Menteri Dedah Kepincangan Kerajaan Pn



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mohd Redzuan Md Yusof mendakwa dia tidak lagi diundang ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Bercakap kepada Malaysiakini, anggota parlimen Bersatu itu juga mempersoalkan cara kerajaan menangani wabak Covid-19, terutama berkaitan dengan program vaksinasi.

"Kini saya bukan anggota MKN. Dahulunya anggota MKN. Saya tak tahu apa yang berlaku. Kali terakhir saya bersama MKN adalah sebelum Hari Raya (Aidilfitri)," katanya

Menurut Redzuan, dia sepatutnya hadir dalam MKN sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma).
Sambil mengakui bahawa adalah menjadi hak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin  memutuskan siapa yang harus terlibat dalam proses membuat keputusan, namun anggota parlimen Alor Gajah itu berkata dia berasa kecewa.
"Kalau tengok susunan gazet tu sendiri ya, saya yang sepatutnya mengawasi.
"Tapi itu terpulang kuasa PM. Kalau nak menguruskan bencana ada cara-cara tertentu atas kebolehan seseorang
"Tapi kalau PM tak nampak Nadma menguruskan becana, kenapa letakkan di bawah tugas-tugas khas"' soalnya.
Mengenai spekulasi tentang pemecatannya, Redzuan berkata hal itu disebabkan oleh kepemimpinan yang tidak mahu "terlalu ramai orang melakukan perkara yang sama" dan dia dianggap masih baru dalam politik berbanding menteri lain.
"Kadang-kadang tu orang nampak kita ni seorang yang baru dalam politik. 
"Jadi ukuran kebolehan tu orang yang baru dalam politik. Itu pendapat sayalah," katanya.
"Saya tak pernah jadi menteri selain bawah PH (Pakatan Harapan) untuk bangunkan usahawan.
"Menteri yang lain telah lama dalam politik. Mereka memberi kebolehan yang lebih. Itu terpulang kepada PM untuk membuat analisa, untuk memberi tugas-tugas kepada menteri sedia ada atau menteri yang banyak pengalaman, yang telah lama dalam politik," katanya.
 Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang mengawasi MKN untuk mendapatkan komen.
Ketika berita ini ditulis, Ismail berkata Malaysiakini harus menghubungi MKN sendiri.
Bagaimanapun, pemimpin tertinggi MKN tidak menjawab pertanyaan berhubung perkara itu.
'Kelulusan vaksin tak konsisten'
Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Redzuan berpendapat banyak lagi perkara perlu dilakukan.
Dia mempersoalkan keputusan untuk menerima vaksin tertentu tetapi bukan vaksin lain yang telah mendapat persetujuan daripada negara asal dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Di Malaysia kita ada akta semua barang-barang perubatan, nak masuk je kena kelulusan NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara). Kalau tak ada, kena rampas.
"Tapi apa pun, dalam darurat, general perang sepatutnya menggunakan kuasanya untuk mengenepikan NPRA.
"Contoh kalau dunia boleh menerima penggunaan vaksin menerusi EUL (Senarai Kegunaan Darurat) dari negara asalnya dan WHO, kita harus menggunakannya untuk mendapatkan bekalan vaksin yang lebih beragam.
"Kita tak boleh hanya bergantung pada Covax dan NPRA untuk meluluskannya. Contoh hari ini ada vaksin lain seperti Sputnik V dan Sinopharm," tambahnya.
Mendakwa proses kelulusan vaksin tidak konsisten, Redzuan berkata vaksin Sinovac dari China menerima persetujuan bersyarat dari NPRA pada bulan Mac.
"Macam Sinovac, sebelum dapat kelulusan WHO baru-baru, ia telah dapat EUL daripada negara asal. Tapi ada juga yang dah dapat EUL negara asal tapi masih tak diperakui NPRA.
"Tak konsisten. Kenapa NPRA masih tak mahu memudahcarakan sebab mereka boleh tambah lagi pembekalan vaksin.
"Pada pendapat saya, dalam keadaan darurat, kita boleh menggunakan kuasa kita atas NPRA berdasarkan EUL dari negara asal dan WHO.
"Apa masalah kita? Ini yang menimbulkan banyak persoalan dari segi pengurusan," tambahnya.
Gunakan kemudahan sedia ada
Redzuan juga mengkritik cara kerajaan mengendalikan program vaksinasi, termasuk tumpuan kepada penubuhan pusat pemberian vaksin (PPV) mega.
Katanya, kemudahan seperti itu mungkin perlu di bandar-bandar besar bagi mengelakkan kepadatan penduduk, namun kerajaan sepatutnya menggunakan kemudahan sedia ada di seluruh negara untuk memudahkan orang ramai menerima vaksin.
"Tak perlu nak berbelanja jutaan ringgit untuk mewujudkan PPV mega yang menarik perbelanjaan duit kerajaan yang mana hari ni kita punyai cabaran hadapi fiskal defisit.
"Kenapa nak beli langsir, partition kerusi meja nak letak dekat situ (PPV)? Walhal kita boleh menggerakkan klinik kita di seluruh negara.
"Dan Pharmaniaga dah jadi kontraktor kerajaan sebagai syarikat logistik. Kumpulkan semua vaksin, hantar ke outlet, orang datang bawa IC, ambil suntikan, scan Qr code, masuk MySejahtera," katanya.
Redzuan menambah kerajaan juga memiliki sumber manusia yang besar, yang boleh dikerahkan untuk mempercepat progam vaksinasi. - mk


Sebagai contoh, katanya, Angkatan Pertahanan Awam (APM), yang merupakan sebuah agensi di bawah Nadma, mempunyai lebih 2.2 juta sukarelawan.


"Kita ada infrastruktur walaupun bukanlah lebih (besar) dari agensi lain, tapi cukup untuk membantu.


"Kita boleh gerakkan (APM) untuk membantu dan tak melibatkan kos yang tinggi," tambahnya.





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

                                                                                Iklan  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2021/06/menteri-dedah-kepincangan-kerajaan-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Buat Kenangan Dengan Tunggul Balak Sama Macam Menteri Dan Kerajaan Negeri Jadi Tunggul

Nak Buat Kenangan Dengan Tunggul Balak Sama Macam Menteri Dan Kerajaan Negeri Jadi Tunggul

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 214 hits
Untuk tatapan generasi masa depan Bukan tebang semua Ada juga buat kenangan untuk anak cucu cicit cicot Demi kemaslahatan rakyat Kredit Sahrizan Rokit
Gempar Pemimpin Pas Dedah Agenda Pembentukan Kerajaan Baharu

Gempar Pemimpin Pas Dedah Agenda Pembentukan Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 161 hits
inforakyat netRancangan beberapa pemimpin politik mahu membentuk kerajaan baharu atau kerajaan sementara bagi menggantikan Perikatan Nasional didakwa mempunyai muslihat dan agenda tersembunyi Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor Khairul Faizi Ahm...
Warkah Kepada Menteri Umno Tarik Diri Daripada Kerajaan Perikatan Nasional

Warkah Kepada Menteri Umno Tarik Diri Daripada Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum Yang Berhormat Saya menulis surat ini sebagai ahli UMNO untuk menyarankan kepada para Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri UMNO supaya menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional dengan segera Selepas memberi pe...
Tak Cukup Gaji Elauns Menteri Juga Perlu Diserahkan Duit Kakitangan Awam Pun Nak Sapu Kerajaan Paling Teruk Abad Ini

Tak Cukup Gaji Elauns Menteri Juga Perlu Diserahkan Duit Kakitangan Awam Pun Nak Sapu Kerajaan Paling Teruk Abad Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 262 hits
Bukan hanya gaji menteri patut serah elaun dan imbuhan kata Tok Mat June 1 2021 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kepimpinan melalui teladan dalam saat krisis genting ini adalah kewajipan yang sepatutnya sudah lama dipamerkan PET...
Tiba2 Dikaitkan Dengan Menteri Mawar Karim Dedah Ada Pihak Sengaja Fitnah

Tiba2 Dikaitkan Dengan Menteri Mawar Karim Dedah Ada Pihak Sengaja Fitnah

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 258 hits
Bekas isteri aktor Fizo Omar iaitu Mawar Karim mendakwa ada pihak sengaja menyebarkan fitnah kononnya dia mempunyai hubungan istimewa bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Menurut laporan U...
Gempar Mawar Akhirnya Dedah Tangan Kotor Yang Sebarkan Gosip Cinta Dengan Menteri Pas

Gempar Mawar Akhirnya Dedah Tangan Kotor Yang Sebarkan Gosip Cinta Dengan Menteri Pas

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 323 hits
May 30 2021 Usahawan Mawar Karim mendedahkan wujudnya tangan kotor yang sengaja menyebarkan gosip berbaur fitnah tentang hubungan istimewanya dengan pemimpin PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali demi kepentingan politik Menerusi satu ta...
Panas Zolkharnain Dedah Menteri Berbohong Mana Ada Minyak Masak Paket Berjenama Harga Murah

Panas Zolkharnain Dedah Menteri Berbohong Mana Ada Minyak Masak Paket Berjenama Harga Murah

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 246 hits
June 10 2021Sepanjang ingatan saya hampir setiap minggu pergi pasaraya beli barang dapur bersama isteri semenjak sekian lama tak sampai 5 kali saya jumpa minyak masak paket berjenama seperti dlm botol Kalau saya jumpa memang saya beli minya...
Kerajaan Perlu Dedah Keseluruhan Hasil Siasatan Nahas Lrt

Kerajaan Perlu Dedah Keseluruhan Hasil Siasatan Nahas Lrt

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 461 hits
Laporan siasatan nahas tren LRT pada 24 Mei lalu mesti didedahkan kepada umum sepenuhnya bagi mengetahui punca sebenar kemalangan tersebut terjadi Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pengangkutan Syed Ibrahim Syed Noh berkata laporan yang dibe...
Rakyat Mengharapkan Kerajaan Ini Pun Terlingkup Juga Dengan Moratorium Dan Zafrul

Rakyat Mengharapkan Kerajaan Ini Pun Terlingkup Juga Dengan Moratorium Dan Zafrul

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 237 hits
Bank perlu perjelas secara mendalam moratorium kepada M40 yang terkesan kata Mustapa June 9 2021 Mustapa Mohamed berkata ramai golongan M40 yang mengharapkan moratorium menyeluruh seperti yang dibuat pada tahun lepas KUALA LUMPUR Persatuan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri