Peguambela Dakwa Pendakwaan Kes Bunuh Ceo Cradle Fund Gagal Buktikan Prima Facie


 

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pendakwaan gagal mengemukakan hujah atau bukti mengaitkan semua tertuduh iaitu Samirah Muzaffar dan dua remaja dengan pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan.
Peguam Rahmat Hazlan berkata, semua hujah dan bukti dikemukakan pendakwaan berjaya dikucar-kacirkan oleh pembelaan.
"Kami telah mendedahkan bahawa saksi pendakwaan tidak boleh dipercayai, keterangan mereka tidak konsisten dan berat sebelah.
"Selepas 57 saksi dipanggil dan lebih tiga tahun perbicaraan, pembelaan berhujah bahawa satu kes prima facie tidak dapat dibuktikan terhadap semua tertuduh baik secara individu mahupun secara bersama," katanya di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Balu Nazrin, Samirah, 47, serta dua remaja, kini berusia 19 dan 16 tahun, serta seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh lelaki itu di rumah mangsa di Mutiara Damansara antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokan harinya.
Rahmat berhujah, pembelaan juga berjaya menunjukkan bukti yang tidak dapat dipertikai bahawa semua tertuduh dan si mati mempunyai hubungan baik dan ini boleh dilihat daripada acara 'buka puasa' keluarga itu pada 13 Jun 2018.
"Samirah dan si mati turut membeli-belah untuk hari raya pada 11 dan 13 Jun 2018 seperti pasangan suami isteri lain," katanya.
Beliau berkata, ketika tragedi itu berlaku pada 14 Jun 2018, pihak berkuasa telah membersihkan insiden itu daripada sebarang perbuatan jenayah, begitu juga dengan unit K-9 dan rumah serta bilik terbabit dikembalikan kepada Samirah pada hari sama.
Seorang ahli patologi kanan, Dr Siew Sheue Feng, yang juga saksi pendakwaan ke-46 dan sepasukan doktor yang diketuainya mendapati kecederaan dialami mangsa disebabkan letupan, manakala seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan bahawa sememangnya terdapat letupan telefon bimbit.
Tanpa sebarang syak wasangka, polis telah mengklasifikasikan tragedi itu sebagai 'kematian mengejut'.
"Bagaimanapun, Pegawai Sains JPBM, Aznor Sheda Shamsuddin (SP14) membuat keputusan sendirian dalam laporan makmalnya yang tidak bertauliah menggunakan kaedah pilihannya yang tersasar tanpa mematuhi mana-mana prosedur operasi standard dengan penemuan petrol dalam tiga sampel yang didakwa diambil dari bilik itu," katanya.
Rahmat berkata, penemuan petrol oleh SP14 tanpa semakan balas oleh mana-mana ahli kimia lain dari Jabatan Kimia merupakan titik tolak kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, namun ia dibuat secara salah dan cuai.
"Jika ada petrol, sudah tentu dua anjing unit K-9 unit menghidunya, Jabatan Kimia juga akan menemuinya dalam beberapa sampel yang telah dihantar dan lima doktor di Hospital Kuala Lumpur akan mencium baunya semasa melakukan bedah siasat pada hari sama.
"SP46 berulang kali memberi keterangan bahawa hanya insiden letupan boleh menjelaskan semua kecederaan yang dialami. Ahli patologi kedua, Dr Prashant Naresh Samberkar (SP50) hanya boleh memberikan penjelasan mengenai beberapa kecederaan pada mayat yang sudah reput dan keterangan beliau sarat dengan dapatan tidak logik serta berat sebelah," katanya.
Beliau berkata, secara keseluruhan teori pendakwaan adalah tidak masuk akal.
"Mereka kata tertuduh ingin menghapuskan bukti namun mayat mangsa tidak ditemui di atas tilam yang terbakar. Tidak masuk akal untuk membiarkan mayat di atas lantai jika anda ingin memusnahkan bukti, sepatutnya bakar mayat itu di atas tilam.
"Pendakwaan juga berkata terdapat banyak darah di atas tilam, itu sebab tilam dibakar. Bagaimanapun tiada bukti langsung bahawa terdapat darah di atas tilam," katanya.
Pendakwaan akan mengemukakan hujahnya esok. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/04/peguambela-tertuduh-dakwa-pendakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cradle Fund Ceo Didn T Die Because Of Fire He Was Murdered Says Prosecution

Cradle Fund Ceo Didn T Die Because Of Fire He Was Murdered Says Prosecution

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 443 hits
Samirah Muzaffar 47 and two teenagers now aged 19 and 16 as well as an Indonesian woman still at large Eka Wahyu Lestari are all facing a charge of murdering Nazrin Hassan at his house in Mutiara Damansara between 11 30pm on June 13 2018 an...
Mahkamah Benar Pendakwaan Fail Hujah Tambahan Kes Rasuah Rosmah

Mahkamah Benar Pendakwaan Fail Hujah Tambahan Kes Rasuah Rosmah

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 238 hits
April 5 2022 Pihak pendakwaan akan memfailkan hujahan bertulis terhadap Rosmah Mansor selewat lewatnya 22 April dan pembelaan boleh menjawab selewat lewatnya 12 Mei KUALA LUMPUR Perbicaraan rasuah dihadapi Rosmah Mansor berhubung projek ten...
Ceo Glc Ditahan Berkaitan Kes Rasuah Sejak 2017 2021

Ceo Glc Ditahan Berkaitan Kes Rasuah Sejak 2017 2021

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 234 hits
Mereka disyaki terlibat dalam perlakuan rasuah dalam projek projek GLC berkenaan antara 2017 hingga 2021 Pegawai kanan syarikat Petronas Carigali Sdn Bhd dan pemilik syarikat antara lapan individu yang kini ditahan bagi membantu siasatan ke...
Kasus Bunuh Diri Di Bali Meningkat Selama Pandemi Covid 19

Kasus Bunuh Diri Di Bali Meningkat Selama Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 351 hits
Kasus bunuh diri di Pulau Bali dari tahun 2020 hingga 2021 mengalami peningkatan Dari catatan komunitas Love Inside Suicide Awareness Helpline Bali untuk tahun 2020 ada 64 orang bunuh diri dan di tahun 2021 meningkat dua kali lipat sebanyak...
Tidak Terima Dipukul Dua Saudara Di Ogan Ilir Bunuh Tetangga

Tidak Terima Dipukul Dua Saudara Di Ogan Ilir Bunuh Tetangga

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 169 hits
Tidak terima kepalanya dipukul dua saudara di Ogan Ilir Sumatera Selatan nekat membunuh tetangganya Kedua pelaku PG dan FP terancam pidana 20 tahun penjara akibat perbuatannya
Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 245 hits
RAFIZI RAMLISejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat Dato Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat Terbaru dia mengusu...
Cadangan Felcra Melabur Rm50 Juta Dalam Public Mutual Tidak Di Maklum Kepada Ceo

Cadangan Felcra Melabur Rm50 Juta Dalam Public Mutual Tidak Di Maklum Kepada Ceo

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa cadangan Felcra untuk melabur RM50 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad dibuat tanpa pengetahuan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ramlee Abu Bakar kerana wujud perang dingin dalam ...
Rafizi And Najib Spar Over Sapura Finances Ex Ceo S Hefty Salary

Rafizi And Najib Spar Over Sapura Finances Ex Ceo S Hefty Salary

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 301 hits
PKR s Rafizi Ramli sparred with former prime minister Najib Abdul Razak on Sapura Energy again today focusing this time on the firm s financial state and the hefty salary paid to its former chief executive officer In a statement Rafizi said...
Remaja Bunuh Kekasih Berusia 42 Tahun Sebab Tolak Ajakan Berasmara Kali Kedua

Remaja Bunuh Kekasih Berusia 42 Tahun Sebab Tolak Ajakan Berasmara Kali Kedua

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 272 hits
Seorang wanita yang dikenali sebagai Neng Enci 42 ditemui tidak bernyawa di bilik sewanya di Kabupaten Kuningan Jawa Barat Indonesia pada jam 7 petang Jumaat lalu 18 Mac 2022 Siasatan mendapati mangsa mati dibunuh oleh teman lelakinya seora...
Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Easy Beef And Greens Recipe Chinese

Every Malaysian Family Can Now Enter Oil Biz With Budi Madani Ron95 E Hailing Drivers Be Instant Oil Merchants


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Azan Terakhir Brigjen Soepardjo Jenderal Tertinggi Dalam G30s Pki

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Building A Memorable Brand Identity

Spontaneous Thursday Strawberry