan besar, perap dan goreng ½ cawan kicap manis ½ bawang Holland, dipotong dadu 1 biji cili merah 1 biji cili padi 2 tangkai daun kari Bahan kisar:
3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih  
Cara-Cara:
Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Goreng bahan kisar hingga wangi. Masukkan ketulan ayam. Masukkan kicap, bawang Holland dan cili merah. Perasakannya dan padamkan api.  
2. Daging Masak Kicap
Bahan-Bahan:
300g daging lembu, dihiris dan digaul dengan garam & serbuk kunyit 1 biji bawang besar, dihiris 3 ulas bawang putih, dihiris 1/2 inci halia, dihiris 6 biji cili padi, dihiris 1 batang cili merah, dihiris serong 1 sudu sos tiram 1 sudu kicap masin  
 Cara-Cara:
Dalam kuali yang dipanaskan atas api sederhana besar, masukkan 2 sudu besar minyak dan hirisan daging yang diperap ke dalam dalam kuali. Biar daging menggoreng hingga empuk selama 10 minit. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan cili merah. Kacau hingga bawang besar menjadi layu. Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap masin. Kacau rata. 3. Ikan Masak Kicap Saya memang sukakan ikan dan apabila saya tahu ada resepi ikan masak kicap yang senang, tak menggunakan banyak bahan dan semestinya sedap, saya kenalah cuba.
Resepi ikan masak kicap versi Butterkicap yang disediakan oleh Cef Nik Michael Imran ini memang menepati citarasa saya. Ikan yang digoreng rangup di luar dan lembut di dalam, dipasangkan pula dengan sos kicap pedas, wah, memang padu!
Sebagai seorang bujang yang sudah mencuba resepi ini sendiri, saya syorkan kepada golongan bujang lain untuk mencubanya juga.
 
4. Udang Masak Kicap Kredit: TY Lim/Shutterstock Bahan-Bahan:
300g udang, digaul garam dan kunyit 4 ulas bawang merah, dikisar 3 ulas bawang putih, dikisar 1 biji cili merah, dikisar 1 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat 2 sudu besar kicap masin 2 sudu besar sos tiram 50ml air  
Cara-Cara:
Masukkan dua sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan udang dan goreng hingga kuning keemasan selama 4 minit. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan 1 sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan garing. Masukkan kicap dan sos tiram, kacau sebentar. Masukkan air dan biar mereneh selama 3 minit. Masukkan bawang besar dan udang yang telah digoreng. Kacau sebati. Tutup api. 5. Sotong Masak Kicap Kredit: Charlesimage/Shutterstock Bahan-Bahan: 2 ekor sotong, dibuang kulit, dicuci dan dipotong bulat-bulat 1 biji bawang besar, dihiris 2 ulas bawang putih, dihiris 1 inci halia, dihiris 1 batang cili merah, dihiris 2 sudu besar kicap masin 1 sudu besar sos tiram 2 sudu teh gula Cara-Cara: Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan sotong dan kacau seminit. Masukkan kicap, sos tiram garam dan gula. Kacau seketika dan tutup api.  
6. Hati Ayam Masak Kicap Kredit: Timolina/Shutterstock Bahan-Bahan:
3 ketul hati ayam, dibersihkan dan disapu garam dan kunyit 1 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat 3 ulas bawang putih, dicincang 1/2 inci halia, dicincang 3 biji cili padi, dihiris nipis 1 sudu teh serbuk lada hitam 1 sudu besar sos tomato 2 sudu besar kicap masin 1 sudu besar kicap manis 1 biji cili merah, dihiris  
 Cara-Cara:
Gaulkan hati bersama serbuk lada hitam dan kicap masin. Perap selama 20 minit. Panaskan tiga sudu besar minyak di dalam kuali atas api sederhana besar. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. Masukkan hati dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan mendidih selama 5 minit. Masukkan kicap manis, sos tomato and cili padi. Boleh perasakan dengan garam dan gula, jika perlu. Akhir sekali, masukkan cili merah. Masak hingga kuah memekat. Tutupkan api dan masukkan hirisan bawan besar lalu kacau rata.  
7. Tempe Ikan Bilis Masak Kicap Kredit: Pinterest Bahan-Bahan:
1 cawan ikan bilis, digoreng 200g tempe, dihiris nipis dan digoreng rangup 3 sudu besar (37.5g) cili boh 5 ulas bawang merah, dikisar Garam dan gula secukup rasa  
Cara-Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili boh sehingga wangi serta masak. Masukkan bawang merak dikisar. Tumis hingga wangi dan masukkan sedikit gula serta garam. Masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan padamkan api untuk kekalkan kerangupannya.  
8. Bendi Masak Kicap Kredit: Dari Dapur Maklong Bahan-Bahan
5 batang bendi -dicuci, ditoskan dan dihiris serong 2 batang cili merah, dihiris nipis 3 cili padi, dihiris nipis 1/2 sudu besar sos tiram 4 sudu besar kicap masin  
Bahan Kisar 2 ulas bawang merah, dikisar 2 ulas bawang putih, dikisar 1/2 sudu besar udang kering, direndam dalam air panas Cara-Cara:
Kisar udang kering, bawang merah dan bawang putih hingga halus. Masukkan 2 sudu minyak ke dalam kuali dan panaskan atas api sederhana besar.  Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata. Masukkan bendi dan cili hiris. Kacau rata dan goreng selama 3-5 minit.  
9. Tauhu Masak Kicap Kredit: Amallia Eka/Shutterstock Bahan-Bahan:
2 ketul tauhu, dibelah lapan 3 ulas bawang putih, dihiris 1 biji bawang besar, dihiris bulat 1/2 inci halia, dihiris nipis 3 biji cili, dihiris 2 sudu sos cili bawang putih 1/2 sudu sos tiram 5 sudu besar kicap masin  
Cara-Cara: Dalam kuali, masukkan 3 sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan hirisan bawang, halia dan cili padi hingga wangi. Masukkan sos tiram, cili bawang putih dan kicap dan kacau rata. Masukkan tauhu dan kacau selama 5 minit sebelum padamkan api. 10. Telur Mata Masak Kicap Kredit: Blog Ibu Siti Bahan-Bahan
2 biji telur ayam besar (Gred A), dicuci 3 biji cili padi, dihiris 1 batang cili merah, dihiris serong 1 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat 1/2 biji tomato, dipotong dadu 1/2 sudu teh lada hitam 4 sudu besar kicap masin  
Cara-Cara
Panaskan 1 sudu besar minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Apabila minyak sudah cukup panas, masukkan hirisan bawang besar, cili padi, cili merah dan tomato yang dipotong dadu. Kacau selama 2-3 minit hingga naik wangi dan tomato sedikit layu. Masukkan kicap dan kacau sebelum angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan 2 sudu besar minyak dan ratakan di atas kuali. Panaskan minyak atas api sederhana besar. Tunggu selama 1 minit. Masukkan telur satu per satu dan goreng hingga telur putih masak sepenuhnya. Terbalikkan telur dengan hati-hati dan biarkan selama 2 minit dan angkat. Tuang kuah ke atas telur dan taburkan lada hitam.  
Apa Lagi Yang Boleh Diletakkan Kicap? Wah, memang terliurlah tengok semua resepi yang disenaraikan. Balik lambat pun tak kisah nak ke dapur kalau begini. Menurut saya, senarai saya sudah cukup lengkap dah tetapi jika ada lagi masakan berkicap yang saya lupa atau tidak teringat untuk senaraikan, tolonglah komen di bawah.
Jika tidak, kongsilah artikel ini bersama rakan-rakan bujang anda yang sama-sama sakit kepala fikir nak sediakan sesuatu yang ringkas DAN kena dengan selera mereka. Kalau nak lebih lagi resepi masakan yang sesuai untuk golongan bujang, bekerjaya dan tiada masa nak masak, tengoklah artikel masakan merah dan goreng kunyit pula!
The post 10 Masakan Kicap Ringkas Kegemaran Si Bujang & Dara appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/10-masakan-kicap-ringkas-kegemaran-si-bujang-dara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggun Chef Fusion Kreatif Menyediakan Menu Kegemaran Rakyat Malaysia Dalam Masakan Antarabangsa

