Menteri Timb Menteri Tak Kebal Jika Ingkar Pkp Takiyuddin



Menteri dan timbalan menteri tidak kebal daripada tindakan undang-undang jika sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata jika benar ada perkumpulan yang melibatkan mana-mana menteri mahupun timbalan menteri dilakukan secara sengaja, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Semua orang tertakluk kepada undang-undang, termasuk menteri tak ada imuniti terhadap undang-undang ini. Kalau dikatakan sengaja (mengingkari PKP) dan terang-terang melanggar prosedur operasi standard (SOP), terpulang kepada penguat kuasa untuk ambil tindakan. Namun ia bergantung kepada kesalahan.

"Menteri bermesyuarat setiap hari mengenai isu-isu berkaitan Covid-19 dan setelah selesai mesyuarat, ada yang memerlukan (melakukan) tinjauan lanjut. Sebagai contoh seorang menteri datang ke satu tempat, ia melibatkan taklimat, melibatkan pandangan yang perlu diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Semalam, tular di laman sosial mendakwa lawatan kerja seorang timbalan menteri tidak mengikuti SOP PKP selepas ramai dilihat berkumpul dan makan bersama tanpa jarakan sosial.

- Bernama
--------

Ismail Sabri serah pada polis siasat VIP langgar PKP

Tidak ada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang dengan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian ditanya mengenai "individu berjawatan tinggi" yang berkumpul beramai-ramai dan melanggar PKP.

"Untuk sesiapa sahaja, saya dah sebutkan, tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Itu asasnya.

"Jadi saya difahamkan sudah ada tiga laporan polis yang telah pun dilakukan.

"Oleh itu kita serahkanlah kepada pihak polis untuk meneruskan tindakan," katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara dalam talian hari ini.

Gambar beberapa pemimpin Perikatan Nasional melakukan lawatan dan menikmati hidangan makanan beramai-ramai dikongsi secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu, sehingga mengundang banyak kritikan.

Antaranya dilakukan oleh Timbalan Menteri Kesihatan sendiri iaitu Noor Azmi Ghazali.

Ini selepas beliau bersama exco kerajaan negeri Perak, Razman Zakaria dilihat menikmati makanan secara berkumpulan dalam satu majlis.

Selain itu tular gambar Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi bekas menteri besar Ahmad Said di kediamannnya di Teluk Kalong, Kemaman ketika tempoh PKP masih berkuatkuasa.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin meyifatkan Noor Azmi sebagai tidak menunjukkan teladan yang baik.


Mohamed Khaled juga menyorot bahawa menteri di negara lain meletakkan jawatan kerana perkara seumpama itu.

Sementara itu, Ismail berkata bahawa polis membuat 1,565 tangkapan semalam, iaitu 508 lebih banyak berbanding hari sebelumnya.

Seramai 13,639 orang telah ditangkap sejak PKP bermula.

Dengan Ramadan yang semakin hampir, Ismail berkata bahawa polis akan membuat lebih banyak sekatan jalan raya.

Beliau justeru menasihati rakyat agar terus mematuhi PKP.

"Kita dah nampak kejayaan hasil PKP yang kita perkenalkan.

"Maka kita sepatutnya membantu kerajaan untuk memastikan sifar Covid-19.

"Kita harus terus tidak melakukan (menerhadkan) pergerakan untuk memastikan tidak ada lagi kes Covid-19 baru dan dapat menamatkan PKP," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/menteri-timb-menteri-tak-kebal-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbalan Menteri Ingkar Pkp Tidak Kebal Datuk Takiyuddin Hassan

Timbalan Menteri Ingkar Pkp Tidak Kebal Datuk Takiyuddin Hassan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 344 hits
Menteri dan timbalan menteri tidak kebal daripada tindakan undang undang jika sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan Beliau berkata jika benar ada perkumpulan yang mel...
Tiada Lagi Kompaun Rm1 000 Individu Ingkar Pkp Akan Terus Direman Dihadapkan Ke Mahkamah Menteri

Tiada Lagi Kompaun Rm1 000 Individu Ingkar Pkp Akan Terus Direman Dihadapkan Ke Mahkamah Menteri

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 326 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa kedua berakhir pada hari ini dan bermula esok PKP Fasa ketiga akan dikuatkuasa dengan tindakan yang lebih tegas Jika sebelum ini pihak berkuasa mengenakan kompaun RM1 000 kepada individu yang ingkar PKP dala...
Polis Rotan Remaja Yang Ingkar Pkp Demi Lindungi Masyarakat Kata Menteri

Polis Rotan Remaja Yang Ingkar Pkp Demi Lindungi Masyarakat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 332 hits
Ketegasan anggota polis ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan melindungi masyarakat daripada terdedah kepada jangkitan koronavirus kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin Beliau berkata setiap anggota polis ...
Menteri Ingkar Arahan Pkp Apakah Tindakan Kerajaan

Menteri Ingkar Arahan Pkp Apakah Tindakan Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 435 hits
Tular mengatakan bahawa terdapat Menteri dan orang kenamaan ingkar PKP Aduhhh selama bermulanya tempoh PKP dah berapa ramai yang kena tahan kerana ingkar PKP Ya lah ada yang tinggal rumah dah lebih sebulan lamanya Ada yang kena duduk di asr...
Bila Nak Bersalin Maaf Doa Suami Tu Penting Isteri Hamil 9 Bulan Datang Mohon Restu Suami Kena Tahan Ingkar Pkp

Bila Nak Bersalin Maaf Doa Suami Tu Penting Isteri Hamil 9 Bulan Datang Mohon Restu Suami Kena Tahan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 632 hits
Bila tiba waktu bersalin lazimnya seorang isteri akan memohon maaf atau meminta restu dari suami tercinta supaya reda dan doa ikhlas daripadanya dapat membantu proses bersalin lebih lancar Itu yang dibuat oleh seorang isteri di Alor Setar K...
Suami Ditahan Ingkar Pkp Isteri Datang Balai Minta Restu Nak Bersalin

Suami Ditahan Ingkar Pkp Isteri Datang Balai Minta Restu Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 365 hits
ALOR SETAR Seorang wanita yang sarat mengandung sembilan bulan sanggup datang untuk melihat suaminya yang ditahan polis dalam pemeriksaan di Jalan Seberang Putra Sungai Baru Alor Setar malam tadi Wanita berusia 30 an itu ditemani jirannya d...
Confirm Bangang Bung Moktar Selar Vip Ingkar Pkp

Confirm Bangang Bung Moktar Selar Vip Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 320 hits
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan ramai individu telah ditahan kerana didapati mengingkari PKP Disebabkan itu mereka dikenakan tindakan denda dan penjara sebagai pengajaran agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi Tetapi baru b...
Manusia Yang Ingkar Pkp Bodoh Macam Keldai

Manusia Yang Ingkar Pkp Bodoh Macam Keldai

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 462 hits
Gambar dibawah ini telah diambil dari satu kejadian ketika perang dunia kedua yang mana seorang askar terpaksa memikul seekor keldai ketika melintasi padang rumput bukan kerana kasihankan keldai atau menderita sakit mental namun jika keldai...
Pasangan Kekasih Dijel Ingkar Pkp Halang Tugas Polis

Pasangan Kekasih Dijel Ingkar Pkp Halang Tugas Polis

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 360 hits
ALOR GAJAH Sepasang kekasih dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan dan menghalang tugas penjawat awam
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah