5 Tempat Makan Untuk Menu Burger Yang Best Di Most Kuala Lumpur
5 Tempat Makan Untuk Menu Burger Yang Best Di Most Kuala Lumpur
Bulan puasa ada hari kita teringin nak makan burger yang best. Saya ada beberapa tempat makan untuk menu burger yang best di most Kuala Lumpur. Ini pun perkongsian dari sahabat saya. Katanya terutama di musim PKP ini, beberapa hari ini kerap order online menu burger terbaik. Kalau teringin nak makan burger, haaa inilah perkongsian terbaik 5 tempat untuk menu burger yang best di most kuala lumpur. Jom kita tengok.
#1-Grilled Adden Burger
Grilled Aden Burger ini sememangnya dikenali dengan makanan baratnya yang sedap
dan antaranya ialah burger bakar dan kambing bakar disamping dan terdapat juga
hidangan nasi lemak untuk citarasa tempatan. Seni bina restoran ini yang ringkas dan
suasananya yang sangat selesa sememangnya mambangkitkan mood santai kepada
sesiapa sahaja yang singgah ke sini.
Kebanyakan pelanggan yang datang ke restoran ini sangat suka dengan apa sahaja
hidangan yang dipesan oleh mereka terutamanya. Selain itu, hidangan lain seperti
Boat Noodle juga merupakan salah satu menu yang cukup laris di sini.
Alamat: Simpang 3, Kolej MARA, Jalan Utama Labohan Dagang, Banting
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin,
bermula dari jam 5:15 petang hingga 12 tengah malam
#2 - Zam Burger
Zam Burger menyediakan burger gergasi buatan sendiri. Ia dijual secara kecil-kecilan di
depan rumah pemiliknya. Bagi sesiapa yang pernah mencubanya semestinya akan
menganggap gerai ini sebagai permata yang tersembunyi. Terdapat pelbagai jenis burger yang anda boleh dapatkan di sini dengan pelbagai nama
yang menarik seperti Super King, Seasoned Beef Burger dan juga Prime.
Burger Super King yang terdapat di Zam Burger ini mencecah 200 gram manakala burger biasa hanya seberat 70 gram. Alamat: 26, Jalan 6/23B, Taman Danau kota (Danau Kota), 53300 Kuala Lumpur Masa operasi: 6:30 petang sehingga 1 pagi, 6 hari seminggu bermula Isnin
#3 - Burger Bakar Kaw Kaw
Diasaskan oleh Nini Haznita dan juga Mohd Faizul. Di sini terdapat lebih kurang 20 jenis
burger untuk dipilih dan antaranya ialah Kaw Kaw Single Beef Baconizer Cheezy,
Kaw Kaw Burger Kahwin, Kaw Kaw Triple Chicken Cheese dan juga Kaw Kaw Double
Beef Turkeynizer.
Dan semua jenis yang disediakan oleh mereka merupakan burger bakar buatan sendiri.
Selain burger bakar, terdapat juga Cheesy Fries, Lambernizer dan Fraggy. Alamat: Jalan 4A/27A, Seksyen 2, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur Masa operasi: setiap hari 7 hari (6 pm - 2am)
#4 - Burger Bobby Simpang 3
Kepada sesiapa yang hendak mencuba hidangan di sini semestinya harus beratur
panjang tetapi ia sememangnya berpatutan. Di Burger Bobby Simpang 3
mempunyai banyak hidangan yang menjadi pilihan ramai seperti Triple Special
Cheese, Lamb Tiesto dan juga Roti John Cheese.
Walaupun burger yang dihasilkan di sini kelihatan agak selekeh dan perlu berartur
panjang untuk mendapatkannya, rasanya yang sedap sememangnya akan
membuatkan anda lupa tentang rupanya dan juga berpatutan jika anda beratur
panjang.
Alamat: No. 5, Jalan AU 5C/1 di Lembah Keramat, Kuala Lumpur Masa operasi: Dibuka setiap hari (4pm - 4am)
#5 - Brother John Uptown Burger
Brother John Uptown Burger beroperasi di sebuah gerai yang biasa dan sederhana
seperti gerai burger yang lain. Namun di sini para pelanggan boleh mendapatkan
pelbagai jenis burger yang terdapat didalam senarai mereka seperti burger
kambing ikan dan yang biasa digunakan ialah ayam dan daging.
Antara burger yang menjadi pilihan ramai ketika berkunjung ke sini ialah Master
Burger, ia kerana burger ini mempunyai 2 keping daging, 2 keping keju dan 1
telur di mana hidangan ini sememangnya sesuai untuk sesiapa yang lapar
tetapi tidak mahu membeli makanan secara berlebihan atau banyak dan juga
kepada sesiapa yang suka mencuba makanan yang lain daripada yang lain.
Dan kepada yang terasa ingin makan secara sederhana boleh cuba hidangan Double
Cheese Burger yang boleh dikatakan agak mengenyangkan.
Alamat: Jalan SS 21/39, Uptown Damansara, 47400 Petaling Jaya.Masa operasi: Isnin - Sabtu (4pm - 4am)
Nak Makan Burger Tanpa Perlu Keluar Dari Rumah? Boleh Terus Order Online!
Mungkin ada yang teringin nak makan burger tapi disebabkan PKP rasa macam susah.
Sebenarnya nak makan itu ini termasuk burger ni tak susah mana, apa yang perlu
hanyalah sedikit masa untuk membuat tempahan.
Jangan risau dan susah hati kerana fast food delivery malaysia dari Foodpanda
sentiasa siap sedia untuk berkhimat. Bila-bila masa teringin nak makan, boleh terus
gunakan website milik Foodpanda. Tak perlu nak keluar rumah buang masa beratur
panjang-panjang. Lagi-lagi sepanjang masa perintah berkurung ni.
Sebagai salah seorang warganegara kita perlu sentiasa akur pada perintah pentadbir
negara untuk perkara-perkara yang masuk akal begini. Maka sama-samalah menjaga
keinginan untuk keluar dari rumah buat masa ini. Jom order online!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.arzmoha.com/2020/05/5-tempat-makan-untuk-menu-burger-yang-best-di-kuala-lumpur.html