Anggun Chef Fusion Kreatif Menyediakan Menu Kegemaran Rakyat Malaysia Dalam Masakan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 513 hits
Anggun Chef Fusion Kreatif Menyediakan Menu Kegemaran Rakyat Malaysia Dalam Masakan Antarabangsa Assalammualaikum semua Ruby ada tempat best untuk korang semua makan dan mengeteh Hehehe Pertama kali ruby ke Anggun Cafe dan sudah mula jatuh ...
Tips Penting Elak Jerat Suami Orang Yang Mengaku Bujang

Tips Penting Elak Jerat Suami Orang Yang Mengaku Bujang

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 544 hits
Sumber foto Bukanlah suatu perkara baru kita terbaca atau terdengar tentang gadis bercinta dengan suami orang Ramai gadis terperangkap dengan lakonan lelaki hidung belang yang pandai mengayat disamping lakonan gred A yang cukup mantap dan a...
Skim Bantuan Sara Hidup Bujang 2019

Skim Bantuan Sara Hidup Bujang 2019

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 496 hits
Seperti mana korang maklum pembayaran bantuan sara hidup 2019 untuk golongan bujang dah mula operasi sejak 28 Mac 2019 lepas Bagi yang layak menerima BSH2019 akan menerima bantuan bernilai RM100 setiap orang yang mana akan terus dia salurka...
Bujang Senang Lagenda Raja Sungai Sarawak

Bujang Senang Lagenda Raja Sungai Sarawak

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1243 hits
Bujang Senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Sungai Batang Lupar di Sri Aman Kita mengetahui sepanjang sejarah Malaysia segala serangan buaya terkini yang dilaporkan kebanyakany...
Displaymate Beri Markah A Untuk Skrin Paparan Ini Berikan Kepuasan Bila Menonton Filem Kegemaran Anda

Displaymate Beri Markah A Untuk Skrin Paparan Ini Berikan Kepuasan Bila Menonton Filem Kegemaran Anda

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 215 hits
Pada 2017 Netflix ada mengeluarkan laporan yang menyenaraikan penonton Malaysia ditangga teratas dirantau Asia yang gemar menonton sesuatu siri TV secara 8220 marathon 8221 atau Binge Watching Golongan penonton ini digelar sebagai Binge Rac...
Perfume Kegemaran

Perfume Kegemaran

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 316 hits
AssalamualaikumSetiap dari kita mesti ada pewangai AKA perfume kegemaran Begitu juga aku Aku suka bau bunga yang lembut dan tak tengik Puas juga mencuba pelbagai perfume akhirnya berjumpa juga yang seseuai dengan jiwa La Vie Est Belle denga...
Seramai Tiga Juta Individu Bujang B40 Terima Bsh Minggu Ini

Seramai Tiga Juta Individu Bujang B40 Terima Bsh Minggu Ini

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 266 hits
PUTRAJAYA Kerajaan akan membuat pembayaran Bantuan Sara Hidup sebanyak RM100 untuk bujang golongan berpendapatan rendah pada minggu ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini berkata bantuan itu akan disalurkan kepada tiga j...
Pasukan Kegemaran Aku

Pasukan Kegemaran Aku

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum dan semoga sihat selalu Semoga aku dan korang sentiasa dirahmati dan diberkati walau di mana jua kita berada Haa dua hari yang lalu aku tuliskan cerita lucu kat korang dan hari ni pula aku akan bercerita tentang sukan bola s...
Bsh Bujang Dibayar Mulai 28 03 2019

Bsh Bujang Dibayar Mulai 28 03 2019

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 489 hits
BSH Bujang Dibayar Mulai 28 03 2019 Kecoh media sosial pasal bayaran BSH bujang telah dikreditkan ke akaun penerima Ramai juga yang update status kelayakan dan telah pun menerima bantuan tersebut Cik akak memang tak layak dah Semakan kelaya...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini