Tembikai Termahal Di Dunia Kini Di Malaysia
FMT Reporters
Muskmelon ditanam menggunakan benih muskmelon Arus yang dianggap sebagai tembikai termahal di dunia berasal dari Jepun. (Gambar Mono Premium Melon)Jika di Jepun, buah-buahan premium dianggap mewah termasuk tembikai Yubari dari Sapporo yang pernah dilelong dengan harga 5 juta yen (RM190,000) manakala muskmelon pula dijual pada harga 15,000 yen (RM570) sebiji.
Muskmelon ditanam menggunakan benih muskmelon Arus yang dianggap sebagai tembikai termahal di dunia berasal dari Jepun.
Melihat kepada keistimewaan itu, empat individu yang mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian cuba untuk mengeluarkan tembikai sama untuk pasaran tempatan menerusi syarikat Mono Premium Melon.
Mereka ialah pakar hidroponik dan baja, Seh Cheng Siang, 40, Mohd Sofian Ali, 47, (kejuruteraan pertanian), Yeo Chen Swee, 51, (agrokimia serta pengurusan penyakit dan racun) serta Michael Lo, 41, (jualan dan pemasaran).
“Kami baru saja memulakan ladang tembikai di Putrajaya yang mempunyai hampir 10,000 biji buah. Kita ingin membuktikan bahawa ramai petani boleh menghasilkan buah-buahan sama ada setara atau lebih berkualiti daripada produk import,” kata Seh.
(Dari kiri) Mohd Sofian, Yeo dan She.Menurutnya, salah satu cabaran menanam muskmelon di Malaysia ialah pemilihan jenis yang sesuai untuk cuaca panas dan lembap di Malaysia.
“Kita menguji lebih 100 jenis tembikai dan beberapa daripadanya dipilih berdasarkan kesesuaiannya untuk ditanam mengikut cuaca tropika dan ketahanan terhadap penyakit.
Perkara lain yang mereka perlu pertimbangkan termasuk aspek teknikal dan Teknik penanaman, pengurusan nutrien dan air serta tenaga kerja.
“Terdapat kekurangan tenaga kerja namun kami masih ingin menggunakan pekerja tempatan. Kita komited untuk mengambil petani tempatan yang mempunyai kepercayaan sama dalam pertanian. Ini juga adalah tanggungjawab menyediakan lebih banyak peluang kerja kepada mereka,” kata Seh.
Bagaimanapun, tidak semua cabaran adalah perkara negatif buat mereka kerana cuaca di Malaysia memberi kelebihan untuk syarikat itu menuai lima kali musim tembikai.
“Tidak seperti cuaca di negara lain yang mempunyai dua atau tiga kitaran musim tembikai setahun, kita di sini mempunyai lima musim setahun disebabkan cuaca panas,” kata Seh.
Katanya, mereka ingin memberi fokus terhadap pasaran tempatan yang mempunyai prospek cerah selain negara jiran, Singapura.
“Kita mempunyai kuantiti terhad dengan 200 biji tembikai Jepun ini yang ditanam dengan penuh teliti. Kita hanya memilih yang paling berkualiti saja untuk dipasarkan,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/tembikai-termahal-di-dunia-kini-di.html