Gagal Lulus Seksyen 4 Sosma Menteri Kdn Boleh Letak Jawatan




Gagal lulus Seksyen 4(5) Sosma, menteri KDN boleh letak jawatanPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: March 24, 2022 ShareSusulan kekalahan kerajaan dalam sesi pengundian menuntut diteruskan sambungan Seksyen 4(5) Sosma, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dianggap tumbang kerana kekalahan tersebut bukan melibatkan Belanjawan negara atau hal hal yang menyentuh pentadbiran.
Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang membawa usul itu ke dalam dewan boleh mengambil tanggungjawab meletak jawatan sekiranya beliau mahu.
“16 Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini yang bermula dari jam 12 tengahari sehingga 4.00 petang, diikuti dengan pengundian secara belah bahagi. Pihak Kerajaan mendapat 84 undi manakala pihak Pembangkang 86 undi.
“Ini adalah kekalahan pertama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri di Parlimen. Kekalahan ini tidak memaksa Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri meletakkan jawatan atau Kerajaan meminta Parlimen dibubarkan.
“Tetapi tidak menghalang jika Menteri Dalam Negeri ingin mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan kerana kegagalannya mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat terhadap satu usul penting yang berkaitan keselamatan iaitu Sosma,” katanya.
Selain itu, Hassan juga tertanya tanya mengenai ketidakhadiran Ahli Parlimen yang penting di pihak kerajaan seperti wakil rakyat Pekan, Bagan Datuk dan Pagoh.
Katanya kekalahan 2 undian itu boleh ditampung sekiranya Zahid Hamidi, Najib Razak dan Mahiaddin Yassin hadir di dewan.
Bagi Hassan, kepanikan kerajaan dapat dilihat apabila mereka mengusulkan penangguhan sidang sebaik sahaja kalah dalam pengundian.
“Kerajaan amat panik dengan kekalahan tidak disangka-sangka ini. Pada pagi tadi, Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen dan Undang-Undang, YB Masjid Tanah mengemukakan usul di bawah Aturan Mesyuarat 12(1) bahawa sidang Dewan Rakyat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibentangkan dan diputuskan Usul Menteri Dalam Negeri dan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Persekutuan.
“Tetapi sebaik sahaja Kerajaan mengalami kekalahan dalam usul yang dibawa oleh Menteri Dalam Negeri itu, maka dengan secepat kilat Timbalan Menteri YB Masjid Tanah segera bangun mengemukakan usul terbaru iaitu menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat dengan serta merta.
“Jelas sangat pihak Kerajaan berasa takut kalau hari ini Kerajaan akan kalah lagi dalam pengundian pembentangan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelulusan dua pertiga ahli Dewan Rakyat,” katanya.
Untuk rekod, dewan dijadualkan untuk mengundi pindaan Perlembagaan berkait kelayakan pemilih tidak terpakai kepada Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri (YDPN) serta kaum kerabat mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/gagal-lulus-seksyen-45-sosma-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Menteri Bersatu Patut Letak Jawatan Jika Bermaruah Puad

Muhyiddin Menteri Bersatu Patut Letak Jawatan Jika Bermaruah Puad

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 176 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 14 2022 9 07 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa Bersatu dan presidennya Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan daripada kerajaan berikutan prestasi buruknya dalam pilihan raya n...
Tengku Zafrul Dah Letak Jawatan Ke

Tengku Zafrul Dah Letak Jawatan Ke

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 157 hits
PUTRAJAYA Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lebih rela meletak jawatan daripada berkompromi terhadap sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap Jelas beliau sebarang keputusan berkenaan term...
Bkm Tidak Lulus Jangan Mengalah Masih Boleh Buat Rayuan

Bkm Tidak Lulus Jangan Mengalah Masih Boleh Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 183 hits
Bantuan Keluarga Malaysia yang dulunya dikenali sebagai BRIM telah dimulakan oleh bekas PM Malaysia iaitu DS Najib Razak selepas pengenalan cukai GST untuk membantu rakyat Malaysia menampung kos sara hidup dan berkongsi kekayaan negara deng...
Bukan Letak Jawatan Tengku Zafrul Jelaskan Ketidakhadiran Ke Parlimen

Bukan Letak Jawatan Tengku Zafrul Jelaskan Ketidakhadiran Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 17 2022 4 08 PMMenteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz tampil menjelaskan ketidakhadirannya ke sesi Dewan Rakyat hari ini kerana berdepan hal kecemasan dan bukannya meletak jawatan Ia selepas laporan Utusan...
Kwsp 10k Tengku Zafrul Letak Jawatan

Kwsp 10k Tengku Zafrul Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat pada Khamis bertanya adakah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sudah meletakkan jawatan Beliau bertanya demikian ketika Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Ab...
Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan Button

Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan Button

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 142 hits
Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan Button Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia sewajarnya meletakkan sebarang jawatan yang dipegang dalam kerajaan kata D...
Prn Johor Muhyiddin Tidak Perlu Letak Jawatan Pas

Prn Johor Muhyiddin Tidak Perlu Letak Jawatan Pas

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 191 hits
PRN Johor Muhyiddin tidak perlu letak jawatan Pas Tiada keperluan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional susulan prestasi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Johor kata Naib Presiden Pas ...
Hiburan Tak Hadir Di Parlimen Tengku Zafrul Nafi Sudah Letak Jawatan

Hiburan Tak Hadir Di Parlimen Tengku Zafrul Nafi Sudah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 120 hits
Kementerian Kewangan menerusi menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan kenyataan sebuah portal berita yang mendakwa dirinya sudah meletakkan jawatan selepas tidak menghadiri sesi Dewan Rakyat semalam Perkara tersebut ...
Kdn Mahu Bentang Semula Usul Lanjutkan Subseksyen Sosma

Kdn Mahu Bentang Semula Usul Lanjutkan Subseksyen Sosma

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 175 hits
KDN mahu bentang semula usul lanjutkan subseksyen Sosma Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dijangka membentangkan semula usul untuk melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4 Akta Kesalahan Keselamatan 2012 atau Sosma sekali lagi Langkah itu...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas