Menteri K Jaan Serah Pada Jabatan Peguam Negara Isu Subkontraktor Lcs


malaysiakini.com
Yasmin Ramlan, Alyaa Alhadjri & Isabelle Leong
Diterbitkan: Feb 22, 2023 8:37 PM
Kerajaan akan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menguruskan isu subkontraktor (pihak ketiga) yang melibatkan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), kata Menteri Pertahanan Mohamad Hasan hari ini.

Ini kerana menurutnya, terdapat kaveat dari “pihak ketiga” - Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) - sebelum bersetuju menandatangani perjanjian penyelesaian antarabangsa supaya mereka tidak dipersalahkan.

Menurutnya, ia merupakan salah satu syarat untuk meneruskan projek LCS - seperti yang dimuktamadkan oleh kerajaan terdahulu.

“ContraVest (CAD) tidak akan memainkan peranan tapi ada satu kaveat sebelum mereka bersetuju untuk menandatangani international settlement agreement untuk mereka ditiadakan, mereka perlu satu surat untuk indemniti (perlindungan) bahawa mereka tidak dipersalahkan.

“Jadi itu merupakan satu isu yang kita (kerajaan) amat keberatan untuk menandatanganinya dan kita akan merujuk kepada pihak peguam negara agar perkara ini biarlah Jabatan Peguam Negara menguruskannya.

“Tapi kami di peringkat kementerian tak bersetuju indemniti ini dibuat. Bagi kami siapa yang tersabit, tersabitlah bukan peranan Kementerian Pertahanan untuk melepaskan tanggungjawab sesiapa,” kata Mohamad ketika ucapan penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad berkata satu lagi bayaran perjanjian penyelesaian antarabangsa telah dipersetujui oleh kerajaan terdahulu.

“Dan kita telah buat audit memang betul, this is all payment due to them (semua bayaran ini perlu dibayar kepada mereka),” katanya.

Dia berkata demikian ketika Radzi Jidin (PN-Putrajaya) meminta penjelasan Mohamad sama ada kerajaan boleh memberikan jaminan supaya CAD tidak lagi terlibat dalam rangka pembelian peralatan LCS, memandangkan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) merupakan pemegang saham utama projek tersebut.

Mohamad berkata, syarat ditetapkan melalui kerajaan terdahulu untuk meneruskan perolehan LCS adalah dengan menggunakan pihak ketiga.

Katanya, dalam menggugurkan perkhidmatan pihak ketiga itu, mereka perlu menandatangani perjanjian penyelesaian antarabangsa terlebih dulu.

Skandal LCS terbongkar tahun lalu apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Laporan PAC itu mendedahkan kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), namun tiada kapal diterima setakat ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/menteri-kjaan-serah-pada-jabatan-peguam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandora Papers Sprm Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara

Pandora Papers Sprm Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 225 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kini mengesan jejak kewangan dan aset bekas menteri dan taikun perniagaan yang didakwa disembuyikan di empat negara Satu sumber mendedahkan kepada Media kesemua aliran kewangan dan aset b...
Vaksin Dibeli Tanpa Kelulusan Peguam Negara

Vaksin Dibeli Tanpa Kelulusan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 162 hits
Saya tak faham kenapa kabinet seperti yang diumum oleh PMX buat keputusan untuk bentang kertas putih mengenai perolehan vaksin Kononnya perolehan dibuat dengan tidak teratur tanpa kelulusan Peguam Negara Keputusan perolehan vaksin telah dib...
Bengang Tak Dijemput Ke Majlis Serah Projek Hospital Pendang Pemimpin Pas Selar Menteri Kkm Sebagai Tak Berakhlak

Bengang Tak Dijemput Ke Majlis Serah Projek Hospital Pendang Pemimpin Pas Selar Menteri Kkm Sebagai Tak Berakhlak

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 155 hits
Dalam sidang Dewan Rakyat semalam Ahli Parlimen Pendang menyifatkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa sebagai tidak beradab dan tidak berakhlak kerana telah melanggar masuk ke kawasannya nbsp Awang Hashim meluahkan rasa tidak puas hatiny
Ini Jawapan Menteri Isu Air Apartment Putra Ria Dikunci Disekat Dipotong Di Semua Bendalah

Ini Jawapan Menteri Isu Air Apartment Putra Ria Dikunci Disekat Dipotong Di Semua Bendalah

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 333 hits
Kalau takde isu takde kerja motong memotong sekat menyekat tekan menekan dan pelbagai lagilah singkatan nama Tidak dinafikan kehidupan di sana bertaraf 5 bintang Tapi perlu utamakan sewa sekiranya kita menyewa Kita dalam dunia kapitalis man...
Kertas Siasatan Ambilalih Menara Kl Diserah Pada Peguam Negara Kata Azam

Kertas Siasatan Ambilalih Menara Kl Diserah Pada Peguam Negara Kata Azam

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 166 hits
Mohamad FadliPUTRAJAYA Siasatan berhubung pembelian dan pengambilalihan Menara Kuala Lumpur sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki Siasatan telah lengkap dan tel...
Peguam Negara Amerika Pegawai Rasuah Guna 1mdb Seperti Akaun Peribadi

Peguam Negara Amerika Pegawai Rasuah Guna 1mdb Seperti Akaun Peribadi

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 247 hits
Peguam Negara Amerika Loretta E Lynch berkata 1MDB diwujudkan kerajaan Malaysia untuk membangunkan ekonomi negara menerusi perkongsian global dan pelaburan terus asing Ia juga bertujuan untuk digunakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatny...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu