Menteri Pengangkutan Gagal Lagi


 

Saya amat mengalu-ngalukan pembukaan sempadan di antara dua negara jiran yang amat rapat, Singapura dan Malaysia, pada 1 April lalu.
Saya juga mengikuti perkembangan terkini sewaktu sempadan dibuka pada jam 12.01 tengah malam itu melalui pelbagai jenis media sosial yang dikongsi oleh pihak yang terlibat dalam perjalanan mereka.
Amatlah menghairankan dengan jumlah yang begitu ramai. Apakah mereka semua itu terkandas di Singapura selama ini?
Kenapa dan mengapa jumlah pejalan kaki yang merentasi tambak Johor menghala ke Malaysia itu begitu ramai?
Apakah benar tiada rakyat Singapura yang terkandas di Malaysia.
Namun, persoalan lebih penting ialah apakah pihak berkuasa tidak mempunyai data dan maklumat tentang begitu ramai warga Malaysia bersiap sedia memasuki negara pada 1 April?
Tentunya aplikasi MySejahtera yang diguna pakai sekarang dapat mengesan posisi mereka di negara jiran itu?
Serta juga jadual perjalanan yang diisi sebelum mereka bertolak, itu diperlukan dalam aplikasi tersebut.
Pihak berkuasa kita banyak bercakap tentang pentingnya aplikasi tersebut dan perlunya persediaan yang menggunakan teknologi terkini, tetapi hasilnya seperti yang terlihat di tambak Johor pada malam 1 April itu, amat memalukan negara.
Tiada perkhidmatan bas
Sekiranya mereka tahu begitu ramai rakyat yang akan pulang, kenapa persediaan yang lebih teratur tidak disediakan dan tidak diadakan?
Kenapa Menteri Pengangkutan cuma memberi kebenaran kepada pengusaha bas Johor-Singapura untuk memulakan operasi mereka pada 1 Mei dan tidak pada 1 April?
Di mana kecekapan kementerian? Apakah mereka faham apa itu konsep persediaan?
Kenapa mereka mendakwa diri dalam keadaan bersiap sedia untuk membuka sempadan tetapi pada sebenarnya tidak?
Bas pun tidak disediakan. Apa lagi khidmat kereta api antara Woodlands dan JB yang wujud, tetapi tidak dioperasikan. Jadi warga Malaysia semuanya terpaksa berjalan kaki.
Kementerian Pengangkutan nampaknya sanggup membiarkan rakyat yang telah lama terkandas, terpisah daripada keluarga dan mungkin juga tersempit dari segi kewangan, untuk pulang semula ke tanah air dari Singapura, ikut ‘pandai’ mereka.
“Persediaan” yang dilaungkan oleh Menteri Pengangkutan hanya indah khabar dari rupa.
Apakah maruah rakyat yang bekerja di Singapura begitu murah sehingga boleh terbiar begitu rupa.
Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pengangkutan bertanggungjawab menyediakan khidmat pengangkutan untuk mereka.
Sebaliknya kementerian gagal dalam mengadakan persediaan dan berurusan dengan negara jiran, yang ternyata lebih maju, lebih bersedia dan tentu sekali tidak akan membiarkan rakyat mereka terkandas di Malaysia.
Apa lagi untuk membiarkan rakyat mereka berjalan kaki untuk pulang ke Singapura.
Nyata mereka mempunyai taraf penyeliaan dan nilai maruah yang lebih tinggi.
Pihak Singapura ternyata lebih cekap, lebih berperi kemanusiaan, dan lebih bersedia untuk menangani masalah pengangkutan di sempadan.
Sebaliknya, kita berada di tahap yang jelas memerlukan pembaikan.
Pedih untuk dengar, tapi ini hakikatnya.
Menteri Pengangkutan tidak harus lari daripada mengambil tanggungjawab atas kegagalan ini.
Kegagalan Kementerian Pengangkutan menguruskan keperluan pengangkutan warga Malaysia yang melimpah masuk dari Singapura lalu tidak boleh ‘ditutup’ begitu sahaja kerana ia jelas mencalar imej kerajaan.
Jika Putrajaya bersikap berpeluk tubuh, maka kerajaan Johor sendiri wajar menuntut penjelasan telus daripada Menteri Pengangkutan atas keadaan memilukan warga Malaysia di sempadan Johor-Singapura tempoh hari.
Bukan sahaja menuntut penjelasan, tetapi juga menuntut tindakan ke atas mereka yang cakap tidak serupa bikin, lebih cenderung menabur janji politik yang kosong semata-mata. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/menteri-pengangkutan-gagal-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ruu 355 Menteri Agama Gagal Nyatakan Janji Dan Apa Keputusan Kerajaan

Ruu 355 Menteri Agama Gagal Nyatakan Janji Dan Apa Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 202 hits
Bila ditanya soal RUU 355 Menteri Agama gagal nyatakan janji dan apa keputusan kerajaanMOHAMED HANIPA MAIDINBila ditanya soal RUU 355 Menteri Agama dilihat gagal menyatakan janji serta keputusan kerajaan bila rang undang undang itu akan dib...
Gagal Lulus Seksyen 4 Sosma Menteri Kdn Boleh Letak Jawatan

Gagal Lulus Seksyen 4 Sosma Menteri Kdn Boleh Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 150 hits
Gagal lulus Seksyen 4 Sosma menteri KDN boleh letak jawatanPosted By on March 24 2022 Susulan kekalahan kerajaan dalam sesi pengundian menuntut diteruskan sambungan Seksyen 4 Sosma Akta Kesalahan Keselamatan 2012 pentadbiran Perdana Menteri...
Menteri Jangan Mengeluh Di Fb

Menteri Jangan Mengeluh Di Fb

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 135 hits
Alamak Menteri takkan tulis di FB je Itu kerja kami netizen Kalau menteri kerja macam netizen baik bagi netizen jadi menteri je Sepatutnya menteri bukan tarik nafas panjang dan buat hantaran di FB Menteri sepatutnya dari awal lagi dah cegah...
Ini Amat Memalukan Negara Bila Pm Tidak Disambut Inilah Kerajaan Melayu Isle Nih Gagal Lagi

Ini Amat Memalukan Negara Bila Pm Tidak Disambut Inilah Kerajaan Melayu Isle Nih Gagal Lagi

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 195 hits
2 diplomat tertinggi direhatkan berhubung lawatan PM ke Dubai April 10 2022 Tiada pegawai UAE berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Ismail Sabri Yaakob di Dubai pada 29 Mac PETALING JAYA Pegawai di Kementerian Luar Negeri dipe...
Harga Pelitup Muka Akan Naik Denda Rm100k Untuk Individu Gagal Patuh Arahan Bermula 4 Julai

Harga Pelitup Muka Akan Naik Denda Rm100k Untuk Individu Gagal Patuh Arahan Bermula 4 Julai

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 159 hits
Betulkah harga pelitup muka akan naik Wujud kebimbangan bahawa harga pelitup muka akan naik dalam kalangan rakyat Malaysia Hal ini berlaku selepas arahan kerajaan supaya pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan mendapatkan pera...
Peguambela Dakwa Pendakwaan Kes Bunuh Ceo Cradle Fund Gagal Buktikan Prima Facie

Peguambela Dakwa Pendakwaan Kes Bunuh Ceo Cradle Fund Gagal Buktikan Prima Facie

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 177 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pendakwaan gagal mengemukakan hujah atau bukti mengaitkan semua tertuduh iaitu Samirah Muzaffar dan dua remaja dengan pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan ...
Kerajaan Bn Gagal Kawal Harga Barang Ph

Kerajaan Bn Gagal Kawal Harga Barang Ph

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 134 hits
Kerajaan BN kelihatan tidak mampu mengawal harga bahan mentah makanan pada bulan Ramadan dan dikhuatiri akan menjejaskan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam Alasan perang Rusia dan Ukraine yang biasa didengar sejak sebulan lalu ju...
Tidak Halang Perkahwinan Bawah Umur Keadilan Bantah Sikap Menteri Pembangunan Wanita

Tidak Halang Perkahwinan Bawah Umur Keadilan Bantah Sikap Menteri Pembangunan Wanita

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 132 hits
Pendirian Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun bahawa Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan bagi mengharamkan perkahwinan bawah umur dan hanya mengurus isu tersebut melalui pendidikan advokasi pengu...
Peniaga Jangan Naikkan Harga Barang Sesuka Hati Menjelang 1 April 1 Mei Amaran Dari Menteri Kdpnhep

Peniaga Jangan Naikkan Harga Barang Sesuka Hati Menjelang 1 April 1 Mei Amaran Dari Menteri Kdpnhep

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 163 hits
Foto hiasan MajoritiMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menggesa peniaga untuk tidak sesuka hati menaikkan harga barangan menjelang fasa peralihan ke endemik mulai 1 April dan pelaksanaa...
People Over Cars Rethinking Highway Development For Real Growth

Aurora A Porsche Green Bmw R100r Caf Racer From Texas

Interest Wells Fargo Savings

Wanita Bersalin Dekat Kaunter Tiket Lapangan Terbang

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

50 Unique Tattoo Name Ideas To Honor Loved Ones

Showcase Misha Omar


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Hypertiroid Adalah Penyakit Berulang

Tyson Belum Menyerah Mahu Bertumbuk Lagi

Pemandu E Hailing Cemas Kereta Terjun Tasik

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Lelaki Muda Hilang Di Sungai Jeram Badoh Risau Lemas