Menteri Peruntukan Untuk Gaji Pekerja Bernama Diguna Untuk Hal Lain


Susan Loone 
 Kementerian Kewangan menyanggah kenyataan pengurusan Bernama berhubung kekangan kewangan agensi berita nasional itu yang bakal menjejaskan pekerjanya.

Menterinya Lim Guan Eng berkata, kerajaan sentiasa memberi peruntukan mencukupi untuk pembayaran gaji serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Emolumen dan gaji sentiasa diberi peruntukan yang mencukupi agar bayaran emolumen boleh dibayar dahulu berbanding bayaran lain," katanya dalam kenyataan hari ini

Menurut laporan Malaysiakini semalam, pengurus kanan akaun dan kewangan Bernama, Syarifah Zaini Syed Zain berkata agensi itu berdepan masalah kewangan kerana belum menerima geran daripada kerajaan.

Bercakap di depan kira-kira 100 pekerja Bernama, Syarifah Zaini berkata kekangan itu menyebabkan gaji pekerja terpaksa dibayar menggunakan wang potongan untuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - menyebabkan caruman tidak dapat dibuat - dan menjejaskan bayaran pinjaman kereta bagi pekerja yang membuatnya melalui potongan gaji bulanan.

Syarifah Zaini berkata Bernama telah meminta Kementerian Kewangan menjelaskan mengenai kelewatan dalam membayar geran suku ketiga yang menurutnya lazimnya dibuat tepat pada waktunya sebelum pembayaran gaji.

CEO Bernama Nurini Kasim pula berkata kerajaan kini berdepan kekangan kewangan yang menyebabkan masalah itu.

Berkenaan kelewatan pembayaran geran, Lim mempersoalkan kenyataan Syarifah Zaini kerana menurutnya "satu dakwaan serius memandangkan fakta menunjukkan sebaliknya"

"Jika gaji Julai tidak mampu dibayar kerana tidak menerima geran dari kementerian, mengapa pula kementerian hanya terima surat permohonan bertarikh 19 Julai 2019 yang diterima pada 22 Julai?" soalnya lagi.

Beliau mempersoal sama ada wang yang diperuntukkan untuk bayaran emolumen, gaji dan caruman KWSP "dialihkan" pihak pengurusan Bernama untuk tujuan pembayaran lain.

"Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk memulakan sebuah siasatan untuk menentukan siapa yang harus bertanggungjawab ke atas kedudukan serius ini dan juga menyekat bayaran sumbangan KWSP agar tindakan sewajarnya boleh diambil," katanya lagi.

Lim berkata, dakwaan itu telah memburukkan imej kementeriannya yang sering dipersalahkan apabila ada kementerian atau agensi kerajaan gagal menguruskan kewangan dengan baik sehingga berdepan masalah seperti itu.

'CEO Bernama sudah dipanggil'
Dalam respon segera terhadap laporan Malaysiakini semalam, Bernama berkata semua masalah aliran tunai tertunggak telah diselesaikan dan agensi itu dalam proses menambah baik proses pengurusan kewangan

Menurut kenyataan kepada Malaysiakini, Bernama berkata ia sebahagian daripada pelan rasionalisasinya

"Bernama memberi keutamaan terhadap menjamin kebajikan pekerja seperti yang dijelaskan kepada pekerja ketika sesi town hall semalam (Khamis)," kata agensi itu

Sementara itu, sumber dalam Kementerian Kewangan berkata Nurini telah dipanggil untuk memberi penjelasan berkenaan "kekangan kewangan" seperti yang didakwanya.

Kata sumber itu, Nurini disoal berkenaan sebab kegagalan agensi itu menguruskan kewangan mereka walaupun telah diberi peruntukan mencukupi daripada kementerian kewangan.

"Kementerian serius berkenaan hal ini. Kita ingin menyiasatnya secara terperinci kerana siasatan awal mendapati mungkin berlaku penyelewengan dana," kata pegawai tinggi kementerian itu yang enggan dinamakan.

"Mengalihkan dana daripada pembayaran seperti (caruman) KWSP, memotong gaji pekerja tetapi tidak menyalurkan wang kepada bak yang relevan bukan saja kesilapan besar tetapi boleh dianggap sebagai pecah amanah oleh pengurusan," katanya lagi.

Beliau menyuarakan kekecewaannya kerana menurutnya Kementerian Kewangan disalahkan walaupun telah memberi dana yang mencukupi melalui geran.

"Pengurusan membuatkannya seolah-olah ia salah kita tetapi sebenarnya ia jelas satu kes salah urus dana.

"Kita akan siasat ke mana wang itu pergi. Wang itu untuk kebajikan pekerja dan bukan untuk tujuan lain. Siasatan kita akan dibuat secara terperinci dan mereka yang terlibat mengalihkan dana akan dikenakan tindakan serius," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/menteri-peruntukan-untuk-gaji-pekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Pengenalan Tulisan Jawi Diguna Ganti Khat Jemaah Menteri

Nama Pengenalan Tulisan Jawi Diguna Ganti Khat Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 1004 hits
Gambar hiasan via Jabatan Penerangan Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan untuk mengekakan pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 di SJK mulai tahun 2020 Namun begitu pelaksanaannya akan diterus...
Gaji Ku Seman Desak Pemimpin Umno Bantu Nasib Pekerja Utusan

Gaji Ku Seman Desak Pemimpin Umno Bantu Nasib Pekerja Utusan

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 567 hits
Penulis Ku Seman Ku Hussain menyeru pemimpin UMNO supaya tampil membantu pekerja Utusan Melayu yang kini terhimpit dengan isu pembayaran gaji Bekas pengarang Utusan Melayu itu berkata meskipun BN tewas dalam pilihan raya umum ke 14 lalu pem...
Hati Hati 5 Hal Tak Penting Ini Bikin Gaji Cepat Habis

Hati Hati 5 Hal Tak Penting Ini Bikin Gaji Cepat Habis

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 276 hits
Tanpa diketahui banyak hal sepele yang kita lakukan bisa membuat uang kita cepat habis tanpa disadari Bahkan hal hal itu kerap tak dianggap karena dinilai tidak terlalu berpengaruh terhadap uang Anda
Isu Bernama Kerajaan Bukan Bankrap Sehingga Tidak Mampu Bayar Gaji Guan Eng

Isu Bernama Kerajaan Bukan Bankrap Sehingga Tidak Mampu Bayar Gaji Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 284 hits
Lim Guan Eng foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nurini Kassim bahawa kerajaan menghadapi kekangan kewangan sehingga tidak dapat membuat bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kakitangannya tidak berasa...
Bernama Cash Strapped Staff In A Quandary Ministry Launches Probe

Bernama Cash Strapped Staff In A Quandary Ministry Launches Probe

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 168 hits
National news agency Bernama is a facing a cash flow problem affecting payments to staff s EPF contributions and their loan repayments despite making deductions from their salaries In a town hall meeting with about 100 staff at Bernama s Ku...
Kementerian Sumber Manusia Belum Terima Laporan Bernama Gagal Carum Kwsp

Kementerian Sumber Manusia Belum Terima Laporan Bernama Gagal Carum Kwsp

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 243 hits
Kementerian Sumber Manusia belum terima laporan Bernama gagal carum KWSP Dikemas kini 3 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 A
It S Your Salary Or Epf Cash Strapped Bernama Tells Staff Says Report

It S Your Salary Or Epf Cash Strapped Bernama Tells Staff Says Report

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 316 hits
National news agency Bernama is reportedly facing difficulties paying its staff PETALING JAYA National news agency Bernama has told its staff that it is facing cash flow problems even telling them that it was forced to skip contributions to...
Bernama Clarifies On Fake Website

Bernama Clarifies On Fake Website

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 113 hits
Bernama stressed that the website was not its and was intended to confuse the public Bernama Photo KUALA LUMPUR The Malaysian National News Agency today clarified that there is a fake website which is similar to the official website of the ...
198 000 Liter Air Diguna Bagi Memadam Kebakaran Hutan Di Miri

198 000 Liter Air Diguna Bagi Memadam Kebakaran Hutan Di Miri

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 324 hits
MIRI 16 Ogos Sejumlah 198 000 liter air telah digunakan dalam operasi memadam kebakaran hutan melalui udara di Kuala Baram hari ini Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berk...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun