Menteri Agama Perlu Selesaikan Isu Hakim Kanan Ppmm


Haslina AR Kamaludin  KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PMM) menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad  bertanggungjawab menyelesaikan polemik berkaitan isu hakim kanan syarie.
Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ia harus diseleaikan segera supaya jabatan itu tidak mengalami defisit kepercayaan daripada orang awam sebagaimana dialami beberapa institusi lain.
“Polemik berbalas kenyataan di media ini telah menyerlahkan perpecahan dalam kalangan kepimpinan tertinggi syariah di Malaysia.
“Ia memburukkan lagi persepsi masyarakat terhadap institusi ini sementelahan dengan isu hakim kanannya yang masih belum diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, peguam masing-masing juga berbalas kenyataan dan PPMM memandang ini sebagai serius.
“Demi mengembalikan nama baik institusi ini, adalah wajar permasalahan ini diselesaikan secara baik mengikut ajaran Islam.
“Sedangkan lidah lagikan tergigit, apatah lagi sesama rakan sekerja.
“Penyelesaian ini haruslah dilakukan seumpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerakan,” katanya lagi.
Jelasnya, dengan mengambil roh penyelesaian pertikaian secara baik atau perdamaian yang sentiasa diamalkan di dalam kehakiman Islam iaitu sulh, PPMM mencadangkan agar Menteri Agama memandang serius untuk menyelesaikan polemik perpecahan dalaman ini.
“PPMM percaya perpecahan ini telah lama membarah tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib.
“Hakam yang berwibawa dalam kalangan mediator bertauliah bukan terdiri daripada pengamal undang-undang dan kehakiman wajar dilantik untuk memudahkan perjalanan perbincangan kesemua pihak,” katanya.
Zainul Rijal turut menyeru menyeru semua pihak supaya tidak menggunakan media bagi menegakkan pendirian masing-masing, kembali ke meja rundingan untuk berbincang demi memelihara integriti, kewibawaan dan maruah mahkamah syariah.
“Apabila sesuatu agensi menjadikan media sosial dan media utama sebagai alat untuk meluahkan permasalahan dalaman mereka, integriti agensi tersebut akan mula dipertikaikan.
“Masyarakat menilai dengan pelbagai anggapan yang mana buruk biasanya akan mengatasi yang baik.
“PPMM melahirkan rasa dukacita dengan penularan isu status moral seorang hakim kanan syariah baru-baru ini.
“Kes tersebut telahpun berada di dalam siasatan Polis Diraja Malaysia ketika ini dan kami akur serta menanti hasil siasatan tersebut dan tidak mahu mengambil pendirian ataupun mendahului siasatan polis,” katanya.
Sebelum ini, wujud dakwaan jenayah moral membabitkan nama Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia, baru-baru ini.  -MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/menteri-agama-perlu-selesaikan-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Menteri Agama Isu Viral Remaja Mencuri Di Masjid

Kenyataan Menteri Agama Isu Viral Remaja Mencuri Di Masjid

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 267 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Idris Ahmad mengambil maklum terhadap isu tular mengenai pengurusan sebuah masjid memandikan seorang remaja yang mencuri di masjid baru baru ini Katanya ingin ditegaskan ...
Malaysia Dijangka Beralih Ke Fasa Endemik Dalam Dua Ke Tiga Minggu Lagi Menteri Kanan Pertahanan

Malaysia Dijangka Beralih Ke Fasa Endemik Dalam Dua Ke Tiga Minggu Lagi Menteri Kanan Pertahanan

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 322 hits
Malaysia dijangka bakal beralih dari fasa epidemik ke endemik dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi lapor Harian Metro Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pihaknya menangguhkan fasa itu kerana masih menunggu ...
Lebih Rm300 Bilion Diperlukan Bagi Selesaikan Fenomena Banjir Kata Menteri

Lebih Rm300 Bilion Diperlukan Bagi Selesaikan Fenomena Banjir Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 212 hits
BERNAMA Kos itu termasuk projek pembangunan infrastruktur air seperti tebatan banjir pembinaan benteng ban dan pencegahan hakisan pantai Suasana banjir di Balakong bulan lalu Beberapa negeri terjejas akibat banjir yang bermula 18 Disember l...
Khairy Jadi Sasaran Tiong Lagi Kali Ini Isu Pembelian Vaksin

Khairy Jadi Sasaran Tiong Lagi Kali Ini Isu Pembelian Vaksin

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 262 hits
Khairy jadi sasaran Tiong lagi kali ini isu pembelian vaksin Selepas mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi sasaran Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing Kali ...
48 Ngo Tuntut Siasatan Bebas Isu Palit Azam Baki

48 Ngo Tuntut Siasatan Bebas Isu Palit Azam Baki

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 284 hits
Oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Lebih 40 badan bukan kerajaan hari ini tampil menggesa siasatan bebas dilaksanakan terhadap kontroversi dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pence...
Agak Hairan Isu Azam Dikatakan Bersifat Politik Gobind

Agak Hairan Isu Azam Dikatakan Bersifat Politik Gobind

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 258 hits
Seorang Ahli Parlimen DAP sangsi sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mampu bersikap berkecuali berhubung siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan pegawai atasannya Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dalam satu hantaran t...
Zeti Dedahkan 7 Pegawai Bnm Disoal Isu 1mdb

Zeti Dedahkan 7 Pegawai Bnm Disoal Isu 1mdb

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 224 hits
Tujuh pegawai Bank Negara Malaysia setakat ini disoal polis berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad kata Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Katanya mereka memberikan kerjasama sepenuhnya ke...
Isu Bos Sprm Pas Kian Mesra Dengan Kemungkaran Dakwa Amanah

Isu Bos Sprm Pas Kian Mesra Dengan Kemungkaran Dakwa Amanah

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 262 hits
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengakui dia sedikit pun tidak terkejut dengan pendirian disuarakan PAS berhubung kontroversi menyelubungi pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki Merujuk kenyataan Setiaus...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Pau Sambal

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mandatory Email Account Verification For All Domain

Cpanel Is Delaying Incoming Messages

Dia Bukan Siapa Siapa

Babah Gondol Hadiah Utama Ffm 34

Delicious Old Fashioned Pickled Beef Heart Recipe

Terbang Ke Nanjing Dengan China Eastern Airlines Dan Makan Malam Di Lanzhou Beef Noodles Liyang