Menteri Agama Jangan Diam Membisu


 
Semua pihak bertelagah mengenai fahaman perlu cease fire

PENDAPAT



Idris Ahmad perlu ambil inisiatif.

PERBALAHAN dalam memahami sesuatu perkara berhubung dengan agama, seperti memahami maksud al Quran, hadith sunnah dan lain-lain subjek menjadi polemik berterusan yang membimbangkan. 

Perbahasan secara terbuka menerusi media sosial makin menjadi-jadi kini.  Kebebasan bersuara yang dicapai sekarang ini telah dipergunakan secara tidak berperaturan dan ada kalanya menyerlahkan "kedangkalan" manusia yang mengaku ada agama.

Walaupun Islam menggalakkan perbincangan, berhujah, untuk mencapai sesuatu kebenaran, tetapi ia perlu dilakukan secara teratur dan sistematik supaya apa yang didebatkan itu memberi manfaat. Yang penting ia tidak akan meruntuhkan benteng kesatuan ummah dan memutuskan silaturahim.

Membiarkan fenomena ini; perbahasan atau berhujah atau pertelingkahan atas perkara-perkara tertentu secara berluasa dan tidak diurus dengan baik, membahaya dan merugikan kerana hasil perbahasan itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang ramai. Apabila sesuatu hujah yang bertentangan itu dipegang, ia boleh membuka kepada perbalahan sehingga memutuskan silaturahim. Tidak mustahil kalau semua pihak dipengaruhi amarah boleh membawa kepada pembunuhan. 

Perdebatan dan polemik yang berlaku lewat media sosial kini, tidak ada kesimpulan dan persepakatan atau konklusi. Ia jadi tergantung. Keadaan menyebabkan orang ramai atau pengikut kumpulan atau guru masing-masing kekal dengan keangkuhan sendiri. Natijah mereka tidak lagi saling hormat menghormati seperti mana disarankan oleh Islam. Jadi maksud perdebatan itu sendiri tidak mencapai tujuan.

Misalnya ada beberapa isu hangat diperdebatkan waktu ini mengenai faham Wahabi dan ahli sunnah wal jamaah. Kedua kumpulan ini mempersoalkan antara satu sama lain tentang amalan, kepercayaan dan pembawaan masing-masing. Perbahasan agak meluas dan menjadi perhatian umum. 

Kedua-dua pihak menerusi pemuka (guru atau sheikh masing-masing) saling dakwa mendakwa, menidak antara satu sama lain. Apa yang boleh mengelirukan, keduanya membawa hujjah dan dalill-dalil dua sumber agama Quran dan Hadith, kitab serta petikan kata ulama muktamar dalam juzu masing-masing. Semasa mengemukakan hadith atau sunnah saling mendakwa kononnya pihaknya benar dan pihak satu lagi sebagai karut, bida'ah, palsu dan sebagainya.

Dibimbangi kalau perkara ini tidak dilakukan dengan baik, tujuan dan matlamat yang perdebatan yang baik itu tidak akan kesampaian. Lantaran perdebatan ini yang jadi polemik juga boleh mengeruhkan kedamaian dan kejernihan Islam sebenarnya. 

Jernihkan keadaan.

Justeru saya kira sudah sampai masanya pihak-pihak berwajib dalam hal ehwal agama, seperti Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti mengambil inisiatif untuk menjernihkan keadaan ini.

Institusi itu sahajalah boleh jadi penjernih keadaan ini dengan kuasa yang ada kepada mereka. Satu mekanisme boleh dicari untuk mencapai perkara ini. Misalnya Majlis Agama Negeri-Negeri boleh duduk semaja dengan Jakim untuk mengadakan majlis mungkin berupa muzakarah bagi menyelesaikan perkara ini.

Muzakarah itu nanti boleh memanggil semua pihak terbabit, para pemuka mereka, untuk berbincang mencari penyelesaian. Mereka boleh mempertahankan pegangan dan keyakinan serta fahaman masing-masing dengan mengemukakan dalil dan hujjah tersendiri yang sahih dan diijamakkan. 

Muzakarah itu akan bertindak jadi pendengar dan penilai kemudian merumus serta mencari titik temu mendamaikan antara kedua golongan itu. Bagi tujuan ini sekiranya perlu mungkin muzakarah itu perlu mengundang para ulama dari semua bidang dan kepakaran agama hadir sebagai ahli panel. Jika perlu dan membantu boleh juga dipanggil para ulama daripada luar. 

Pada hujungnya nanti akan dibuat satu kesimpulan terhadap apa yang dibahaskan itu. Sekiranya muzkarah itu nanti memutuskan kedua fahaman itu boleh dipegang kerana ia tidak membabitkan akidah, kedua pihak hendaklah akur dan saling hormat menghormati perbezaan pendapat dan keyakinan. Natijah daripada itt semua pihak perlu mengadakan cease fire berkaitan perkara itu. 

Dalam hal ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad boleh mengambil inisiatif menjadi pencetus bagi merealisasikan maksud ini. Beliau boleh menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana untuk mengagaskan muzakarah ini ataupun sebarang nama sesuai bagi menyelesaikan kemelut dan polemik yang tanpa berkesudahan itu. 

Hanya pihak kerajaan menerusi institusi tersebut yang relevan untuk mengambil inisiatif mengenai perkara ini kerana autoriti yang ada kepada mereka. Parti-parti politik ataupun pertubuhan dan institisui Islam lain tidak boleh kerana mereka dibatasi dengan bidang kuasa yang ada atau pun ada unsur memihak dan bertindih kepentingan apabila tokoh daripada kumpulan mereka ikut terbabit. 

Semoga ia menjadi kenyataan. [wm.kl.6:33 pm 11/02/2021]

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/menteri-agama-jangan-diam-membisu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 236 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Lirik Jangan Kau Membisu Chairul

Lirik Jangan Kau Membisu Chairul

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 146 hits
kemana perginya canda mu kasihkemana perginya manja mu kasihkepada diriku inikemana kasih sayang mu pergikalau hatimu sudah tak sayangbaiknya katakan berterus terangjangan kau buat aku bimbangkurasa perhatian mu hilangterasa diri di buangse...
Jangan Mainkan Isu Agama Kamu Kini Dalam Kerajaan Wahai Pak Lebai

Jangan Mainkan Isu Agama Kamu Kini Dalam Kerajaan Wahai Pak Lebai

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 207 hits
MOHD SHAH RIMPAS tak perlulah jadi hero kes ini mahkamah telah buat keputusan tidak ada sebarang kenyataan ibu anak dilarang untuk berjumpa dgn mana mana wakil dari JKM atau pengasuhnya semasa di Perlis Malah keislaman anak anaknya juga tid...
Khairuddin Minta Umno Pas Jangan Gaduh Lawan Dengan Matang

Khairuddin Minta Umno Pas Jangan Gaduh Lawan Dengan Matang

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 158 hits
Khairuddin minta Umno PAS jangan gaduh lawan dengan matang Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali menasihatkan PAS dan Umno berhenti bergaduh jika kedua dua parti tidak boleh bekerjasama lagi dalam pilihan raya Katanya kedua dua p...
Jangan Berharap Mca Akan Beri Undi Cina Bn Diberitahu

Jangan Berharap Mca Akan Beri Undi Cina Bn Diberitahu

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 243 hits
PETALING JAYA Walaupun kempen di Melaka begitu memberangsangkan di mana ia memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri namun MCA akan terus bergelut untuk memenangi undi Cina dan terpaksa bergantung kepada Umno demi kelangsungannya kata seor...
Jangan Lupa Waktu Anwar Ditekan

Jangan Lupa Waktu Anwar Ditekan

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 115 hits
Selepas langkah Sheraton sewaktu Anwar ditekan hebat dari luar dan dalam di mana kamu Siapa yg terus bersamanya Kalau kamu tidak boleh membantunya jangan memberatkan lagi beban ke atasnya Waktu parti di medan perang pilihanraya di mana kamu...
Jangan Terlebih Atau Terkurang Ini Panduan Pemakanan Untuk Kanak Kanak Istimewa

Jangan Terlebih Atau Terkurang Ini Panduan Pemakanan Untuk Kanak Kanak Istimewa

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 182 hits
Anak anak istimewa sememangnya perlu diberikan perhatian yang lebih dan ini termasuklah dalam soal pemakanan mereka setiap hari Menurut Pegawai Dietetik Puan Rose Hanizan Mat Hassan setiap jenis penyakit mempunyai keperluan kalori serta pen...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly