Menteri Digesa Henti Drama Perlu Segera Tangani Masalah Harga Sawit Mca



KUALA LUMPUR – Menteri Industri Utama, Teresa Kok diminta berhenti ‘mendramakan’ pelbagai isu komoditi utama, sebaliknya segera melawat peladang dan pekebun di seluruh negara bagi memahami masalah yang dihadapi mereka.
Mengikut laporan, disebabkan pengeluaran yang melebihi jangkaan, ditambah dengan eksport yang berkurangan, harga antarabangsa minyak sawit mentah (MSM) telah jatuh ke paras terendah dalam tujuh tahun tahun pada RM1,947 per tan.
Ini bermakna peladang kecil bakal menerima pulangan buah tandan segar (BTS) yang lebih rendah dari bulan lepas, yang mencatatkan RM285 hingga RM295 per tan.
Harga rendah sebegini telah menghantui lebih 650,000 peladang kecil sawit seluruh negara melebihi setahun, ini membayangkan masa depan yang malap bagi industri berkenaan, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Ling Tian Soon
Sementara itu, pengeluaran produk sawit bulan Jun, telah merosot 19.9 peratus kepada 1,343,428 tan berbanding 1,677,639 tan pada bulan sebelumnya.
Menurutnya, syarikat pemeriksaan bebas, AmSpec Agri Malaysia pula melaporkan, eksport dalam tempoh sama juga susut 19.6 peratus.
“Statistik ini amat membimbangkan, justeru Kementerian Industri Utama tidak boleh terus memandang remeh masalah ini, sebaliknya kembali ke pangkal jalan secara lebih pragmatik, iaitu membantu mengatasi masalah yang mendepani para pengusaha sawit.
“Prestasi Kok amat mengecewakan. Selain membuat demonstrasi meminum minyak sawit di Parlimen, serta mengeluarkan kenyataan seperti menoreh pada waktu hujan, menukar ke tanaman buluh, menanam getah dan sawit di sekolah, ‘padan muka’ dan sebagainya, tiada apa-apa yang membanggakan dilakukan oleh beliau, yang sering kali cuba membakar semangat dengan mengatakan, hanya dengan pemeteraian perjanjian dengan China serta ‘menggegar sedikit’ Kesatuan Eropah (EC) sahaja, harga minyak sawit akan menjulang naik.
“Tetapi hakikatnya, Menteri dan kepimpinan negara telah pun pergi ke China dua kali dan EC, harga sawit tidak naik juga,” katanya.
Sehubungan ini, MCA sekali lagi mendesak supaya kerajaan segera berhenti mengimport MSM dari Indonesia untuk diproses dan pastikan kesemua minyak sawit untuk eksport adalah produk tempatan.
Kerajaan juga perlu segera melaksanakan skim galakan dan insentif penanaman semula, yang pernah dilakukan kerajaan terdahulu pada RM7,500 sehektar selepas menghentikannya.
Selain itu menyediakan kemudahan baja subsidi kepada peladang-peladang kecil, bagi menurunkan kos pengeluaran dan menyediakan skim pembiayaan mudah, bagi membantu peladang-peladang sawit yang sebelum ini membeli lading sawit dengan pembiayaan bank.
Jelas Ling, peladang-peladang telah menunggu sekian lama, namun kerajaan hanya mampu berjanji serta memberikan kata-kata semangat, tidak lebih dari itu.
Ini begitu mengecewakan kerana menteri berkenaan sepatutnya tidak lagi memikirkan penyelesaian yang tidak praktikal dari dalam bilik berhawa dingin.
“Sebaliknya dekatilah hidup peladang-peladang, bagi memahami serta mengatasi masalah mereka,” tegasnya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/07/menteri-digesa-henti-drama-perlu-segera-tangani-masalah-harga-sawit-mca/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcpf Tangani Segera Ancaman Siber

Mcpf Tangani Segera Ancaman Siber

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 169 hits
Jenayah siber dalam negara terutama melibatkan kerugian kewangan perlu ditangani segera kata Tan Sri Lee Lam Thye Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 6 Julai Jenayah siber dalam negara terutama melibatkan kerugian kewangan perlu ditangani...
Kelewatan Berpunca Dari Masalah Teknikal Mas Mohon Maaf Pada Menteri Pertahanan

Kelewatan Berpunca Dari Masalah Teknikal Mas Mohon Maaf Pada Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 277 hits
Pejabat Menteri Pertahanan Malaysia baru baru ini mengeluarkan kenyataan media yang menegur kelewatan pesawat Malaysia Airlines sehingga menyebabkan menterinya Mohamad Sabu gagal bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Lon...
Menteri Susi Harga Garam Jatuh Karena Kebanyakan Impor Dan Bocor Ke Pasar

Menteri Susi Harga Garam Jatuh Karena Kebanyakan Impor Dan Bocor Ke Pasar

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 223 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti turut buka suara terkait jatuhnya harga garam di tingkat petani Impor yang terlampau banyak merupakan salah satu penyebabnya
4 Cadangan Selamatkan Sawit Mca

4 Cadangan Selamatkan Sawit Mca

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR 5 Julai MCA mendesak Menteri Industri Utama Teresa Kok supaya berhenti bermain drama pelbagai isu membabitkan komoditi utama sebaliknya segera melawat peladang dan pekebun di seluruh negara bagi benar benar memahami masalah yan...
Penduduk Ampang Campuran Gesa Pihak Berkuasa Selesai Segera Masalah Longkang Tersumbat

Penduduk Ampang Campuran Gesa Pihak Berkuasa Selesai Segera Masalah Longkang Tersumbat

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 371 hits
Penduduk Ampang Campuran di Selangor mendesak pihak berkuasa menyelesaikan segera masalah longkang tersumbat di kawasan Tasik Ampang Campuran yang dipercayai menjadi punca kejadian banjir kilat di kawasan itu Ketua Kampung Tasek Ampang Camp...
Pengerusi Felda Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan Kata Dr M

Pengerusi Felda Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan Kata Dr M

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 303 hits
June 25 2019 10 11 AMMegat Zaharuddin Megat Mohd Nor PETALING JAYA Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor yang didakwa akan meletak jawatan sebagai pengerusi Felda kurang setahun selepas pelantikannya di...
Isu Peralihan Jawatan Pm Anwar Tegaskan Tiada Masalah Antara Dia Dan Tun M

Isu Peralihan Jawatan Pm Anwar Tegaskan Tiada Masalah Antara Dia Dan Tun M

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 270 hits
PUTRAJAYA Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada masalah antara dirinya dan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan peralihan jawatan Perdana Menteri Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata soal tarikh dan sebagainya adalah ...
Peralihan Kuasa Akan Berterusan Jadi Masalah Selagi Tun M Sendiri Suka Cakap Berubah Ubah

Peralihan Kuasa Akan Berterusan Jadi Masalah Selagi Tun M Sendiri Suka Cakap Berubah Ubah

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 322 hits
Dulu sebelum PH menang pilihanraya Tun Mahathir Mohamad mengatakan beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun saja Katanya tempoh itu dikira mencukupi untuk beliau menyelesaikan beberapa masalah negara seperti 1MDB hut...
Masalah Internet Banking Mandiri

Masalah Internet Banking Mandiri

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 258 hits
Pernah mencoba topup OVO lewat internet banking Bank Mandiri tapi malah gagal Ya sekitar bulan puasa kemarin saya pertama kali mengalaminya dan setelah beberapa kali mencoba akhirnya saat itu saya biarkan karena berpikir sistem Mandiri mung...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya