Menteri Pertanian Salahuddin Ayub Diugut Bunuh Terima Bangkai Lembu


Menteri Pertanian Salahuddin Ayub pada bulan Julai berkata, kerajaan PH komited membangunkan semula ladang lembu NFC. – Foto The Malaysian Insight
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub menerima bangkai seekor lembu bersama nota ugutan bunuh pada Rabu.
Timbalannya, Sim Tze Tzin mengesahkan perkara itu di Parlimen pada Khamis dan berkata, kementeriannya sedang menunggu pengumuman Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkaitan hasil siasatan kes tersebut.
Sim berkata laporan polis telah dibuat sejurus selepas bangkai seekor lembu dan nota ugutan bunuh itu diletak di depan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar, Ahad lalu.
Sementara itu, Salahuddin dilapor NSTP berkata, beliau menyedari ugutan itu sebagai perkara serius selepas polis memaklumkan ia membabitkan kes ugut bunuh terhadap seorang menteri.
Beliau pada mulanya beranggapan notis ugutan itu hanya ‘main-main’, terutama selepas melihat bangkai lembu berkenaan dipakaikan baju merah dengan logo PKR dan ugutan mengandungi namanya itu antara lain menyebut ‘lembu aku mati kemalangan, engkau aku bunuh, engkau tak ada otak’ yang ditulis dengan warna merah.
“Paling penting, saya nak tahu apa motif sebenar sebab saya rasa saya tak ada musuh, saya tak bergaduh dengan orang dan saya tak pernah menimbulkan pergaduhan tetapi tiba-tiba menerima ugutan sebegini.
“Semalam keterangan saya diambil oleh polis di Muar dan diberitahu suspek sudah direman. Saya tak boleh komen lanjut dan serahkan kepada polis untuk membuat siasatan,” katanya dipetik NSTP.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim dilaporkan berkata, lelaki yang membuat ugutan itu direman hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Kamaluddin turut dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati apabila permohonannya meminta bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditolak.
Ketika ditanya mengenai penolakan bantuan itu, Salahuddin mengakui menerima banyak permohonan setiap kali pulang ke Simpang Jeram, namun tidak pasti sama ada pernah menolak permohonan suspek.
KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB
KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar
KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin
KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah
The post Menteri Pertanian Salahuddin Ayub diugut bunuh, terima bangkai lembu appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190646/menteri-pertanian-salahuddin-ayub-diugut-bunuh-terima-bangkai-lembu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangkai Lembu Ugutan Bunuh Untuk Salahuddin

Bangkai Lembu Ugutan Bunuh Untuk Salahuddin

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 356 hits
Diterbitkan 5 Dis 2018 8 56 malamMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub menerima bangkai seekor lembu dan nota ugutan bunuh di hadapan pusat khidmat masyarakatnya di Simpang Renggam Johor Padanya terdapat sekeping kertas m...
Ugut Bunuh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

Ugut Bunuh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 360 hits
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub mendapat ugutan bunuh dua hari lepas dengan cara meletakkan bangkai lembu dan nota ugutan bunuh di hadapan rumah yang dijadikan pusat khidmatnya Berikutan itu seorang saspek tel...
Salahudin Dapat Ugutan Bunuh Bangkai Lembu Dan Nota Ugutan

Salahudin Dapat Ugutan Bunuh Bangkai Lembu Dan Nota Ugutan

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 394 hits
BORHAN AHMAD Pada awalnya saya lihat ia perkara kecil sahaja tetapi nampaknya polis memandang serius perkara ini kerana ia ugutan ke atas eeorang menteri kata Salahudin kepada Malaysia Dateline Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk...
Salahuddin Terima Ugutan Bunuh

Salahuddin Terima Ugutan Bunuh

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 730 hits
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin AyubKUALA LUMPUR Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub mendakwa menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali Ugutan itu disedarinya dua hari l...
Buka Komunikasi Menteri Amran Dorong Bem Aktif Sukseskan Program Pertanian

Buka Komunikasi Menteri Amran Dorong Bem Aktif Sukseskan Program Pertanian

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 229 hits
Kementerian Pertanian mendorong seluruh mahasiswa yang tergabung dalam Badan Eksekutif Mahasiswa Pertanian di seluruh Indonesia agar mau mengawasi dan berkontribusi terhadap jalanya program pemerintah khususnya bidang pangan
Rusuhankuil Maklumat Mana Menteri Terima Polis Lambat Bertindak

Rusuhankuil Maklumat Mana Menteri Terima Polis Lambat Bertindak

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 329 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan mereka lambat bertindak dalam menangani insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights di sini awal pagi semalam Menurut Mohamad Fuzi polis sampai ditempat kejad...
Icerd Putrajaya Ambil Tanggungjawab Besar Selamatkan Negara Salahuddin Ayub

Icerd Putrajaya Ambil Tanggungjawab Besar Selamatkan Negara Salahuddin Ayub

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 333 hits
SERDANG Putrajaya mengambil tanggungjawab besar menyelamatkan negara daripada kumpulan yang cuba mengambil kesempatan dan mencetuskan suasana tidak harmoni di dalam negara Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata langka...
Lembu Mati Kena Langgar Pun Salahkan Menteri Ph

Lembu Mati Kena Langgar Pun Salahkan Menteri Ph

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 431 hits
JANATUL FIRDAUS YAACOB KUALA LUMPUR Ahli ahli Parlimen PH mengutuk sekeras kerasnya tindakan individu yang mengugut mengancam nyawa Menteri Pertaniandan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub Ugutan itu muncul apabila individu timbul hany...
Ugut Menteri Pertanian Pegawai Khas Mungkin Rakyat Terlalu Tertekan Sekarang

Ugut Menteri Pertanian Pegawai Khas Mungkin Rakyat Terlalu Tertekan Sekarang

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 352 hits
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dan pegawai khasnya di DUN Simpang Jeram menerima bangkai seekor anak lembu beserta nota ugutan pada Ahad Bangkai haiwan itu dipakaikan baju merah dan ditinggalkan di depan pusa...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar