Menteri Pendidikan Tidak Semestinya Dilantik Dalam Kalangan Ahli Politik


KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Menteri pendidikan tidak semestinya dipilih dalam kalangan ahli politik tetapi individu dari luar ‘kelompok politik’ yang prihatin dengan isu pendidikan juga boleh dilantik memegang jawatan itu.
Pengerusi Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berpendapat menteri pendidikan perlu dilantik dalam kalangan bukan ahli politik bagi membolehkan individu berkenaan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemerkasaan bidang pendidikan negara.
Katanya mereka yang dilantik ke jawatan itu tidak semestinya mempunyai latar belakang bidang pendidikan tetapi perlu sentiasa berusaha memperjuangkan nasib pelajar dan guru, selain mempunyai hala tuju yang dinamik untuk memastikan mutu pendidikan negara setanding di peringkat antarabangsa.
Mengambil contoh Tan Sri Musa Mohamad yang merupakan individu pertama bukan ahli politik memegang jawatan menteri pendidikan pada 1999, Noor Azimah berkata ia membolehkan seseorang itu membuat keputusan lebih berani tanpa terikat pengaruh politik.
“Masalah kini apabila menteri pendidikan dalam kalangan ahli politik adalah individu itu perlu seimbangkan antara tugasnya untuk memperjuangkan sistem pendidikan negara dan tugas sebagai ahli politik… sesuatu keputusan yang hendak dibuat melibatkan pendidikan turut akan mempengaruhi individu tersebut sebagai ahli politik,” katanya kepada Bernama.
Noor Azimah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ciri-ciri pengganti Dr Maszlee Malik yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa hari ini selepas 20 bulan mengemudi Kementerian Pendidikan (KPM).
Menteri pendidikan perlu berjiwa pendidik Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar pula berpandangan seseorang menteri pendidikan perlu berjiwa pendidik dan jelas terhadap masa depan pendidikan negara.
“Individu itu perlu berkarisma dalam membuat perubahan dan penambahan berterusan dalam meningkatkan kualiti pendidikan yang akhirnya boleh membawa kepada masyarakat berilmu dan sejahtera dalam memenuhi keperluan masyarakat pelbagai peringkat,” katanya.
Senada dengan Wan Marzuki, Presiden Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) Zulkifli Mohamad berkata selain memiliki latar belakang dalam bidang pendidikan, individu tersebut perlu dekat dengan institusi pendidikan dengan sentiasa turun padang bagi melihat sendiri sebarang keperluan terutama sekolah yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.
“Aktiviti turun padang perlu dalam usaha pembangunan sektor pendidikan negara agar berdaya maju malah menteri juga perlu mesra dengan warga pendidik,” katanya.
Perlu bersungguh martabatkan sistem pendidikan Sementara itu, bekas tenaga pengajar Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Emeritus Dr Othman Lebar berkata kesungguhan untuk memartabatkan sistem pendidikan negara dan meningkatkan profesionalisme guru merupakan antara ciri-ciri yang perlu dimiliki individu yang bakal menerajui Kementerian Pendidikan (KPM).
Menurutnya, perkara tersebut menjadi asas kepada pembangunan sistem pendidikan negara yang semakin mencabar ketika ini malah selari dengan usaha me­ng­antarabangsakan pendi­dikan seperti dihasratkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
“Saya rasa pengganti perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkenaan pendidikan di peringkat antarabangsa kerana saya dapati terdapat kekurangan dalam bagaimana kita mahu mengantarabangsakan sistem pendidikan kita.
“Beliau perlu ada perancangan menyeluruh bagaimana mahu meningkatkan kualiti pendidikan negara setanding dengan standard pendidikan antarabangsa,” katanya.
Bagi meningkatkan profesionalisme guru, Othman mencadangkan agar bakal peneraju KPM menambah baik kursus atau latihan kepada guru-guru di seluruh negara kerana kualiti pendidikan adalah bergantung kepada profesionalisme seseorang guru.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminudin Awang pula berpendapat warga pendidik mendambakan seorang peneraju KPM yang mampu meneruskan legasi perjuangan Maszlee terutama dalam aspek pertukaran guru duka lara.
Sumber: BERNAMA
The post Menteri Pendidikan Tidak Semestinya Dilantik Dalam Kalangan Ahli Politik appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/04/menteri-pendidikan-tidak-semestinya-dilantik-dalam-kalangan-ahli-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong Menteri Ahli Politik Patut Dipotong

Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong Menteri Ahli Politik Patut Dipotong

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 785 hits
Nampaknya Menteri Belia Dan Sukan kita Syed Saddiq telah bersuara gais Baru baru ini ada yang mengatakan bahawa bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang merupakan bayaran elaun kepada Doktor Pharmachist dan Nurse bakal dimansuhkan pada J...
Potong Elaun Menteri Ahli Politik Harus Direalisasikan Bukti Ph Lebih Baik

Potong Elaun Menteri Ahli Politik Harus Direalisasikan Bukti Ph Lebih Baik

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 280 hits
Amran menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada salah seorang pelajar di Padang Besar Saranan supaya elaun menteri dan ahli politik dipotong adalah suatu tindakan yang harus diberi sokongan kerana ia mampu merealisasikan usaha ...
Potong Elaun Ahli Politik Menteri Bukan Doktor Pharmachist Nurse Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru Jpa

Potong Elaun Ahli Politik Menteri Bukan Doktor Pharmachist Nurse Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru Jpa

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 619 hits
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dilaporkan bakal dimansuhkan menjelang Januari 2020 Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam pemberian BIPK adalah berdasarkan kriteria khusus antaranya ciri ciri penawaran yang rendah serta sukar melakukan p...
Saya Dilihat Banyak Timbulkan Krisis Terutama Isu Tulisan Jawi Dr Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

Saya Dilihat Banyak Timbulkan Krisis Terutama Isu Tulisan Jawi Dr Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 788 hits
Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan yang akan berkuat kuasa mulai esok selepas mendapat nasihat dari Perdana Menteri Saya dengan taat setia dan reda walaupun berat dengan nasihat ayahanda Perd...
Atas Nasihat Ayahanda Tun M Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan Maszlee

Atas Nasihat Ayahanda Tun M Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 583 hits
Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam satu sidang media khas pada Khamis Foto Astro AWANI SHAHIR OMARPUTRAJAYA Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok Menurut Maszlee...
Tok Pa Pilihan Terbaik Sebab Menteri Pendidikan Kuota Bersatu

Tok Pa Pilihan Terbaik Sebab Menteri Pendidikan Kuota Bersatu

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 329 hits
BERITAAdun Ayer Lanas Mustapa Mohamed dilihat sebagai pilihan terbaik mengisi kekosongan jawatan menteri pendidikan selepas Dr Maszlee Malik mengundurkan diri Pengerusi Majlis Profesor Negara Shamsul Amri Baharuddin berkata ini memandangkan...
Kabinet Sudah Pilih Siapa Pemangku Menteri Pendidikan Kata Guan Eng

Kabinet Sudah Pilih Siapa Pemangku Menteri Pendidikan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 397 hits
Lim Guan Eng KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan Kabinet sudah memilih pemangku menteri pendidikan Pada sidang media majlis bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri hari ini Lim berkata Kabinet sudah bersetuju siapa yang akan m...
Nehi Nehi Saifuddin Jawab Spekulasi Jadi Menteri Pendidikan

Nehi Nehi Saifuddin Jawab Spekulasi Jadi Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 223 hits
BERITAWisma Putra menolak spekulasi bahawa Menteri Luar Saifuddin Abdullah atau timbalannya Marzuki Yahya akan dilantik sebagai menteri pendidikan seterusnya Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini Saifuddin berkata ini hanya spekul...
Kekosongan Jawatan Menteri Pendidikan Sebiji Macam Mat Sabu Kata Dulu Mat Hang P Mana Mat

Kekosongan Jawatan Menteri Pendidikan Sebiji Macam Mat Sabu Kata Dulu Mat Hang P Mana Mat

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 428 hits
Mohd Afendi AbasPengerusi PH Tun M beri cadangan kepada Pengerusi Kabinet Kerajaan PH iaitu Tun M Tun M kata Tunggu dulu Kita kena rujuk kepada Perdana Menteri jugak kata Tun M Perdana Menteri pun Tun M jugak maka Setelah Tun M berbincang d...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti