Koleksi Resepi Nasi Aneka Menu Berasaskan Nasi Penambat Selera Bila Berbuka Puasa


assalamualaikum & salam sejahtera 😊
dah pun Ramadhan ke 5. alhamdulillah. kita semua masih lagi sihat walafiat
maintain duduk rumah ye korang semua. PKP fasa ke 4 akan bermula. maka, please la maintain duduk rumah
jaga kebersihan. hanya ketua keluarga yg keluar beli brg asas. jgn ambil mudah ye meskipun Malaysia dah terkawal dari segi jumlah jangkitan covid 19 ni
releks..
jgn jadi sebahagian dari statistik mereka-mereka yg ingkar


tengahari nan indah ni, saya nak kongsi dgn semua 20 koleksi resepi berasaskan nasi
😃 istimewa tau. mesti semua sedang google lauk-pauk apa nak dimasak ptg nanti
nasi putih nak di pasangkan dgn lauk-pauk apa
tak semestinya nasi putih ye. sini ada pilihan tuk korang pilih apa jenis hidangan nasi yg boleh menjadi penambat selera bila berbuka puasa nanti

pertama sekali, saya suka la nak cadangkan NASI LEMAK cara saya
nasi lemak ni sesuai pada bila-bila masa, kan. sarapan pun dia. makan tghari pun dia. apatah lagi makan malam
tapi ni time bukan bulan Ramadhan lah. now, nasi lemak juga sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa


BAHAN-BAHAN & CARA MASAK NASI :3 pot beras1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)sedikit garam2 ulas bawang merah (saya tumbuk halus)2 helai daun pandan (diikat)mudah. kesemuanya dimasukkan dlm periuk nasi. onzzz kan suis 👌

BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL IKAN BILIS :3 senduk ciliboh3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)1 labu bawang besar (dihiris nipis)segenggam ikan bilissedikit air asam jawasedikit garam dan gula utk perisatumiskan dulu bawang merah yg dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya
masukkan ciliboh. masakkan hingga terbit minyak ye
selepas ciliboh dah garing, masukkan air asam jawa. gaul rata
masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula
SIAP

BAHAN PENYERI NASI LEMAK :telur dadar / telur rebus / telur mata lembuayam gorengikan bilis garingulam timunsayur kangkung gorengkacang tanah goreng

NASI MINYAK (GUNA BERAS BIASA)
BAHAN-BAHAN :2 cawan beras yang telah dibersihkan2 ulas bawang besar (dimayang) *5 ulas bawang putih (diketuk) *2 inci halia (potong memanjang) *1 inci kulit kayu manis *2 kuntum bunga lawang *5 biji buah pelaga *3 sudu makan marjerin *minyak masak utk menumisair secukupnya (sukatan biasa masak nasi)1 sudu garam
CARA-CARA :panaskan minyak berserta marjerin di dalam periuk. masukkan semua bahan bertanda (*) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.kemudian, masukkan beras dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.sekarang bolehlah dimasukkan air dan garam. kacau supaya semua sebati.kita tunggu hingga nasi masak.kredit resepi : Siti Awadah


NASI TOMATO LAUK KENDURI
BAHAN-BAHAN :beras biasa / basmathi (sukatan adalah 1 pot beras : 2 pot air)air sukatan beras3sb minyak sapi2sb minyak masakrempah 3 beradik (bunga lawang / kulit kayu manis / buah pelaga)1/2 tin susu cair1 tin susu1 tin tomato puridaun ketumbardaun pandan1 biji tomato (potong 4 bahagian)garambahan kisar : 1 ulas bwg besar, 3 ulas bwg putih & 1/2 inci haliaCARA-CARA :panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah 3 beradik sampai garing dan naik bau. Masukkan tomato puti, kacau rata dan kalau boleh dalam 5 minit.masukkan susu cari dan air yang di camca mengikut sukatan beras tadi. biarkan separuh didi.masukkan garam, daun pandan dan tomato.bila dah mendidih, masukkan beras, kacau bagi rata. terus pindahkan ke periuk nasi. ni kalau tumis di atas dapur lah...PETUA : jika guna beras biasa, nak nampak cantik bila dah masak, wajib goreng dulu beras tersebut ye.nasi tomato ni memang marveles makan dgn ayam masak merah, dalca, jelatah, paceri nenas 😋
confirm lah ala-ala kenduri kan kita bila buat nasi tomato ni. terbaik

kredit resepi : Cikza Mohmad

NASI ARAB
BAHAN-BAHAN UNTUK REBUSAN AYAM :1/2 ekor ayam (dipotong 2)1 kiub ayam1 biji tomato (dibelah 4)1 biji cili merah (dibelah 4)1 batang kulit kayu manis1/2 sudu jintan manis (biji)1/2 sudu biji ketumbar1/2 sudu lada hitam (biji)1 sudu garammasukkan semua bahan dalam air. pastikan ayam tenggelam. rebus selama 30 minit

BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS NASI ARAB :minyak sapi / mentega / minyak masak2 1/2 pot beras biasa yang telah direndam dlm 5-7 minit (kalau guna berat basmathi, rendam dalam 30 minit)1/2 sudu biji ketumbar1/2 sudu jintan manis1/2 sudu lada hitam tumis semua bahan sehingga naik bau. kemudian masukkan beras dan kacau seketika
masukkan ayam dan air rebusan ayam. biarkan ia masak sepenuhnya
akhir sekali masukkan daun ketumbar. SIAP
nasi arab ni boleh disesuaikan dgn ayam goreng, sayur dan sambalnya 👍👍👍
tak perlu dah kita nak ke kedai nasi arab dah. boleh buat sendiri dah kat rumah dgn resepi ohsem ni

kredit resepi : CikTie

NASI GORENG ORANG BUJANG
BAHAN-BAHAN :5 ulas bawang putih (ditumbuk)4 ulas bawang merah (ditumbuk)10 biji cabai melaka (ditumbuk)3 biji telur ayamsos tiramsos cilisosejnasiCARA-CARA :tumis semua bahan yang ditumbuk. kalau nak sedap, masukkan sedikit mentega bila nak menumis.masukkan sos tiram dan sos cili sedikit.pecahkan telur dan masukkan sosej. kacau semua bahan agar sebati.akhir sekali, barulah masukkan nasi. goreng biar semua bahan dan nasi sebati.SIAP!kredit resepi : Wawa

NASI DAGING AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN UTK NASI DAGING :500G daging (dihiris)5 pot beras basmathi3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)5 sudu serbuk kurma1 biji bawng merah (dihiris)3 ulas bawang putih (dihiris)1 inci halia (dihiris)1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)1 helai daun pandan3 sudu mentegagaramcukup rasa Maggi
CARA-CARA (menggunakan Philips Pressure Cooker) :masukkan butter, bawang merah, bawang putih & 3 serangkai. tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air. masukkan juga daun pandan. biarkan sampai garing. selepas tu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda ye.masukkan pula lobak merah. kacau bagi rata lobak merah dgn rempah ratus.5 pot beras disukat mcm nak masak nasi biasa (5 pot beras : 6 pot air). utk beras basmathi ni tambahkan sedikit air lagi sebab beras basmathi memang perlukan lebih air. agak-agak je ye sukatan air tu.masukkan garam dan cukup rasa Maggi dan kacau rata.akhir sekali, padamkan mode BAKE dan tukar kepada mode RICE. masak selama 15 minit.CARA-CARA BUAT AIR ASAM KERISIK :2 sudu kerisik2 biji tomato (potong dadu)7 cili akar hijau (dihiris bulat)3 cili merah thai (dihiris bulat1 biji bawang merah (dihiris nipis)1 biji bawang putih (dihiris nipis)1 sudu air asam jawasedikit air suam dan garamkesemua bahan di atas dicampur dan digaulkan di dalam satu mangkuk. SIAP

kredit resepi : Bonde Zaidalifah

NASI AYAM HAINAN
BAHAN-BAHAN :untuk sup2 ketul peha ayam2 batang daun bawang (diikat)2 inci halia (dipotong tebal)3 cawan airgaramuntuk nasi3 pot kecil beras (dibasuh, tos)2 sudu mentega3 ulas bawang putih (dicincang)2 inci halia (dipotong kasar)1 batang serai (diketuk)2 sudu besar serbuk perencah Hilalgaramuntuk sos cili5 batang cili masak3 ulas bawang putih1 batang serai1 inci halia1 sudu besar serbuk perencah Hilalgaram cukauntuk sos kicap3 ulas bawang putih1 sudu besar sos tiram3 sudu besar kicap cair1 sudu kecil serbuk lada sulah1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan)6 sudu airgaram
CARA-CARA :untuk masak supdidihkan air. kemudian masukkan halia dan daun bawang. biarkan selama 5 minit.kemudian, masukkan ayam. celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk ke dalam air rebusan tadi. kemudian masukkan garam.tutupkan periuk tadi dan tutup api. biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.untuk masak nasipanaskan mentega dan masukkan bawang putih, halia dan serai. goreng hingga garing.kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras. biarkan ia masak.untuk buat sos cilikisar semua bahan dgn sedikit air. jgn terlalu cari atau pekat sangat

untuk buat sos kicappanaskan bawang putih hingga garing. masukkan air.masukkan sos tiram dan kicap cair. perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.siap utk dituangkan ke atas ayam tadi.kredit resepi : Noor Liza

NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
10 biji bawang merah3 biji bawang putih (digoreng dengan kulitnya sekali dan ketuk bawang)2 sudu cilibohsayur sawisegenggam ikan bilisnasisecubit garamminyak utk menggorengCARA-CARA :

kupas bawang merah dan tumbuk hingga lumat.basuh bawang putih dan goreng bersama kulit sehingga garing. ketepikan.masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. ketepikan.tumiskan bawang merah bersama bawang putih sehingga naik bau.masukkan ciliboh, serta tumis sehingga pecah minyak dan garing.masukkan sawi dan nasi putih. gaul sebati. perisakan dgn garam.akhir sekali, masukkan ikan bilis. gaul sekata. SIAP!kredit resepi : Nor Azlina

NASI GORENG TELUR
BAHAN-BAHAN :nasi putih3 ulas bawang merah2 ulas bawang putihsegenggam ikan bilis6 biji cili padi2 biji telurCARA-CARA :tumbuk bawang merah, bawang putih, ikanbilis dan cili padi.tumiskan bahan yg ditumbuk tadi. masukkan 2 biji telur. gaulkan sebati.kemudian masukkan garam dan gaul sebati.akhir sekali barulah masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata. SIAP!kredit resepi : Mimi Azirah

NASI AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN :5 ketul ayamairbawang merah (tumbuk kasar)bawang putih (tumbuk kasar)halia (diketuk)akar daun ketumbar1 kiub pati ayamCARA-CARA :kita rebus ayam dengan semua bahan di atas hingga ayam menjadi lembut.air rebusan ayam digunakan untuk memasak nasi. nasi tu dimasak seperti biasa ye.ayam pula ditoskan sementara nasi masak.sambil tunggu nasi masak, boleh sediakan sos merah utk nasi ayam kita.RESEPI SOS MERAH :1 biji bawang merah (ditumbuk kasar)1 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)1 biji cili merah (ditumbuk kasar)3 biji cili padi (ditumbuk kasar)daun ketumbar (dipotong kasar)1 biji tomato (dipotong dadu)1/2 gelas air rebusan ayam1 piring kecil sos cilibila da siap tumbuk bahan-bahan di atas, satukan dgn bahan-bahan yg lain. gaul rata dlm satu mangkuk. SIAP

kredit resepi : Shalimar

NASI ULAM SAYUR KELADI (UTARA)
BAHAN-BAHAN UTK NASI ULAM :nasiikan talang masin - goreng dan mesin halusudang kering - goreng tanpa minyak dan mesin haluskerisik - mesin halus (elok kalau buat sendiri)lengkuas dan serai - mesin halus, tapi mesin asing-asing yebawang besar - potong nipisbunga kantan - potong nipisulam-ulaman - gulung kemudian hiris halus.bubuh nasi dalam bekas besar, masukkan setiap bahan tu sikit-sikit, campur dan gaul semuanya
SIAP! kalau nak tambah garam / serbuk perasa, boleh
kalau nak bagi pedas, boleh tambah cabai kecik atau lada hitam. ikut citarasa masing-masing

CARA-CARA NAK MASAK SAYUR KELADI :

keladi - rebus, lepas tu buang airikan temenung - rebus, asing isi dan tulang. mesin (mcm buat laksa)bawang besar, belacan - mesin aircabai kering mesindaun kesombunga kantan - hiris nipislada hitam - mesin halusasam kepinggula & garambasuh keladi dan rebus. dah nampak lembut, buang air rebusan tu.masukkan bahan yang telah dimesin (ikan temenung, bawang besar & belacan) dan cabai kering mesin
kalau nampak kering, tambah air sikit. biar ia mendidih sikit
masukkan daun kesom, bunga kantan asam keping, lada hitam, garam dan gula
ikut kalau nak tambah perasa. SIAP untuk dihidang

kredit resepi : Ira Dzahir

BUBUR NASI BERLAUK

for moi / bubur nasi all u need is beras and water. resepi ni guna Philips Pressure Cooker
1 cup of rice grain + 2 cups water, masukkan dlm pressure cooker and then press mode "CONGEE" and then press START.after 13 minutes you moi / bubur nasi is ready.
kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi
and for the lauk parts, u can cook basically anything u love

kredit resepi : Alia Farhan

NASI GORENG SOTONG
BAHAN-BAHAN :nasi lebihan semalam2-3 ekor sotong - dipotong1 ulas bawang merah kecil1 ulas bawang putih1-2 sudu besar cili kisar1 sudu besar sos tiram1-2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas)1 biji telur (ni dibuat telur hancur terlebih dahulu ye)sayuran - sawi & kubisgaramminyakdaun bawang & bawang gorengCARA-CARA :panaskan minya, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. masukkan cili kisar dan masak seketika. masukkan sotong dan sos tiram. biar hingga sotong masak.akhir sekali, masukkan nasi, garam, sayuran dan telur hancur. gaul rata.SIAP! hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.kredit resepi : Cahaya Hayati

BUBUR NASI KEMBOJA
BAHAN-BAHAN :beras yang telah dibersihkanbawang putih (ditumbuk halus)udang kering (ditumbuk halus)potongan ayam (isinya akan dicarik kemudian)lada hitam (ditumbuk halus)sayuran - sawi dan taugehdaun ketumbar jawagaramminyak utk menumisCARA-CARA :tumis bawang putih dan hirisan halia sehingga naik bau. masukkan beras dan goreng beras tu sehingga garing.di dalam periuk yg berasingan, rebus ayam hingga empuk. bila ayam dah lembut, angkat dan toskan. carik-carikkan isinya. tulang ayam dimasukkan semula ke dlm air rebusan ayam.beras yang telah digoreng garing tadi, dimasukkan ke dalam air rebusan ayam. masakkan sehingga beras menjadi bubur.masukkan lobak asin yg bersaiz besar ke dlm bubur.perisakan dgn garam.kredit resepi : Siti Rohaida

NASI MINYAK DAGING BERIANI
BAHAN-BAHAN :3 cawan beras basmathi1/2 cawan marjerin / planta3 1/2 cawan air1 cawan susu cair2 kuntuk bunga lawang2 batang kulit kayu manis3 biji buah pelaga2 helai daun pandangaram1 kiub stok ayampewarna kuning6 biji bawang merah (dikisar)3 ulas bawang putih (dikisar)1 cm halia (dikisar)bawang gorengdaun bawang (dihiris)CARA-CARA :tumiskan bahan yang telah dikisar dgn marjerin / planta. masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.masukkan beras yang dah siap dicuci, garam, air, susu cair dan kiub ayamapabila nasi telah kering, masukkan pewarna kuning. letakkan bercapuk atau setompok-setompok. tutup dan biarkan seketika.setelah kering, kacau rata. biarkan seketika.bolehlah dihidangkan. SIAP!
CARA-CARA BUAT DAGING BERIANI :1 kg daging (direbus hingga lembut)1/2 cawan minyak1 cawan air125g rempah beriani2 tangkai daun ketumbargaram2 biji kentang (dipotong 4)sedikit susu cair2 sudu cili kisar7 biji bawang merah (dikisar)5 ulas bawang putih (dikisar)3 labu bawang besar (dikisar)1 1/2 cm halia (dikisar)panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. masukkan rempah beriani dan cili kisar
masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang
tambahkan air, garam dan perasa
masakkan sehingga pekat. hias dgn tomato ceri. SIAP

kredit resepi : Shuhada Herman

NASI GORENG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN :nasi sejukikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)bawang putih (ketuk dan cincang)cili padi (ketuk dan cincang)telurkailan serbuk lada hitam / lada sulahsos tiramgulaCARA-CARA :tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.masukkan telur dan hancurkan.masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. kacau rata.masukkan gula dan serbuk lada hitam / lada sulahmasukkan nasi dan kacau rata. SIAP!
kredit resepi : Maria Firdz

NASI AYAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN :untuk nasi ayambawang putih (dihiris)bawang merah (dihiris)halia (dihiris)ayamminyak masakdaun pandan (kalau takde, boleh pakai esen daun pandan ye)berasuntuk ayam kukus haliaayamhalia (dihiris)garamminyak bijan4 sudu besar kicap cairkicap manis3 sudu teh lada hitamdaun ketumbar / daun bawangCARA-CARA :untuk nasi ayampanaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira brand apa ye).beras dibasuh dan ditoskan. ia dimasukkan ke dalam bahan yang telah digoreng tadi, digaul sebati.selesai digoreng semua tu, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam. ayam mestilah dibasuh dulu.dimasak dengan air mengikut sukatan beras.untuk ayam kukus haliagaulkan semua bahan-bahan bersama ayam dan ia diperapkan di dalam peti ais selama 1 jam.panaskan ketuhar. kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar / daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk. lebih kurang masak selama 40 minit.SIAP!
kredit resepi : Hanny Abdullah

NASI LEMAK KUAH SAMBAL
BAHAN-BAHAN :telur yang telah direbustimunkacangikan bilis yang telah digoreng1 kotak kecil santan1 inci halia (dihiris)2 pot beras3 biji bawang merah sederhana besar3 ulas bawang putih2 sudu besar ciliboh1/2 sudu besar pes asam jawagulaCARA-CARA :untuk masak nasibilas beras. masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.untuk masak sambalkisar bawang merah dan bawang putih.tumis bahan yang telah dikisar, biarkan kering sikit.masukkan ciliboh. tumis sampai sambal warna merah gelap.masukkan asa jawa, kemudian tambah ari satu cawan kecil. tunggu kering sikit.masukkan gula, gaul sebati.kredit resepi : Marina Bashah

NASI AYAM MARJERIN
BAHAN-BAHAN :bawang putih (ditumbuk lumat)halia (ditumbuk lumat)ayam1 jug airkicapsos tiramcili merahlada sulahsup bunjutgaram & gulamadukentang (dipotong 7-10 bahagian)lobak merah (dipotong2 selepas potong hiris sedikit tebal)2 kiub pati ayamcukamarjerinCARA-CARA :bahan tumbuk dibahagikan kepada 4 bahagian utk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.ambil 1 bahagian utk perap ayam di dalam mangkuk. biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut besama 1 kiub pati ayam.setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dgn kicap, sos tiram, garam dan madu. perap selama 10-20 minit.untuk masak nasicairkan marjerin dan masukkan 3 serangkai dan 1 bahagian bahan tumbuk.apabila sudah kekuningan, masukkan bahan-bahan tesebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.masukkan air rebusan ayam, garam, daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.masakkan beras tersebut seperti biasa.untuk masak nasisetelah 10 - 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. tahap garing terpulang kepada masing-masing ye

untuk masak kuah kicapmasukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.kemudian, masukkan setengah cawan air rebusan ayam.tambahkan sedikit garam & kicap.kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.untuk buat sambal cilimasukkan 5-6 biji cilimerah atau hijau ke dalam blender.kemudaian masukkan cuka, gula, air, sos cili dan 1 bahagian bahan tumbuk.kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk utk dihidang.untuk masak sup ayammasukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil, garam, kiub pati ayam dan bahan tumbuk.kemduia masukkan lobak merah dan kentang.bila lobak merah dan kentang sudah empuk, tutup api. boleh dihidangkan.
kredit resepi : Khalisah Hazrina

NASI DAGANG KELANTAN
BAHAN-BAHAN :1.5kg beras nasi dagang8 biji bawang merah dihiris1 1/2 inci halia dihiris panjang-panjang1 sudu besar rata halba2 cawan santan pekat dimasak bersama sedikit garam2 1/2 cawan santan cairCARA-CARA :beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang di tengah supaya wap mudah masuk. kukus kali pertama selama lebih kurang 15 minit.kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sedikit demi sedikit bersama-sama hirisan bawang merah dan halia. dlm proses itu, masukkan halba sekali sedikit demi sedikit. gaul sebati dan kukus selama lebih kurang 15 minit.akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus dengan pati santan yang telah dimasak. kukus kali ketiga ye. kukus sekejap je dan balik-balikkan.bila nampak nasi sudah masak dan warnanya dah pucat, dah kira masak la tu.nota pentingjgn leka ketika mengukus nasi dagang, ditakuti nasi tu jadi pecah sebab dimasak terlalu lama
sebaiknya, semasa nak angkat kukusan kali pertama, pastikan beras tu bila kita picitkan di antara 2 jari kita, beras tu mudah putus walaupun beras masih belum masak sepenuhnya
nasi dagang kelantan ni sedap dimakan bersama dgn gulai ikan tongkol dan acar mentah 😋

kredit resepi : Wani Sukarno


wah, lumayankan perkongsian saya hari ni.
20 resepi berasaskan nasi penambat selera bila berbuka puasa.
setiap hari boleh la mencuba aneka resepi ni.lain tangan yg memasak, lain caranya dan gerak kerjanya. nampak sama, tapi setiap resepi ada keistimewaan masing-masing 😃
patut dicuba satu persatu
jgn lupa share ni dgn org lain ye, moga sama-sama dpt manfaat daripada penulisan ni

... ok, bye


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adianiez.com/2020/04/koleksi-resepi-nasi-aneka-menu-berasaskan-nasi-penambat-selera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 722 hits
Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa Hari ni terlebih rajin jadi terjadilah kejadian onde onde versi Lea Azleeya Ahakz Dah lama nak buat tapi tertangguh tangguh Hari ni baru hati terbuka seluasnya untuk melunaskan...
30 Menu Beserta Resepi Berbuka Puasa

30 Menu Beserta Resepi Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 733 hits
30 Resepi Buka PuasaNah aku kongsikan 30 menu untuk dijadikan juadah berbuka puasa Semangat menyambut Ramadan dah semakin terasa bila jiran dan kawan kawan dah mula berkongsi menu berbuka dan juga dah makin ramai menjual kurma Ada yang kong...
Menu Berbuka Puasa Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah

Menu Berbuka Puasa Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1237 hits
Assalamulaikum Sabtu 9 Ramadhan Hampir satu pertiga bulan Ramadhan Alhamdulillah Tahun ini Ramadhan tanpa bazar Ada yang terkesan bila tiada bazar Ramadhan Kali ini ramai yang mula memasak sendiri Mahir atau tidak tolak ketepi Kita masak ap...
Menu Berbuka Bila Selera Memahukan Hidangan Selain Daripada Nasi Putih

Menu Berbuka Bila Selera Memahukan Hidangan Selain Daripada Nasi Putih

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 614 hits
assalamualaikum salam sejahtera sempat update blog sekejap sambil sambil prepare juadah berbuka utk Ramadhan ke 9 sekali lagi hari ni preparation dibantu oleh anak anak dara saya ajar diorang buat roti jala sambil saya menaip ni hah diorang...
Menu Berbuka Puasa Soto Campur Sabahan Style

Menu Berbuka Puasa Soto Campur Sabahan Style

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 618 hits
AssalammualaikumKalau Sabahan mesti menu soto sabah masuk dalam list berbuka MV masak soto campur ayam dan daging untuk berbuka puasa keenam haritu first time sebenarnya buat soto campur selalunya MV buat soto ayam sahaja Kebetulan si kakak...
Resepi Ayam Masak Gulai Siam Buka Selera Ketika Berbuka

Resepi Ayam Masak Gulai Siam Buka Selera Ketika Berbuka

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 734 hits
RESEPI AYAM MASAK GULAI SIAM BUKA SELERA KETIKA BERBUKABAHAN BAHAN
Menu Berbuka Nasi Biryani Dan Kerang Rebus

Menu Berbuka Nasi Biryani Dan Kerang Rebus

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 465 hits
Menu berbuka hari pertama k fiezz ganti puasa rabu baru ni hehe Baru nak ganti uolls hehe perangai sangat kan So mr hubby belanja Nasi Briyani dari kedai Bhai Biryani Kedai ni dekat je dengan rumah kitaorang harga boleh tahan juga 1 set nas...
Juadah Berbuka Puasa Selera Kampung Dari Kontiki Restaurant The Federal Kl

Juadah Berbuka Puasa Selera Kampung Dari Kontiki Restaurant The Federal Kl

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 735 hits
Juadah Berbuka Puasa Selera Kampung Yang Cukup Sedap Dari Kontiki Restaurant Bila otak dah tepu nak masak apa untuk juadah berbuka puasa apa nak risau sekarang semua di hujung jari aje Kita gantung periuk kuali dan kita order aje apa The po...
Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Pak Choy

Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Pak Choy

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 768 hits
Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Pak Choy Setiap orang ada menu kegemaran masing masing time nak berbuka Kalau saya lebih suka nasi dengan lauk ayam kari atau masak lemak cili api Air panas kopi tarik Cukuplah En suami pula dari ha...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah