Menu Berbuka Puasa Terbaik Dari Hotel Maya Kuala Lumpur Cubalah
Pernah menikmati buffet Ramadan dari Hotel Maya Kuala Lumpur?
Yang pernah, tentu tahu akan keenakan menu yang ditawarkan tu. Bagi yang belum pernah rasa, harus cuba! Enak dan berbaloi!
Hari tu ada cuba beberapa menu berbuka puasa dari Hotel Maya Kuala Lumpur. Banyak juga pilihannya. Ada masakan Melayu, masakan Barat dan juga Jepun. Nak oder , ikut set pun tak ada masalah dan menu yang ala carte pun ada tau. Korang pilih jer mana yang berselera dek tekak! Hahaha…
Air tangan Chef Hasbullah bersama teamnya untuk hidangan Menu Berbuka Puasa, Hotel Maya Kuala Lumpur memang terbaik
Puas hati dengan setiap hidangan yang ditawarkan.Syukur allhamdulillah....
Memandangkan tekak masakan Melayu nie tak boleh lari. Jadi sis tetap meng ‘order’nya. Anak-anak pula lebih memilih kepada makanan Barat dan Jepun. Memang terbaiklah menu masakan Melayu yang disediakan oleh Chef Hasbullah seperti Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah; Nasi Kerabu; Soto Ayam dan banyak lagi.
Menu yang menjadi pilihan sis sekeluarga untuk berbuka puasa. Nampak sedap kan....
Malaysian Heritage
Set A, Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Jelatah dan Papadom
Set B, Nasi Kerabu bersama Ayam Goreng Berempah, Telur Masin, Kepala Parut Ikan dan Keropok Ikan
ALA CARTE MENU
Soup - Cream of Mushroom Soup with Garlic Bread
Taste of Malaysia
Deep Fried See Bass Fillet with Steamed With White Rice
Western
Fish & Crips dan Spaghetti Beef Bolognese turut menjadi pilihan
Japanese Flavour
Semua sedap!
Salmon Teriyaki with Mesclun Salad with Steamed Japanese Rice
Chicken Teriyaki with Mesclun Salas With Steamed Japanese Rice
Gluten Free
Salmon Batayaki with Steamed Japanese Rice
Dessert
Homemade Waffle Served with Maple Syrup dan Bubur Pulut Hitam
Beverage
- Black Coffee
- Green Tea
- Ice Lemon Tea
- Minute Maid Pulpy ‘0’ Manggo
- Minute Maid Pulpy Tropical
JOM ORDER!
Kalau rasa teringin nak cuba Menu Buka Puasa yang ditawarkan Hotel Maya Kuala Lumpur, korang bolehlah buat pilihan dan juga tempahan makanan yang lengkap dengan tarikh sekali. Nak pilih menu ala carte, masakan tempatan , masakan Barat dan Jepun pun okay tau. Air tangan chef-chef hebat dari Hotel Maya Kuala Lumpur turut merangkumi Salmon Teriyaki dan Mie Ying dan Yong Kanton.
Korang yang tengah berdiet pun, boleh menikmati menu sihat seperti pilihan salad, bebas gluten dan menu vegan. Kalau nak menikmati pencuci mulut macam wafel buatan sendiri, penkek Cina dengan pasta teratai atau Bubur Pulut Hitam pun tidak terkecuali.
So, korang apa tunggu lagi, lengkapkan makanan anda dari senarai makanan/minuman yang ditawarkan. Pesanan boleh dibuat melalui Storehub atau hotelmayakl.beepit.com dan dorang ada sediakan khidmat penghantaran sekali. Tapi sampai 23 Mei sahaja ya dank orang juga berpeluang menikmati pulangan tunai kedai 10% untuk pesanan yang seterusnya.
Penghantaran PERCUMA disediakan bila korang oder minimum RM60 dalam radius 5KM dan pembelian minimum RM80 dalam radius 10KM. Tapi, korang kenalah buat tempahan dari Hotel Maya Kuala Lumpur.
Nak tahu lebih lanjut:
Tel: 012-2828187
Emel:
[email protected]Makanan Jepun menjadi pilihan 3 hero sis nie :)
Sekian dulu catatan sis kali ini. Selamat menjamu selera dengan juadah berbuka dari Hotel Maya Kuala Lumpur. Arggh… memang enak tak terkata!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2020/05/menu-berbuka-puasa-terbaik-dari-hotel.html