1. Inilah bangunan Galeri Darurat Bukit Kepong, bersambung dengan bangunan putih (nampak macam struktur bangunan lama). Yang kita boleh masuk melawat cuma Galeri Darurat iaitu bangunan warna kuning. Galeri ini dibina di atas tapak asal Balai Polis Bukit Kepong
2. Galeri ni ada 3 tingkat. Tingkat bawah (Ground Floor) ada sudut pentas mini untuk kita bergambar kenangan, juga ada kenderaan tempur lama. Tandas, surau dan lif khas untuk warga tua & OKU pun ada di sini. Tapi masa kami datang, lif tak berfungsi. Kesian tengok warga tua tak dapat masuk galeri. Mereka duduk-duduk je lah di bangku yang ada, sambil menunggu ahli keluarga lain melawat galeri ni
3. Di bahagian tangga pun ada gambar lama begini. Membuatkan kita lebih menghayati suasana di sini
4. Bagai merentasi ruang masa, di sepanjang laluan dipaparkan info & peristiwa perjuangan pasukan keselamatan ketika zaman darurat di seluruh negara. Memang menarik sebab galeri ni bukan tertumpu kepada tragedi Bukit Kepong je tau
5. Paparan video berkenaan serangan Balai Polis Bukit Kepong. Setting yang menarik dan menambah feel pengunjung
6. Ni bahagian yang paling menyentuh hati saya. Replika Balai Polis Bukit Kepong dan video yang menggambarkan situasi tragedi kira-kira jam 5 pagi, 23 Februari 1950. Nampak macam situasi sebenar berlaku di depan mata - seorang anggota polis yang tertembak, isteri yang turun ke bawah untuk membantu dan tangisan si anak. Audio daripada babak filem Bukit Kepong
7. Satu lagi setting yang menarik! Tengok peti tv tu, teringat peti tv keluarga saya suatu masa dulu. Agaknya kalau simpan, tentu dah bernilai tinggi pada masa sekarang
8. Setting seakan dalam hutan, lengkap dengan tempat tidur dan alat memasak komunis. Di laluan pengunjung tu pulak siap ada jerangkap samar
9. Ranjau - jerangkap samar daripada kayu atau buluh. Boleh la kita amik feel sikit macam mana berjalan dalam hutan dengan jerangkap samar di laluan. Menakutkan
10. Antara senjata yang dipamerkan. Saya tertarik dengan yang ni
11. Untuk melengkapkan lawatan, boleh tonton filem Bukit Kepong di sini. Kami sekadar duduk sekejap je
12. Siap lawatan dalam bangunan, kita meninjau kat luar (belakang galeri). Terdapat sebuah bot dan dari sini kita boleh nampak sebahagian bangunan (dengan struktur lama) yang bersambung dengan galeri tadi. Bangunan tersebut adalah kawasan larangan
13. Galeri ini terletak betul-betul bersebelahan sungai Muar yang bersih dan kelihatan menarik|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |