Menteri K Jaan Tak Akan Biar Malaysia Jadi Tong Sampah Dunia


N Faizal Ghazali
Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan kemasukan sisa berbentuk sampah termasuk bahan kitar semula yang tidak mengikut peraturan ke Malaysia, susulan kemasukan kontena berisi barang dagangan sisa plastik dari Amerika Syarikat akhir bulan lalu.
Menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dasar kerajaan tidak akan membiarkan Malaysia menjadi negara tong sampah dunia.
"Dasar kita ialah tak akan jadikan Malaysia sebagai negara tong sampah dunia, saya tegaskan Malaysia tidak perlu jadi tong sampah dunia.
"Kita harap mana-mana sisa yang dihantar termasuk sisa kita semula yang tidak ikut peraturan akan dihantar semula," katanya pada sidang media selepas Majlis Cabutan Undi Perdana Kerja-kerja di bawah peruntukan Kasa bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.
Pada masa sama, dia berkata ada sisa yang dibenarkan seperti plastik bersih untuk industri kitar semula, yang menurutnya mengikut kod yang ditetapkan pihak bertanggungjawab.
Anggota Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika diminta mengulas isu kebenaran kontena dari Amerika Syarikat mengandungi barang dagangan sisa plastik jenis polietilena yang dikatakan bersih untuk dibawa masuk ke Malaysia.
Perkara itu mengundang reaksi negatif di media sosial dengan rata-ratanya mengkritik tindakan kerajaan yang menerima sisa tersebut.
Bagaimanapun Kasa sebelum ini menjelaskan sisa plastik tersebut adalah bersih, bersifat homogenous dan memenuhi kriteria yang telah disyaratkan dalam lesen import sisa plastik (approved permit atau AP) kepada pengimport.
Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya bersama agensi berkaitan sememangnya memantau kemasukan kapal tersebut di Pelabuhan Klang.
"Kita minta pihak pelabuhan hentikan kontenanya, dan kita buat pemeriksaan, dan ternyata yang ada dalam kontena itu tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan.
"Jadi apabila pihak yang mengimport ikut peraturan, dan tidak ada sisa yang kotor seperti yang digambarkan.
"Kita memang tegaskan bahawa kita dah hantar beratus kontena (sampah) termasuk ke Amerika. Apabila mereka langgar peraturan kita tak akan kompromi, tapi apabila mereka ikut peraturan kita tak boleh sekat sebab ikut prosedur," jelasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/menteri-kjaan-tak-akan-biar-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasaran Saham Malaysia Paling Corot Di Dunia Kesan Darurat Dilaksana

Pasaran Saham Malaysia Paling Corot Di Dunia Kesan Darurat Dilaksana

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 277 hits
March 24 2021 Kerajaan PN kata perlaksanaan Darurat dan penggantungan perlembagaan negara sejak lebih dua bulan lalu tidak memberi apa apa kesan terhadap ekonomi Malaysia Malah akan membantu ekonomi kata menteri PN Tapi realitinya ialah seb...
Tembikai Termahal Di Dunia Kini Di Malaysia

Tembikai Termahal Di Dunia Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 265 hits
Muskmelon ditanam menggunakan benih muskmelon Arus yang dianggap sebagai tembikai termahal di dunia berasal dari Jepun Jika di Jepun buah buahan premium dianggap mewah termasuk tembikai Yubari dari Sapporo yang pernah dilelong dengan harga ...
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 340 hits
Perdana Menteri Malaysia ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Menteri Kabinet Malaysia yang akan menerajui kabinet Kerajaan Persekutuan Pengumuman ini amat dinantikan dan sedikit sebanyak memberi kele...
K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 421 hits
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid 19 tidak memuaskan menjelang Julai kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Kita harus menilai semula tah...
Negara Maju Buang Sampah Negara Miskin Kutip Sampah Bola Ada Menteri Pun Alahai

Negara Maju Buang Sampah Negara Miskin Kutip Sampah Bola Ada Menteri Pun Alahai

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 412 hits
Hamzah Rie NaZaman PH kita hantar balik setiap kontena sisa plastik Mai kerajaan PN ni depa terima balik dan jadikan negara kita ini tempat pelupusan sampah negara maju Inilah akibat bagi PAS jadi Menteri Alam Sekitar Jahanam rosak negara I...
Angkut Sampah Bawa Ke Malaysia Buat Apa

Angkut Sampah Bawa Ke Malaysia Buat Apa

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 204 hits
NORSHIDAH MD DAUDBaru perasan tangan dia macam Apek Senario gitu gitu Rupa iras Haji Bakhil Cite P RamleeIras Menteri Nikah Kawen Musang Berjanggut pun adaPadan asal kuar statement semua kelako
Duta Besar Malaysia Bertemu Junta Menteri Luar Perlu Jelaskan

Duta Besar Malaysia Bertemu Junta Menteri Luar Perlu Jelaskan

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 239 hits
Pada 8 April 2021oleh PENTADBIROleh Majlis Setiausaha Pakatan HarapanMajlis Setiausaha membaca laporan media berkenaan pertemuan Duta Besar Malaysia ke Myanmar Datuk Zahairi Baharim dengan Menteri Elektrik dan Tenaga Myanmar Aung Than Oo pa...
Jumpa Menteri Myanmar Malaysia Iktiraf Kerajaan Kudeta

Jumpa Menteri Myanmar Malaysia Iktiraf Kerajaan Kudeta

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 462 hits
Pertemuan Duta Besar Malaysia dengan Menteri Elektrik dan Tenaga Myanmar Aung Than Oo pada 7 April lalu di pusat pentadbiran Naypyidaw menimbulkan banyak persoalan Menurut Majlis Setiausaha Pakatan Harapan isu besar yang melingkari pertemua...
Negara Jiran Terus Membangun Di Malaysia Hanya Takat Berebut Jadi Perdana Menteri

Negara Jiran Terus Membangun Di Malaysia Hanya Takat Berebut Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 543 hits
DI SINGAPURA kerajaan Singapura SIBUK membina pelantar solar terapung terbesar di dunia untuk menjana kuasa tenaga elektrik https www straitstimes com singapore singapore now home to one of the worlds largest floating solar farms DI INDONES...
Samsung Memperkenalkan Skrin Ai Generasi Baharu

The Resurgence Of Analog Horror A New Era Of Digital Fright

Can The Indian Community Expect A Fluent Tamil Speaking Minister If A Cabinet Reshuffle Happens

Lepas Setel Mahkamah Mereka Terus Akhirnya Bekas Suami Cikgu Cerita Hal Sebenar

Anda Peminat Teh Ada Bahaya Menanti

Vipmgm8 17 Vipmgm8 24 Top 89 By Violette

Housemate Ku Pocong Rumah Sewa Jalan Kebun Shah Alam

Mib555 16 Mib555 Top 15 By Gene


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecerdasan Dan Kebijaksanaan Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam

Coex Feat Mikae Yelloo Odd Chord

Asean To Act In Unison On Tariffs

Zaid Toys With Bold Rafizi As Macc Chief

Anwar Betrays Reform By Endorsing Appointments For Political Loyalty

Resep Cappuccino Gula Aren Sentuhan Lokal Yang Menggoda Lidah